Apakah selang Julat dan bagaimanakah untuk memilihnya?
Bar julat membenarkan pengguna-pengguna untuk menganalisa pergerakan harga untuk instrumen kewangan, dan pada masa yang sama mengurangkan gangguan pasaran. Bar-bar julat tidak mengambil masa sebagai pertimbangan dan adalah mampu untuk mencipta sesuatu yang boleh dipanggil sebagai 'kesan carta bersih'. Satu bar baru adalah dibentuk apabila harga-harga mencapai satu nilai tertentu yang ditetapkan oleh pengguna.
Bagaimanakah bar-bar Julat dibina?
- Satu bar Julat mempunyai satu harga pembukaan (Buka). Pergerakan harga adalah direkodkan apabila bar dibentuk. Pada masa itu, saiz bar membesar dari titik Buka samada ke atas atau ke bawah, bergantung kepada harga.
- Perbezaan di antara nilai bar tertinggi (Tinggi) dan terendah (Rendah) adalah dianggap sebagai pergerakan harga.
- Setiap kali titik Tinggi — Rendah mencapai selang Julat, formasi bar tamat.
- Jika harga bergerak di julat [Rendah, Tinggi], titik penutup (Tutup) untuk bar berubah.
- Apabila harga merentasi julat [Rendah, Tinggi], bar menutup dan bar baru akan mula terbentuk.
Bagaimanakah saya memilih bar-bar Julat pada carta?
Ada dua cara.
- Pilih bar-bar Julat pada menu jenis carta pada panel atas.
- Pilih selang Julat pada menu selang pada panel atas.
Apakah maksud selang Julat?
Selang julat menetapkan julat di mana harga bergerak, yang kemudiannya akan memulakan formasi untuk satu bar baru.
1 Julat bersamaan satu perubahan harga minimum. Nilai ini boleh dinyatakan dengan formula ini.
1 Julat = Saiz Tick
Nilai Saiz Tick adalah dipaparkan di dalam menu Info Simbol (Klik kanan pada siri carta -> Info Simbol...).
Sila ambil maklum bahawa parameter masa ditidak memberikan kesan kepada bar Julat, jadi apabila anda memilih jenis carta Julat, selang untuk carta akan ditukar secara automatik kepada selang Julat secara lalai atau kepada selang Julat yang digunakan sebelum ini.
Apakah tetapan yang ada untuk carta-carta Julat?
Ada dua cara biasa - Bar dan Lilin. Jom lihat ke dalam Ciri untuk carta Julat Bar:
Up bars — tetapkan warna untuk bar atas.
Down bars — tetapkan warna untuk bar bawah.
Projection up bars — tetapkan warna untuk unjuran bar atas.
Projection down bars — tetapkan warna untuk bar unjuran bar bawah.
*Projection Bars — bar-bar yang dibina berasaskan data untuk satu bar sementara, yang masih terbentuk.
Thin sars — kekalkan paparan bar sentiasa nipis (jika tidak mereka akan menjadi tebal apabila zum ke dalam).
Phantom bars — tetapan paparan untuk bar-bar maya.
*Phantom bars — bar-bar yang dibina di dalam julat-julat harga, yang tidak didagangkan.
Price Line — tetapan paparan untuk garisan yang menunjukkan harga terakhir.
Previous Close Price Line — tetapan paparan untuk garisan yang menunjukkan harga penutup untuk hari dagangan semalam.
Tetapan untuk carta Julat Lilin adalah seperti berikut:
Body — tetapkan warna badan lilin naik/turun.
Borders — tetapkan warna sempadan lilin naik/turun.
Wick — tetapkan warna ekor (wick) lilin naik/turun.
Projection candles — tetapkan warna unjuran lilin naik/turun.
Ciri-ciri dan had-had untuk bar-bar Julat
- Set nilai-nilai bar selang 1 saat (Buka, [Tinggi, Rendah], Tutup) adalah sumber data untuk bar-bar Julat.
- Selang boleh disesuaikan, selain selang yang dipratentukan, adalah hanya tersedia untuk pengguna-pengguna yang mempunyai pelan berbayar, contohnya Pro Plus atau lebih tinggi.
- Selang perlu mempunyai lebih daripada 10 Julat untuk berupaya menerbitkan satu idea yang berdasarkan bar-bar Julat.
- Ulangan Bar adalah tidak disokong untuk bar-bar Julat.