Garisan Arah Aliran

Garis arah aliran boleh digunakan untuk mengenal pasti dan mengesahkan arah aliran. Baris arah aliran akan menghubungkan sekurang-kurangnya 2 titik harga pada carta dan biasanya akan dilanjutkan kehadapan untuk mengenal pasti kawasan cerun sokongan dan rintangan. Garis dengan cerun positif yang menyokong tindakan harga akan menunjukkan bahawa permintaan bersih sedang meningkat. Selagi tindakan harga tetap di atas garis ini, kita boleh mengandaikan bahawa pasaran menunjukkan pergerakan aliran menaik. Garis dengan cerun negatif yang bertindak sebagai rintangan terhadap tindakan harga menunjukkan bahawa bekalan bersih sedang meningkat. Selagi tindakan harga tetap di bawah garis ini, kita boleh mengandaikan bahawa pasaran menunjukkan pergerakan aliran menurun.

Harga biasanya akan melakukan pengujian kepada garisan cerun arah aliran untuk beberapa kali sehingga ia pecah ke suatu titik di mana akan berlakunya kemungkinan pembalikan arah aliran. Semakin banyak titik yang ada untuk disambungkan, semakin kuat garis aliran arah ini. Strategi yang berlainan mempunyai peraturan yang berlainan mengenai seberapa jauh titik harga bersambungan ini boleh berada dan sama ada untuk menyambungkan kepada wicks atau badan candle, tetapi semua garisan arah aliran akan terpecah juga akhirnya. TradingView mempunyai alatan lukisan pintar yang membenarkan pengguna untuk mengenalpasti secara visual garis arah aliran pada sesuatu carta. Alatan analisis ini boleh juga digunakan untuk memperkenalkan arah aliran pada petunjuk-petunjuk.
Tunjuk lebih banyak skrip