ReutersReuters

LeddarTech dan Ficosa Perhebatkan Kerjasama untuk Pembantu Letak Kenderaan Pintar Inovatif

QUEBEC CITY, July 12, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) — LeddarTech®, sebuah syarikat perisian automotif yang menyediakan gabungan penderia tahap rendah gangguan dan teknologi perisian persepsi untuk ADAS dan AD begitu teruja untuk mengumumkan kejayaan penyepaduan bagi perisian LeddarVision™ yang termaju dengan sistem kamera pandangan sekeliling terkini Ficosa, bersama penderia lain seperti radar, IMU dan GPS. Ficosa ialah sebuah syarikat global terkemuka yang mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan pemasaran penyelesaian penglihatan, keselamatan dan kecekapan termaju untuk industri automotif.

Pencapaian penting ini menandakan kemajuan besar dalam kerjasama strategik yang diumumkan pada Disember 2022 oleh Ficosa mengenai penyepaduan perisian LeddarVision ke dalam sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) Ficosa untuk meletak kenderaan. LeddarVision ialah gabungan penderia berprestasi tinggi dan timbunan perisian persepsi yang menyediakan model 3D dengan ketepatan sangat tinggi bagi persekitaran kenderaan, dibangunkan menggunakan input data mentah daripada sistem penderia. Penyepaduan perisian ini dengan teknologi penglihatan terkenal Ficosa telah membuka kunci potensi penuh perisian ini untuk membolehkan pembantu letak kenderaan pintar Ficosa bagi ADAS dan AD.

Dalam usaha mencapai visi bersama mereka ke arah penyatuan kenderaan autonomi, LeddarTech dan Ficosa terus mengukuhkan kerjasama strategik mereka ke arah membangunkan sistem Bantuan Meletak Kenderaan Pintar perintis yang membolehkan persepsi persekitaran yang lebih terperinci dan tepat. Pasukan seni bina sistem perkakasan dan perisian akan mula melengkapkan kereta di Israel yang akan digunakan secara kerjasama untuk membangunkan dan mendemonstrasikan persepsi bantuan letak kenderaan dan ciri pemanduan pintar. Selepas ini, dua kenderaan lain di Eropah akan ditambah kepada kumpulan yang mempamerkan pelaksanaan perisian dan perkakasan penuh untuk bantuan meletak kenderaan pintar.

"LeddarTech sangat berbesar hati untuk bekerjasama dalam kolaborasi ini dan meraikan kejayaan menyepadukan perisian LeddarVision dan teknologi penglihatan Ficosa kami." Demikian ujar Charles Boulanger, CEO LeddarTech. “Hubungan ini didorong oleh komitmen kami untuk meluaskan sempadan teknologi automotif dengan menyampaikan penyelesaian termaju yang meningkatkan keselamatan, kecekapan dan pengalaman pemandu. Pasukan kami sangat teruja untuk terus bekerjasama dengan Ficosa pada fasa kerjasama yang seterusnya,” Encik Boulanger menyimpulkan.

“Di Ficosa, kami berusaha untuk menyumbang kepada membina mobiliti masa depan yang lebih selamat, selesa dan cekap untuk semua orang,” kata Josep Maria Forcadell, Ketua Pegawai Teknologi di Ficosa. “Dengan itu, pembantu letak kenderaan automatik yang inovatif dan pintar ini yang menyatukan gabungan keupayaan sensor dan persepsi tahap rendah LeddarTech dengan sistem kamera pandangan sekeliling Ficosa akan mempunyai kesan positif yang ketara, memberikan persepsi persekitaran yang lebih terperinci dan tepat,” Encik Forcadell menyimpulkan.

Perihal Ficosa

Ficosa ialah sebuah syarikat global terkemuka yang mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan pemasaran penyelesaian penglihatan, keselamatan dan kecekapan termaju untuk industri automotif dengan kesungguhan untuk menyumbang kepada masyarakat melalui komitmennya terhadap inovasi teknologi, nilai insan dan kecekapan tenaga. Ditubuhkan pada tahun 1949 dan dengan ibu pejabat di Barcelona, Ficosa kini menggajikan lebih daripada 8,500 orang dan mempunyai pusat pengeluaran dan R&D serta pejabat jualan di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Asia dan Afrika. Sistem Pandangan Belakang (cermin dalam/sisi) merupakan perniagaan utama Ficosa yang terkenal di peringkat global, yang diiktiraf oleh pengeluar peralatan asli (OEM) terkemuka di dunia. www.ficosa.com

Media sosial: Twitter @FICOSA_Int; LinkedIn Ficosa

Untuk mendapatkan maklumat lanjut: Jabatan Komunikasi Ficosa

Mònica Acero: macero@llorenteycuenca.com +34 615 07 59 81

Pau Guerrero: pguerrero@llorenteycuenca.com

Perihal LeddarTech

Sebuah syarikat perisian global yang diasaskan pada tahun 2007 dan beribu pejabat di Bandaraya Quebec dengan pusat R&D tambahan di Montreal, Toronto dan Tel Aviv, Israel, LeddarTech membangunkan dan menyediakan penyelesaian perisian persepsi yang komprehensif yang membolehkan penggunaan ADAS dan aplikasi pemanduan autonomi (AD). Perisian gred automotif LeddarTech menggunakan AI termaju dan algoritma penglihatan komputer untuk menjana persekitaran model 3D yang tepat, membolehkan pembuatan keputusan yang lebih baik dan navigasi yang lebih selamat. Teknologi yang berprestasi tinggi, boleh skala dan berkesan kos ini tersedia kepada OEM dan pembekal Tahap 1-2 untuk melaksanakan penyelesaian ADAS kenderaan automotif dan luar jalan raya dengan cekap.

LeddarTech bertanggungjawab ke atas beberapa inovasi penderiaan jauh dengan lebih daripada 150 paten diberikan atau dimohon untuk meningkatkan keupayaan ADAS dan AD. Kesedaran yang lebih baik berkaitan kenderaan adalah sangat penting dalam menjadikan mobiliti global lebih selamat, lebih cekap, mampan dan berpatutan: inilah yang mendorong LeddarTech berusaha untuk menjadi penyelesaian perisian gabungan sensor dan persepsi yang paling banyak diterima pakai.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan di LinkedIn, Twitter, Facebook dan YouTube.

Maklumat Hubungan:

Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Hubungan Pelabur, LeddarTech Inc. Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232 daniel.aitken@leddartech.com

  • Laman web hubungan pelabur:https://investors.leddartech.com
  • Maklumat hubungan pelabur: Kevin Hunt, ICR Inc. kevin.hunt@IcrInc.com
  • Maklumat hubungan media kewangan: Dan Brennan, ICR Inc. dan.brennan@icrinc.com

Leddar, LeddarTech, LeddarVision, LeddarSP, VAYADrive, VayaVision dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi LeddarTech Inc. dan anak syarikatnya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain adalah atau mungkin menjadi tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Log masuk atau cipta satu akaun percuma selamanya untuk membaca berita ini