Saya ada pelan naiktaraf dan saya telah disekat oleh seorang moderator. Bolehkah saya mendapatkan pembayaran semula?

Jika anda telah disekat oleh seorang moderator, anda telah melanggar satu daripada Peraturan Dalaman kami. Untuk mengetahui yang mana satu, sila periksa mesej peribadi anda. Satu mesej peribadi dari moderator akan menyusuli setiap sekatan dan menerangkan apakah peraturan yang telah dilanggar.

Setiap pengguna, setelah mendaftar di TradingView, telah mengesahkan telah membaca peraturan-peraturan ini dan setuju untuk mengikutinya. Ini termaktub untuk setiap pengguna, sama ada mereka menggunakan secara percuma atau membeli satu pelan berbayar. Tiada layanan istimewa untuk pengguna berbayar untuk aktiviti sosial mereka di laman web.

Disebabkan anda membayar untuk alat, ciri dan data pasaran di TradingView, semuanya yang masih tersedia untuk anda dalam tempoh sekatan, tiada pembayaran balik akan dibenarkan.