Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan Ulangan Bar?

Klik butang pada panel atas pada carta anda untuk membuka bar alat Ulangan Bar.


Butang ulangan adalah agak berintuisi dan akan berfungsi seperti anda menggunakan mana-mana pemain media.

Selepas membuka bar alat ulangan, carta akan memasuki mod pilihan titik mula ulangan. Gerakkan kursor pada skrin carta dan anda akan melihat satu garisan menegak biru dengan gunting.


Pilih titik permulaan pada carta dengan mengklik tarikh/masa yang anda mahukan. 

Klik butang Main untuk memulakan. Anda boleh melaraskan kelajuan kemaskini sebelum atau semasa melakukan ulangan.


 Untuk menjalankan satu langkah kehadapan, klik butang Ke Hadapan.


Pada carta di mana Ulangan Bar berjalan, anda akan melihat status sebegini.

Anda boleh memilih titik permulaan yang berbeza walaupun ulangan sedang berlangsung. Klik Lompat Ke... dan pilih satu bahagian sejarah pada carta untuk mengubah titik mula dengan mengklik pada carta.

Jika diperlukan, anda boleh memaparkan beberapa carta dalam satu tetingkap. Klik pada mana-mana carta untuk memulakan ulangan. Panel akan memaparkan status carta yang dipilih. Ulangi dengan cara yang sama seperti carta pertama. Ulangan Bar pada carta-carta akan berkerja secara berasingan dan alat simulasi akan sentiasa menunjukkan status untuk carta yang aktif.


Selain daripada itu, anda boleh menghentikan ulangan anda dan terus kembali ke data masa nyata. Butang Lompat ke masa nyata membolehkan anda melakukannya dengan satu klik.


Anda boleh menutup bar alat ulangan anda dengan mengklik [X] pada bar alat itu atau dengan mengklik butang Ulangan Bar pada panel atas pada carta anda.


Ciri-ciri dan pembatasan lain di dalam mod ulangan:

  • Pelayan pemberitahuan tepi akan sentiasa tercetus berdasarkan data masa nyata.
  • Pelayan pemberitahuan tepi baru tidak boleh dicipta semasa di dalam mod ulangan.
  • Pesanan dagangan (Dagangan Kertas atau broker lain) adalah dilaksanakan berdasarkan data masa nyata.
  • Sebut harga, yang ditunjukkan di dalam panel dagangan dan di dalam senarai sebut harga, terpadan dengan data masa nyata apabila carta berada di dalam mode ulangan.
  • Jenis carta tidak standard adalah tidak menyokong ulangan.
  • Ulangan bar membolehkan anda menggunakan objek lukisan dan penunjuk. Mereka akan berada di dalam carta walaupun selepas anda keluar dari mod ulangan.
  • Alat Arah Aliran Regresi dan Profil Volume Julat Tetap tidak berfungsi semasa ulangan.