Bar julat membenarkan pengguna-pengguna untuk menganalisa pergerakan harga untuk instrumen kewangan, dan pada masa yang sama mengurangkan gangguan pasaran. Bar-bar julat tidak mengambil masa sebagai pertimbangan dan adalah mampu untuk mencipta sesuatu yang boleh dipanggil sebagai 'kesan carta bersih'. Satu bar baru adalah dibentuk apabila harga-harga mencapai satu nilai tertentu yang ditetapkan oleh pengguna.
Ada dua cara.
Selang julat menetapkan julat di mana harga bergerak, yang kemudiannya akan memulakan formasi untuk satu bar baru.
1 Julat bersamaan satu perubahan harga minimum. Nilai ini boleh dinyatakan dengan formula ini.
1 Julat = Saiz Tick
Nilai Saiz Tick adalah dipaparkan di dalam menu Info Simbol (Klik kanan pada siri carta -> Info Simbol...).
Sila ambil maklum bahawa parameter masa ditidak memberikan kesan kepada bar Julat, jadi apabila anda memilih jenis carta Julat, selang untuk carta akan ditukar secara automatik kepada selang Julat secara lalai atau kepada selang Julat yang digunakan sebelum ini.
Jom lihat ke dalam Ciri untuk carta Julat:
Up Color — tetapkan warna untuk bar atas.
Down Color — tetapkan warna untuk bar bawah.
Projection Up Color — tetapkan warna untuk unjuran bar atas.
Projection Down Color — tetapkan warna untuk bar unjuran bar bawah.
*Projection Bars — bar-bar yang dibina berasaskan data untuk satu bar sementara, yang masih terbentuk.
Phantom Bars — tetapan paparan untuk bar-bar maya.
*Virtual Bars — bar-bar yang dibina di dalam julat-julat harga, yang tidak didagangkan.
Price Line — tetapan paparan untuk garisan yang menunjukkan harga terakhir.
Previous Close Price Line — tetapan paparan untuk garisan yang menunjukkan harga penutup untuk hari dagangan semalam.