ReutersReuters

Peta Hala Tuju Platform Kepintaran Keputusan Quantexa Memfokus untuk Membantu Perusahaan dan Agensi Kerajaan menyediakan Data Untuk AI

Quantexa menyokong gelombang peningkatan organisasi yang menggunakan data, analitik, dan AI untuk memecahkan silo

  • Perkongsian dengan Microsoft membolehkan Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa segera tersedia di Microsoft Azure Marketplace; syarikat komited untuk membina penyelesaian secara asli di Azure
  • Pratonton teknologi menunjukkan rancangan bercita-cita besar Quantexa untuk mempercepatkan penggunaan platform, penyelesaian dan AI generatif dalam kalangan pengguna perniagaan, data, dan professional IT
  • Pelanggan Lighthouse memgambil pembantu AI generatif, Q Assist™, ke dalam penggunaan teknologi tersebut

LONDON, March 14, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Quantexa, ialah pemimpin global dalam penyelesaian kepintaran keputusan bagi sektor awam dan swasta, menggunakan latar belakang QuanCon24, persidangan tahunan pelanggan dan rakan kongsi, untuk mendedahkan peta hala tuju Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa, dan memberikan kemas kini tentang on Q Assist, iaitu kecerdasan buatan (AI) generatif yang dipratonton pada Julai tahun lepas. Quantexa juga mengumumkan perkongsian dengan Microsoft. Dan Higgins, Ketua Pegawai Produk Quantexa, yang disertai Kate Rosenshine, Pengarah Global Technology, Strategic Partnerships di Microsoft, telah mengumumkan ketersediaan serta-merta Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa di Azure Marketplace Microsoft dan merancang untuk membawa penyelesaian AI awan natif baharu kepada bank bersaiz sederhana di Amerika Syarikat.

Memfokus pada Inovasi dan Keupayaan Baharu

Rancangan cita-cita besar Quantexa untuk memimpin kategori kecerdasan keputusan baharu telah bertumpu pada membantu perusahaan dan agensi kerajaan menggunakan anlitik kontekstual dan AI untuk menambah baik pembuatan keputusan di seluruh organisasi. Quantexa menekan pada praktikal, kebolehgunaan di dunia sebanar hari ini, dengan membantu pelanggan merancang penempatan teknologi masa depan. Gartner® menjangkakan “menjelang 2027, 75% kandungan analitik baharu akan dikontekskan bagi applikasi kepintaran melalui AI generatif, membolehkan sambungan boleh gubah antara pandangan dan tindakan."*

Sebagai salah satu strategi pertumbuhan Quantexa, syarikat ini mempamerkan abiliti platform untuk menggunakan AI demi membina asas data yang boleh dipercayai, dan memberikan keberkesanan yang lebih tinggi kepada proses pembuatan keputusan sedia ada, sambil menyepadukan AI dengan lancar dalam infrakstrutur tecnologi pelanggan sedia ada.

Dan Higgins, Ketua Pegawai Produk Quantexa, berkata, “ Apabila menyebutkan peta hala tuju teknologi Quantexa, kami mengikut keperluan pelanggan kami dan cita-cita kepimpinan dalam kepintaran keputusan. Kami perlu membantu pelanggan kami memecahkan silo organisasi untuk mencipta asas data dipercayai, mengautomasikan dan menambah pembuatan keputusan, dan menyokong penilaian dan kemajuan berterusan sepanjang proses pembuatan keputusan. Dengan memperkenalkan keupayaan dan penyelesaian baharu, kami tetap teguh memfokus pada penyampaian inovasi yang terunggul yang membantu organisasi melindungi, mengoptimumkan, dan berkembang."

Quantexa Serlahkan Empat Tonggak Peta Hala Tuju Utama

  • Memperkasakan manusia/AI membuat keputusan: Quantexa terus memimpin penyelesaian dan alat untuk membolehkan penggunaan pelbagai sumber data dan AI untuk mengautomasikan logik keputusan perniagaan merentas pelbagai aplikasi. Quantexa mengemas kini platformnya dengan keupayaan aliran kerja yang dipertingkatkan termasuk model penilaian, pemberitahuan, dan penentuan keputusan baharu, yang boleh disesuaikan. Quantexa memperkenalkan keupayaan pengurusan kes baharu platformnya dan kemas kini penggunaan awal Q Assist, yang sedang digunakan oleh pelanggan dalam perbankan, telekomunikasi, dan agensi kerajaan, dalam program perintis untuk menangani jenayah kewangan, penipuan, dan risiko, serta untuk mengenal pasti peluang hasil baharu dengan kecerdasan pelanggan.
  • Menjalankan operasi data pada skala besar dengan AI dan analitik kontekstual: Keupayaan Quantexa untuk membantu pelanggan membina asas data yang dipercayai dan mendapatkan pendapat seorang pelanggan kekal merupakan pemacu utama penggunaan platform. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan kerumitan industri yang unik, Quantexa mempemerkan kemajuan dalam pengurusan data, analitik kontekstual, dan keupayaan AI. Quantexa melihat keupayaan untuk bergerak melepasi kecerdasaan berita demi menyokong pengambilan dan analisis mana-mana sumber data yang tidak berstruktur melalui penyelesaian entiti dan memberikan keupayaan kepaya pelanggan untuk membolehkan analisis graf berskala besar dan pembelajaran mesin graf dengan menggabungkan model bahasa (LLMs) besar dan graf pengetahuan.
  • Mempercepatkan masa-nilai melalui penempatan ringkas dan penyelesaian berbungkus: Quantexa mengumumkan pilihan baharu untuk memudahkan pelanggan dan rakan kongsi untuk memulakan dan menggunakan cara penempatan baharu, termasuk pengenalan kepada konfigurasi di luar kotak serta alat kod rendah dan tiada kod. Tahun ini, Quantexa juga melabur untuk mempercepatkan pembolehupayaan ekosistem pertumbuhan rakan kongsi, yang termasuk PWC, EY, Dun & Bradstreet, KPMG, dan Moody’s, yang merupakan rakan kongsi penyampai di QuanCon24.
  • Mengintegrasikan dengan lancar susunan dan proses teknologi pelanggan sedia ada: Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa mempunyai seni bina terbuka dan boleh diperluaskan mengikut skala API dan mengintegrasikan aplikasi dan sistem hiliran dengan lancar. Usaha masa hadapan akan tertumpu pada pembinaan rangka kerja yang standard dan penyambung di luar kotak.

Quantexa membawa Platform Kecerdasan Keputusan dan penyelesaiannya ke Azure dengan perkongsian Microsoft

Antara kemuncak Sesi Pelan Perjalanan Quantexa pada acara hari ini ialah pengumuman perkongsian baharu Quantexa dengan Microsoft. Sorotan termasuk:

  • Ketersediaan segera Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa di Azure Marketplace: Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa kini tersedia secara global di Azure Marketplace untuk pelanggan merentas industri servis kewangan, sektor awam, insurans, telekomunikasi, media dan teknologi.
  • Inovasi AI membantu bank sederhana dalam memenuhi tekanan kawal selia dan pasaran: Selain itu, Quantexa membentangkan rancangan untuk membina penyelesaian SaaS natif Azure baharu, membolehkan pelanggan menggunakan pemantauan transaksi pencegahan pengubahan wang haram (AML), penyiasatan, dan penyelesaian pengurusan kes hujung ke hujung yang direka bentuk untuk membawa keupayaan terbaik kelas tertinggi yang digunakan bank-bank terbesar dalam dunia ke dalam tawaran tersedia untuk memenuhi keperluan institusi servis kewangan yang memegang aset sehingga $200 bilion USD. Penyelesaian ini akan menyediakan keupayan kriikal untuk pemantauan, pengesanan, dan penyiasatan jenayah kewangan dan risiko yang dihadapi bank di seluruh Amerika Syarikat. Penawaran terancang ini akan membantu pelanggan melaksanakan teknologi generasi seterusnya, membolehkan mereka mengikuti perkembangan inovasi yang pesat dan memenuhi peraturan pematuhan yang meningkat. Quantexa bekerjasama dengan Microsoft untuk menjadikan set keupayaan awal tersedia menjelang akhir tahun 2024.

Dan Higgins, Ketua Pegawai Produk, Quantexa, mengulas: “Sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu, kecerdasan keputusan telah menjadi trend yang berkembang pesat, seperti yang dinyatakan oleh penganalisis pelbagai industri. Tetapi kecerdasan keputusan selama ini merupakan tumpuan utama kami sejak penubuhan kami. Dan di Quantexa, semasa kami berusaha untuk berinovasi dan mengembangkan tawaran teknologi kami untuk membantu perusahaan dan agensi kerajaan menggunakan analitik kontekstual dan AI untuk meningkatkan pembuatan keputusan, saya sangat gembira melihat bahawa peta jalan teknologi terkini kami mematuhi perkara tersebut. Perkongsian baharu kami dengan Microsoft adalah bukti komitmen kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan penyelesaian yang mudah diakses, dan kami akan terus melakukan lebih banyak lagi dan memenuhi keperluan pelanggan apabila mereka memerlukan kami."

Tyler Pichach, Pengarah Strategi Servis Kewangan di Microsoft, berkata: “ Organisasi Servis Kewangan telah menjadi lebih pintar dan cekap mengenai navigasi yang berjaya mengalihkan dinamik pasaran. Ini mewujudkan keperluan untuk menggunakan data dan AI yang dipercayai untuk menambah dan mengautomasikan beribu-ribu keputusan operasi yang dibuat setiap hari tentang pengurusan data, mengatasi penipuan kewangan, atau mengenal pasti peluang hasil baharu. Kami komited untuk bekerja dengan rakan kongsi seperti Quantexa untuk menjadikan Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa tersedia di Microsoft Azure Marketplace, membawa penyelesaian asli awan baharu untuk mengembangkan segmen pasaran, dan memacu inovasi bersama untuk membantu pelanggan kami merentas pelbagai industri mengatasi sebahagian cabaran terbesar mereka."

Ketahui lebih lanjut tentang cara organisasi anda boleh memasukkan kecerdasan keputusan dalam kerja, atau baca Forrester’s Total Economic Impact™ Platform Kepintaran Keputusan Quantexa, lihat di sini. Untuk menonton sesi atas permintaan daripada QuanCon24, layari tapak web QuanCon.

*Gartner, Jangkaan 2024: Bagaimanakah Kepintaran Buatan Akan Memberikan Impak kepada Pengguna Analitik, Disediakan oleh Edgar Macari, Peter Krensky, Afraz Jaffri, David Pidsley, Aura Popa, Mike Fang, Rita Sallam, Julian Sun, Radu Miclaus, 4 Januari 2024.

GARTNER ialah tanda dagangan berdaftar and tanda servis Gartner, Inc. dan/atau anggota gabungannya di A.S. dan pada peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. 

Perihal Quantexa

Quantexa ialah syarikat perisian data dan analitik global, yang merintis Kepintaran Keputusan, menjadikan data bermakna demi memperkasakan organisasi membuat keputusan operasi yang dipercayai. Kecerdasan Keputusan Platform Quantexa mendedahkan risiko tersembunyi dan peluang baharu dengan menyediakan paparan kontekstual, melihat sambungan data dalaman dan luaran di satu tempat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam data besar dan AI. Kemajuan ini menyelesaikan cabaran utama merentas pengurusan data, Ketahui Pelanggan Anda (KYC), kepintaran pelanggan, jenayah kewangan, risiko, penipuan, dan keselamatan, sepanjang kitaran hayat pelanggan. 

Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa meningkatkan prestasi pengendalian dengan ketepatan melebihi 90% dan penyelesaian model analisis 60 kali lebih pantas daripada pendekatan tradisional. Ditubuhkan pada tahun 2016, Quantexa kini mempunyai lebih daripada 700 pekerja dan ribuan pengguna yang mengendalikan berbilion-bilion transaksi dan titik data di seluruh dunia. Syarikat itu mempunyai pejabat di London, Dublin, Brussels, Malaga, UAE, New York, Boston, Toronto, Sydney, Melbourne dan Tokyo. 

Pertanyaan Media

C: Stephanie Crisp, Penolong Pengarah dan Ahli Strategi Media, Fight or Flight  

E: Quantexa@fightflight.co.uk   

C: Adam Jaffe, SVP Pemasaran Korperat  

T: +1 609 502 6889  

E: adamjaffe@quantexa.com

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/36fa5c1e-cba8-4a4c-9272-191148c797aa

Log masuk atau cipta satu akaun percuma selamanya untuk membaca berita ini