Lihat dahulu bagaimana semua pasaran beraksi.
Kemudian lompat ke dalam mereka melalui platform yang digunakan oleh 60 juta pedagang.
Kad kredit tidak diperlukan
Pelan untuk setiap tahap cita-cita
$155.40 / tahun
$299.40 / tahun
$599.40 / tahun
TradingView, Inc. didaftarkan untuk tujuan cukai jualan di beberapa negara. Ini mengakibatkan, bergantung kepada lokasi anda berada, satu cukai jualan boleh dikenakan kepada bil akhir anda.
Kami secara berwibawa menyambungkan anda kepada ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 2,019,615 instrumen seluruh dunia, membekalkan maklumat berkualiti tertinggi yang digunakan oleh profesional dari rakan kongsi data bergred institusi.
Atas Meja TradingView adalah lebih pantas daripada penyemak imbas asal anda. Tetapi anda masih boleh menggunakan kedua-duanya bersama-sama aplikasi mudah alih kami. Semuanya adalah sama, dengan susun atur, senarai amatan dan tetapan 100% yang disegerakkan.
Kami tidak menyimpan bukti kelayakan pembayaran anda. Mereka telah disulitkan dan dihantar ke Braintree (kepunyaan PayPal) menerusi API mereka yang kami gunakan untuk memproses semua pembayaran. API ini membenarkan kami mencipta satu pautan dilindungi kepada kaedah pembayaran apabila anda membeli apa-apa di laman web kami. Disebabkan ini, kami membekalkan cara yang selamat dan mudah untuk membuat langganan di laman kami.
Kaedah pembayaran yang diterima adalah merangkumi semua pembayaran kad kredit utama, akaun PayPal, Apple Pay dan kripto. Termasuk juga, di aplikas mudah alih kami, anda boleh menggunakan kaedah pembayaran yang disokong oleh App Store atau Google play.
Anda bolehmembayar dengan kripto (BTC, ETH, USDC, USDT, BCH, LTC, DOGE, DAI, Matic) untuk pelan tahunan sahaja. Coinbase menguruskan pemprosesan pembayaran untuk kami. Untuk membayar dengan kripto, anda perlu menekan tab “Kripto“ pada halaman Pesanan dan ikuti arahan.
Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dan ia tidak akan diperbaharui secara automatik selepas pembayaran terkini. Perkhidmatan berbayar akan kekal aktif untuk durasi terma berbayar. Satu sesi percubaan percuma yang dibatalkan akan dihentikan serta-merta selepas pembatalan.
Pembayaran semula adalah tersedia hanya untuk pelan tahunan dalam 14 hari selepas pembayaran. Untuk data pasaran tahunan, jumlah pembayaran semula akan dikurangkan dengan yuran langganan bulanan. Tiada pembayaran semula untuk naik taraf, pelan bulanan, data pasaran atau pembayaran kripto, walaupun ia dibatalkan pada hari yang sama. Pengguna yang memfailkan caj balik atau pertikaian tidak layak untuk pembayaran semula.
Anda boleh menaik taraf langganan tahunan anda pada bila-bila masa tanpa transaksi tambahan diperlukan. Semua hari berbaki dalam pelan terkini anda akan ditukarkan secara automatik kepada nilai hari-hari yang sama pada peringkat baharu. Anda tidak kerugian apa-apa, hanya gunakan baki jumlah yang ada untuk menukar kepada versi yang lebih baik. Disebabkan itu, tempoh yang tinggal dalam langganan anda akan dikurangkan dan tarikh pembayaran akan datang anda akan ditukar. Ketahui lebih lanjut mengenai naik taraf.
Jika anda menurun taraf, pelan terkini anda akan kekal seperti sedia kala sehingga tarikh langganannya. Kemudian, sebaik sahaja ia berakhir, pelan turun taraf baharu anda akan bermula pada kadar yang dipilih. Ketahui lebih lanjut mengenai turun taraf.
Semua data masa nyata dan intra hari tambahan untuk bursa — NASDAQ, NYSE, NYSE ARCA, OTC, CME, dll. — adalah tersedia untuk ditambahkan secara berasingan kepada akaun anda. Untuk menambah data, anda perlu mempunyai satu daripada pelan berbayar kami terlebih dahulu atau menjadi seorang ahli sesi percubaan. Lihat pada semua data sejagat yang tersedia untuk anda.
Tidak. Data masa nyata tambahan hanya tersedia di laman web TradingView dan hanya untuk pengguna yang membeli data dari bursa yang layak dengan akaun TradingView berbayar mereka.
Secara umum, penggunaan “Profesional” merujuk kepada aktiviti biasa pasaran di mana data pasaran digunakan bagi pihak perniagaan atau entiti, dana atau pengurus aset. Penggunaan "Bukan Profesional” merujuk kepada data pasaran untuk kegunaan peribadi sahaja. Ini bermakna bahawa sesiapa yang menggunakan data pasaran sebagai seorang pengguna runcit atau sebagai hobi adalah pengguna Bukan profesional manakala mereka yang menggunakan data pasaran sebagai seorang pekerja atau terlibat dalam dagangan antara perniagaan atau entiti, dikira sebagai pengguna Profesional. Maklumat lanjut di sini.
Ya, sudah tentu! Pelan profesional kami mempunyai banyak ciri-ciri, dengan lebih banyak pemberitahuan, data, pelbagai carta dan banyak lagi. Jika anda memerlukan lebih daripada apa yang pelan bukan profesional boleh berikan, anda boleh membeli mana-mana pelan profesional, walaupun anda bukan pedagang profesional.
Semua ciri-ciri terbaik kami dalam satu pakej. Anda juga boleh memilih data profesional. Sila hubungi kami jika anda memerlukan kumpulan terminal untuk syarikat anda.
Membawa alatan penyelidikan termaju dan data pasaran ke dalam kelas dan pembelajaran anda.