Memahami carta julat
Bar julat membenarkan anda menganalisa pergerakan harga untuk instrumen kewangan, dan pada masa yang sama menjimatkan masa sebagai satu sumber untuk membina elemen carta. Satu bar baharu akan terbentuk apabila harga mencapai satu nilai tertentu yang ditetapkan oleh pengguna.
KANDUNGAN:
Apakah bar julat
Bar julat adalah carta berdasarkan harga, bermaksud mereka tidak memfaktorkan masa. Satu bar baharu muncul hanya apabila harga bergerak kepada nilai tertentu tanpa mengira sebanyak mana masa sudah berlalu. Disebabkan itu, berlainan dengan jenis carta yang biasa digunakan — seperti lilin, garis atau bar berdasarkan masa — bar julat boleh muncul dengan selang masa berbeza.
Anda boleh memilih julat harga berbeza, yang mana bar-bar baharu akan muncul.
1 julat sentiasa bersamaan dengan satu perubahan harga minimum, iaitu tick.
Bar julat vs bar standard
Dua jenis carta ini adalah berlainan sama sekali, kerana mereka adalah berdasarkan harga dan berdasarkan masa. Disebabkan itu, kami akan membandingkan mereka dari perspektif dua jenis ini dalam membina Carta Super.
Bar julat
- Elemen carta baharu muncul hanya apabila harga bergerak dengan nilai minimum dalam tick
- Lebih sesuai untuk dagangan jangka pendek
- Boleh memberikan gambaran lebih jelas untuk tingkatan sokongan dan rintangan
Bar standard
- Elemen carta baharu muncul hanya apabila sejumlah masa sudah berlalu
- Lebih berinformasi dalam memaparkan perjuangan pembeli-penjual pada satu masa tertentu
- Berfungsi lebih baik dengan corak carta
Bagaimana mengaktifkan bar julat
Anda boleh memilih jenis carta ini menggunakan satu daripada dua kaedah:
Pilih "Julat" dalam menu jenis carta.

Pilih satu daripada selang masa julat dalam menu lungsur turun "Selang masa carta".

Tetapan julat
Anda boleh memilih satu daripada dua gaya — bar atau lilin.
Jika anda lebih sukakan bar, anda boleh mengkonfigurasikan:
- Bar naik: Tetapkan warna untuk bar naik
- Bar turun: Tetapkan warna untuk bar turun
- Bar unjuran atas: Tetapkan warna untuk unjuran bar naik
- Bar unjuran bawah: Tetapkan warna untuk bar unjuran bar turun
Bar unjuran adalah yang dibina berdasarkan data dari bar yang sedang terbentuk.
Juga, pilih "Bar nipis" jika anda lebih suka yang nipis atau nyahtanda untuk menjadikan mereka tebal.
"Bar Bayang (phantom bar)" akan mengaktifkan paparan bar maya yang sedang dalam pembinaan.
Jika anda menggemari jenis carta julat untuk dipaparkan sebagai lilin, anda boleh menukar tetapan berikut:
- Badan: Tetapkan warna badan lilin naik / turun
- Sempadan: Tetapkan warna sempadan lilin naik / turun
- Sumbu - wick: Tetapkan warna sumbu (wick) lilin naik / turun
- Lilin unjuran: Tetapkan warna unjuran lilin naik / turun
Kesimpulan selang masa julat
Harga adalah satu daripada parameter penting dalam dagangan. Bar julat dan selang masa boleh menambah baik strategi anda, jika anda memfokuskan pada harga sahaja. Jenis carta ini boleh memberikan anda gambaran jelas untuk tingkatan sokongan dan rintangan.
Jika strategi dagangan anda adalah berdasarkan harga, terokai jenis carta termaju lain kami, bandingkan mereka dengan julat dan cari yang memenuhi keperluan dagangan anda.
Juga baca: