Lukisan melintasi beberapa titik berbeza pada selang yang lain

Lukisan mungkin dipaparkan berlainan pada pelbagai selang masa untuk simbol yang sama. Salah satu sebab ianya terjadi, untuk rangka masa rendah, ia mengandungi lebih banyak informasi (disebabkan bar dengan masa dan nilai OHLC mereka).

Sebagai contoh, kita melukis garis arah aliran yang menghubungkan 2 bar pada titik tinggi mereka dan kemudian membandingkan bagaimana keputusan mungkin boleh berubah-ubah, bergantung kepada selang yang kita gunakan (untuk contoh ini, kita gunakan carta harian vs. mingguan).

1. Mula-mula, kita lukis satu garisan arah aliran pada carta dengan satu rangka masa harian dan membandingkan bagaimana ia dipaparkan pada carta mingguan.

Cop masa yang dipilih sebagai titik-titik pada carta harian adalah tidak sama dengan yang dipaparkan pada carta mingguan. Pada carta mingguan, setiap cop masa menandakan permulaan minggu dan titik arah aliran pada carta mingguan akan dipaparkan pada penanda-penanda yang menepati hari-hari pertama dalam minggu (termasuk hari-hari carta harian). Ini bermaksud koordinat X pada garisan ini adalah berbeza, manakala arah aliran adalah masih yang sama.

2. Kita akan melukis sekarang arah aliran yang sama (tapi secara faktual ianya berbeza) pada carta mingguan.

Cop masa yang kita gunakan untuk meletakkan titik-titik pada carta mingguan adalah tersedia di dalam carta harian, jadi garisan arah aliran akan dipaparkan dengan tepat pada titik-titik itu. Akan tetapi, pada carta harian, titik garisan arah aliran tidak akan menyentuh harga tinggi seperti yang mereka lakukan pada rangka masa mingguan kerana garisan akan berhenti di mana hari pertama minggu bermula (harga tinggi mingguan belum lagi dicapai).

Ia berfungsi sama apabila anda melukis sesuatu mengunakan satu susun atur carta tunggal dan menukar rangka masa carta. Lukisan mungkin akan diletakkan di tempat berbeza bergantung kepada rangka masa yang digunakan pada masa ianya mula-mula dimasukkan.