Saya telah dibilkan secara automatik selama 1 atau 2 tahun dan ingin mendapatkan bayaran balik

Besar kemungkinan anda telahpun membaca Polisi kami dan anda mengetahui bagaimana ia berfungsi. Anda boleh meminta satu pembayaran balik dalam masa 14 hari pembaharuan langganan automatik untuk pelan langganan tahunan anda.

Tetapi walaupun kes anda berbeza, kami akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik, jadi sila hubungi Pasukan Bantuan kami mengenai isu ini. Kami mengambilkira keadaan pengguna dan boleh memberikan pemulangan semula dengan melihat kepada keadaan-keadaan ini.

Sila ambil maklum bahawa pembayaran balik untuk langganan yang diaktifkan melalui aplikasi mudah alih hanya boleh dilakukan berdasarkan terma Google Play atau App Store. Untuk pembelian Google Play, anda boleh memohon pembayaran balik di kedai dan platform kami. Pembelian App Store hanya boleh dipulangkan semula melalui kedai sahaja.