Apakah maksud di sebalik setiap lencana TradingView?

Kami menawarkan empat lencana yang berbeza, masing-masing memberitahu anda sesuatu yang berbeza mengenai ahli. Mari kita teliti satu persatu. 

MOD

Lencana MOD berwarna merah diberikan kepada moderator kami untuk mengenal pasti mereka dengan jelas di kalangan ahli kami. Lencana ini memberi keselamatan tambahan kepada ahli kami dan membolehkan pengenalpastian yang jelas siapa mod dan siapa yang tidak sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan bantuan. Ahli dengan lencana ini adalah wakil rasmi TradingView, jadi pastikan anda selalu mengikuti panduan mereka.

BROKER

Lencana BROKER berwarna, baik berwarna biru (platinum), emas atau perak, diberikan kepada akaun broker di TradingView. Ahli yang memakai lencana khusus ini adalah wakil Broker rasmi sahaja. Halaman broker memberikan maklumat lanjut mengenai Syarat Penggunaan dan ulasan dari pemilik akaun-langsung. Semua broker yang terdapat di negara anda boleh didapati dalam senarai Broker kami.

WIZARD

Lencana hijau WIZARD adalah untuk Pakar Pine Script™ kami. Mereka merupakan pengaturcara terkemuka yang bekerja dengan Pine Script™, bahasa yang digunakan untuk mencipta penunjuk dan strategi pada platform kami. Pakar Pine Script™ memberikan sumbangan terbaik kepada komuniti, membantu ramai pedagang dengan kod-kod mereka. Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut, sila ikuti pautan ini.

Lencana pekerja TradingView

Akaun rasmi TradingView, termasuk juga pekerja TradingView mempunyai lencana biru dengan satu logo TV logo.


Nota: 
Anda boleh menggerakkan kursor di atas lencana untuk maklumat tambahan mengenai pelan pengguna.

Lencana lain

Lencana hitam (putih dan mod gelak) menunjukkan seorang pengguna telah membeli satu pelan naiktaraf, yang membantu komuniti dan platform kami berkembang. Akan tetapi, dengan mempunyai lencana ini, tidak bermaksud pengguna merupakan seorang pedagang profesional.