ReutersReuters

Ai-Media Perkenalkan LEXI Viewer: Merevolusikan Acara Langsung Dengan Penyelesaian Kapsyen Termaju

BROOKLYN, N.Y., July 21, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) — Ai-Media, peneraju industri dalam penyelesaian kapsyen langsung, transkripsi dan terjemahan pacuan teknologi, sukacitanya memperkenalkan LEXI Viewer yang menggemparkan. Penyelesaian inovatif ini merevolusikan cara penganjur acara memikat penonton. Ucapkan selamat tinggal kepada kekangan pendekatan tradisional dan bersedia mengharungi era baharu penglibatan acara yang tiada tandingan.

Dalam landskap acara dinamik hari ini, mencipta pengalaman yang luar biasa untuk semua hadirin adalah sangat penting. LEXI Viewer menawarkan penyelesaian yang mesra pengguna dan kos efektif untuk meningkatkan keterangkuman, memenuhi jenis khalayak yang pelbagai. Dengan menyepadukan secara lancar dengan penyelesaian kapsyen automatik LEXI andalan kami, kami boleh menyampaikan kualiti kapsyen yang tiada tandingan. Pengguna boleh mengklik kapsyen mereka dengan mudah, mengawal sepenuhnya LEXI melalui skrin LCD panel hadapan atau alat kawalan jauh wayarles. Fungsi bijak ini memastikan pengalaman yang menawan dan dinamik untuk penganjur acara dan juga hadirin.

"Meningkatkan pengalaman acara langsung untuk semua individu adalah komitmen kami yang tidak berbelah bahagi, dan sebagai perintis industri, kami dengan bangganya mempersembahkan LEXI Viewer sebagai penyelesaian yang menggemparkan," kata James Ward, Ketua Pegawai Jualan Ai-Media. "Dengan penambahan fungsi klik untuk kapsyen yang menarik, serta teknologi termaju dan penyelesaian kapsyen dipacu AI kami yang berkuasa, kami sedang merevolusikan keterangkuman dan meningkatkan penglibatan khalayak yang pelbagai.”

LEXI Viewer menawarkan pelbagai mod paparan yang direka untuk memenuhi pelbagai gaya persembahan dan keperluan jenama, memastikan keterlihatan optimum kandungan pembentangan sambil menyampaikan kapsyen yang jelas.

  • Mod Skrin Penuh: Kapsyen dipaparkan pada keseluruhan skrin, menawarkan kebolehaksesan maksimum kepada khalayak ramai. Pelbagai pilihan jarak baris dan saiz teks tersedia yang menampung pilihan individu.
  • Mod Imej Latar Belakang: Pengguna boleh menindih empat baris kapsyen pada imej latar belakang tersuai, memberikan kebolehkonfigurasian lengkap penampilan kapsyen, termasuk fon, saiz teks, kedudukan dan warna. Ini membolehkan penganjur acara mengekalkan penjenamaan mereka sambil mengutamakan keterangkuman.
  • Mod Penyahkod Kapsyen: Kapsyen boleh dipaparkan pada video input untuk meniru gelagat penyahkod kapsyen pengguna sambil menawarkan pilihan penyesuaian untuk warna fon dan teks.
  • Mod Penskala: Pengguna boleh mengekalkan keterlihatan penuh kandungan pembentangan dengan mengecilkan video input sebanyak 20% dan memaparkan dua baris kapsyen di atas atau di bawah video.

Selain itu, penganjur acara boleh mempertingkatkan keselamatan kapsyen dan mengekalkan kawalan yang lebih besar ke atas data mereka dengan menggandingkan LEXI Viewer dengan LEXI Local. Penyelesaian berkuasa ini menyediakan kapsyen automatik LEXI di premis, menyingkirkan kebimbangan berkaitan awan dan memastikan privasi data yang lengkap.

"Kami memahami kepentingan keselamatan dan privasi data, dan penyelesaian LEXI Local kami menangani kebimbangan ini, menyediakan kawalan yang dipertingkatkan ke atas data berharga kepada penganjur acara," kata James Ward. "Dengan LEXI Viewer dan LEXI Local, kami menawarkan penyelesaian kebolehaksesan komprehensif yang melampaui jangkaan."

Untuk meneroka masa depan acara langsung, hubungi sales@ai-media.tv untuk pertanyaan atau meminta demonstrasi yang diperibadikan.

Perihal Ai-Media

Ditubuhkan di Australia pada tahun 2003, syarikat teknologi Ai-Media ialah peneraju global dalam penyelesaian kapsyen, transkripsi dan terjemahan secara langsung dan dirakam. Syarikat itu membantu bukan sahaja penyiar, perusahaan dan agensi kerajaan terkemuka dalam dunia dalam memastikan ketepatan tinggi, kapsyen selamat dan kos efektif melalui penyelesaian kapsyen automatik LEXI yang dikuasakan AI. Kapsyen LEXI dihantar kepada berjuta-juta skrin di seluruh dunia melalui rangkaian pengekod kapsyen Ai-Media dan Rangkaian Awan iCap – rangkaian penghantaran kapsyen terbesar dan paling selamat di dunia. Di seluruh dunia, Ai-Media menyampaikan lebih 8 juta minit siaran langsung dan media rakaman setiap bulan. Ai-Media didagangkan di Bursa Saham Australia AAIM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati Ai-Media.tv.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/20164b1d-0f94-44ce-aaf0-1fe660c0f955

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4286c0c3-ebed-473f-b3f3-07cab65e4bcc

Log masuk atau cipta satu akaun percuma selamanya untuk membaca berita ini