Seorang pengguna telah menipu saya. Bolehkah anda memberikan alamat IP / e-mel / kelayakan dia kepada saya?

Jika anda percaya anda telah ditipu oleh salah seorang daripada pengguna kami, kami menasihatkan anda untuk pergi ke balai polis atau penguatkuasa undang-undang yang sepatutnya dan failkan satu aduan rasmi. TradingView akan bekerjasama penuh dengan mana-mana permohonan rasmi dari penguatkuasa undang-undang dan akan memberikan segala maklumat yang diperlukan. Mereka boleh menghubungi kami menerusi e-mel di security@tradingview.com. Kami sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dan membantu mereka dalam apa-apa tugas penyiasatan.

Sila ambil maklum bahawa kami telah menyiarkan satu catatan blog yang mana kami telah memberikan amaran kepada pengguna untuk tidak mempercayai mana-mana pengguna lain secara membuta-tuli, tidak kira mereka diiktiraf atau tidak.