ReutersReuters

Duck Creek Merintis Teknologi Berasaskan Awan Era Seterusnya untuk Syarikat Insurans P&C Melalui Microsoft Azure OpenAI Service

Menggabungkan Azure OpenAI Service dan menggunakan platform berkod rendah Duck Creek memperkasakan syarikat insurans untuk berkembang moden secara bertanggungjawab

BOSTON, Nov. 17, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) — Duck Creek Technologies, pembekal penyelesaian pintar membentuk masa depan insurans harta benda dan mangsa (P&C) dan insurans umum, mengumumkan inisiatif baharu dalam kerjasama dengan Microsoft. Kerjasama ini diwujudkan bagi memperkasakan syarikat insurans untuk memberi perniagaan mereka imej baharu dengan melancarkan proses pelaksanaan yang lebih lancar dan pemasaran yang lebih pantas melalui bantuan kecerdasan buatan (AI) generatif—satu teknologi transformatif yang mendayakan penciptaan aplikasi inovatif dan penyelesaian berkod rendah.

Platform Duck Creek yang komprehensif dibina pada Microsoft Azure, teknologi utama untuk memanfaatkan kuasa Azure OpenAI Service, di kala model bahasa yang besar (LLM) terus mentakrifkan dan membentuk landskap teknologi tersebut. Ini mewakili lonjakan ke hadapan yang besar dalam sektor insurans, memupuk inovasi dan kecekapan yang menjanjikan perubahan kepada cara syarikat insurans menjalankan perniagaan mereka dan berkomunikasi dengan pelanggan. Dengan menggabungkan kepakaran Duck Creek dalam penyelesaian insurans dengan keupayaan canggih Microfost, kerjasama ini bertujuan untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan tangkas untuk seluruh industri insurans.

"AI Generatif ialah teknologi yang benar-benar transformatif, dan pelanggan yang kami hargai akan menerima banyak manfaat daripada keupayaan teknologi yang berkuasa ini di kala kami terus memacu ke arah perkembangan industri insurans. Objektif kami adalah untuk memperkasakan syarikat insurans untuk menginovasikan produk dengan lebih pantas dan membantu pekerja dengan alatan AI," ujar Mike Jackowski, Ketua Pegawai Eksekutif, Duck Creek Technologies. "Ini menandakan bahagian seterusnya dalam evolusi kerjasama kami yang berpanjangan, iaitu kami akan merintis ruang dengan menggabungkan bakat luar biasa Microsoft dan Duck Creek bagi menghasilkan penyelesaian teknologi moden untuk industri insurans P&C dan umum. Dengan berbuat sedemikian, kami komited untuk menerajui sokongan industri insurans dalam AI generatif dan menyelesaikan cabaran inovasi yang dihadapi oleh syarikat insurans—di samping memastikan standard tertinggi pematuhan undang-undang dan tanggungjawab etika."

Duck Creek memanfaatkan teknologi baharu ini untuk mengendalikan penyelesaian inovasi untuk syarikat insurans, membantu mereka menerima masa depan teknologi dengan:

  • Penyelesaian Copilot yang dikuasakan oleh data hampir masa sebenar, yang memperkasakan syarikat insurans untuk membuat keputusan termaklum dan bertindak balas terhadap keadaan pasaran yang berubah dengan pantas dan berkesan.
  • Alatan produktiviti ditambah baik yang meningkatkan kecekapan dan produktiviti seluruh ekosistem insurans, direka bentuk untuk memanfaatkan pengguna, ejen, penaja jamin, dan penyelaras tuntutan.
  • Alatan konfigurasi berkod rendah era seterusnya yang memudahkan pembangunan dan penerimaan produk insurans, membolehkan syarikat insurans melancarkan masa pemasaran untuk konfigurasi baharu dan sedang berlangsung.

"Duck Creek akan terus memajukan cara mereka membawakan AI yang bertanggungjawab kepada industri insurans dan mendayakan transformasi perniagaan yang pantas terhadap pengalaman yang berperikemanusiaan," ujar Jess Keeney, Ketua Pegawai Produk & Teknologi, Duck Creek Technologies. "Kami konsisten menilai cara penyelesaian kami boleh berintegrasi dengan lebih lancar dalam landskap operasi pelanggan kami, dan kami berdedikasi untuk memberikan hasil yang bermakna dan menangani cabaran perniagaan yang besar. Duck Creek dan Microsoft berkongsi tujuan yang sama untuk menambah baik perjalanan pelanggan pada seluruh kitaran insurans. Ini menunjukkan evolusi penting dalam cara penaja jamin memanfaatkan data pengguna dan menjalankan analisis risiko, kecekapan dalam mengendalikan tuntutan, pengesanan penipuan, dan keupayaan industri dalam memenuhi keperluan pelanggan dan menyelaraskan maklum balas dengan cepat."

"Syarikat insurans inovatif ingin bergerak pantas untuk menggunakan kuasa AI generatif bagi mendorong nilai perniagaan yang boleh dipaparkan," ujar Bill Borden, CVP bahagian Perkhidmatan Kewangan Global di Microsoft. "Kami teruja untuk mengukuhkan kerjasama kami dengan Duck Creek untuk menghasilkan keupayaan berkuasa AI generatif baharu bagi membantu pelanggan insurans bersama kami mendorong penambahbaikan ketara dalam produktiviti pekerja, memulihkan penglibatan pelanggan, dan meningkatkan kembali inovasi secara selamat dan bertanggungjawab."

Perihal Duck Creek Technologies

Duck Creek Technologies ialah pembekal penyelesaian pintar yang membentuk masa depan industri insurans harta benda dan mangsa (P&C) dan insurans umum. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans pintar dibina, membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar, dan kekal. Ketulenan, tujuan dan ketelusan ialah teras kepada Duck Creek dan kami percaya insurans harus ada untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana-mana dan apa jua cara mereka memerlukannya. Penyelesaian terkini dalam pasaran kami tersedia secara tersendiri atau sebagai suit penuh, dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Lawati www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan Twitter.

Maklumat Perhubungan Media:

Carley Bunch

carley.bunch@duckcreek.com

Log masuk atau cipta satu akaun percuma selamanya untuk membaca berita ini