ReutersReuters

Kajian Baharu Perintis Mengukur ‘Kelebihan Peluang’ Pendidikan Premium Ditambah dengan Hak Kewarganegaraan

LONDON, Feb. 13, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Firma penasihat kekayaan antarabangsa terkemuka, Henley & Partners telah menerbitkan penyelidikan baharu perintis tentang cara pendidikan kelas pertama, digabungkan dengan pengembangan hak capaian global, mewujudkan peluang besar untuk generasi akan datang, mengembangkan rangkaian global mereka, memaksimumkan prospek kerjaya mereka, potensi pendapatan serta mobiliti ekonomi untuk kejayaan dan kemakmuran yang lebih besar sepanjang hayat mereka.

Indeks Peluang Henley, alat penanda aras proprietari baharu yang ditunjukkan dalam Laporan Pendidikan Henley sulung firma itu, mengukur kesan dan kebarangkalian kejayaan pendidikan premium berserta dengan hak mastautin tambahan dan/atau kerakyatan alternatif yang diperoleh melalui migrasi pelaburan, yang boleh dialami dalam memelihara dan mengembangkan kekayaan berbilang generasi.

Indeks pertama seumpamanya menilai dan memberikan skor kepada program mastautin dan kewarganegaraan melalui pelaburan terkemuka di dunia merentas enam parameter, termasuk pendidikan premium dan peluang pekerjaan, potensi pendapatan, kemajuan kerjaya, mobiliti ekonomi dan kebolehdiaman untuk menyediakan penanda aras kepada pelabur, usahawan dan keluarga berada bagi membandingkan dan mengenal pasti lokasi yang menawarkan ekosistem terbaik untuk generasi akan datang supaya dapat memajukan kerjaya dan memaksimumkan potensi pendapatan mereka.

Dominic Volek, Ketua Kumpulan Pelanggan Persendirian di Henley & Partners berkata, pendidikan dan migrasi pelaburan adalah 'pendaya antara generasi' dan ini merupakan kajian pertama seumpamanya yang cuba mengukur kelebihan perbandingan gabungan mujarab ini. “Berjaya mengimbangi penjanaan kekayaan dan penciptaan peluang adalah ciri utama ekonomi yang meningkat. Indeks kami membantu untuk membimbing keluarga mengenai strategi migrasi pelaburan yang disesuaikan untuk memberi laluan kepada anak-anak dan waris mereka mengakses persekolahan terbaik dunia, pasaran pekerjaan paling menguntungkan dan kualiti hidup yang dipertingkatkan melalui keistimewaan dan kefleksibelan mastautin dan kewarganegaraan alternatif menerusi pilihan pelaburan, yang memberi mereka hak untuk belajar, hidup, bekerja dan melabur di negara pilihan.”

Nilai kumulatif akses dan pendidikan global

Dengan menggunakan fungsi perbandingan Indeks Peluang Henley, sebuah keluarga warga Filipina yang jumlah skor peluangnya hanya 23% di negara asal mereka, boleh meningkatkan kebarangkalian kejayaan untuk generasi akan datang kepada 82% dengan mengakses hak mastautin di AS melalui Program Pelabur Imigran EB-5 AS. Begitu juga untuk keluarga warga Vietnam yang skornya berada pada kadar 24%, berpindah ke Switzerland melalui Program Mastautin Switzerland akan meningkatkan kelebihan mereka kepada 85% dan bagi warga Nigeria dengan skor peluang hanya 14%, pelaburan dalam Program Pelabur Global Singapura, yang menyediakan hak mastautin di negara bandar, akan meningkatkan peluang hidup mereka sebanyak 65% kepada 79%. Pilihan pelaburan lain melalui Visa Emas UAE dan Pelabur Aktif Plus Visa baharu New Zealand boleh memberi kelebihan peluang kepada anak-anak muda dari negara Afrika barat, masing-masing sebanyak 63% dan 59% .

Begitu juga untuk keluarga Afrika Selatan yang mensasarkan negara Eropah, melabur dalam Program Permit Mastautin Emas Portugal akan merealisasikan faedah antara generasi terkompaun, kerana selepas lima tahun menetap secara sah, mereka boleh memohon kewarganegaraan, membolehkan mereka untuk tinggal, bekerja atau belajar di mana-mana sahaja di negara Kesatuan Eropah. Terdapat juga keuntungan ketara dalam prospek pekerjaan peringkat teratas (25/100 untuk Afrika Selatan berbanding 47 untuk Portugal — lonjakan 88%), dan kebolehdiaman yang tinggi (Afrika Selatan mendapat skor 40 dan Portugal 61 — peningkatan 53%). Namun, kelebihan yang terbesar ialah peningkatan mendadak dalam mobiliti ekonomi (Afrika Selatan hanya mendapat 17/100 berbanding Portugal 74 — peningkatan 335% yang menakjubkan).

Seperti yang dinyatakan oleh Tess Wilkinson, Pengarah Pendidikan Henley & Partners, dalam laporan itu, pendidikan sahaja tidak dapat menjamin peluang dalam pasaran pekerjaan masa hadapan. “Melabur dalam pendidikan anak anda diakui secara universal sebagai salah satu cara terbaik untuk mempersiapkan mereka untuk berjaya pada kemudian hari, di mana pelbagai kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai kelayakan pengajian tinggi memperoleh peluang sekitar 50% lebih. Walau bagaimanapun, penyelidikan ekonomi juga menunjukkan lebih daripada dua pertiga daripada variasi pendapatan antara individu secara global dikaitkan dengan negara mereka tinggal dan bekerja. Oleh itu, menggabungkan akademik bertaraf dunia dengan hak mastautin atau kewarganegaraan yang berkaitan untuk mengakses pasaran pekerjaan yang menguntungkan adalah kuncinya.”

Menurut penyelidikan eksklusif yang dijalankan untuk laporan oleh Dr. José Caballero, Pakar Ekonomi Kanan di Pusat Daya Saing Dunia IMD di Switzerland, kesan kumulatif migrasi pelaburan timbul daripada hakikat bahawa program tersebut membolehkan ibu bapa menghijrahkan anak mereka melalui penempatan tetap. “Dengan berbuat demikian, ibu bapa boleh menyediakan pendidikan yang lebih tinggi dan peluang profesional tanpa kerumitan untuk mendapatkan visa pelajar dan/atau pasca siswazah. Peluang tersebut termasuklah akses kepada pendidikan rendah dan menengah premium, peluang yang lebih besar untuk perkembangan profesional, untuk hidup dalam persekitaran dengan kualiti hidup yang tinggi, prospek pendapatan yang lebih tinggi serta mobiliti yang lebih mudah merentas sempadan. Akses dan peluang yang sedemikian memudahkan kemampanan kemakmuran keluarga melalui kebarangkalian yang lebih besar untuk penciptaan dan pemeliharaan kekayaan dengan memperkasakan generasi akan datang dengan set kemahiran dan kapasiti yang lebih mantap.”  

Baca Siaran Akhbar penuh

Hubungan Media

Sarah Nicklin

Ketua Kumpulan PR

sarah.nicklin@henleyglobal.com

Mudah alih: +27 72 464 8965

Log masuk atau cipta satu akaun percuma selamanya untuk membaca berita ini