Broker yang saya mahu berdagang adalah tidak disokong. Bolehkah anda menambahkannya?

Kami sedang bekerja keras untuk menyepadukan broker-broker baru pada TradingView, akan tetapi proses ini mengambil masa disebabkan kesusahan teknikal dan undang-undang.

Sebagai tambahan, kami melaksanakan REST API, yang membenarkan broker-broker baru untuk berhubung ke TradingView. Broker dan pertukaran kripto, yang masih belom tersedia di platform kami lagi, boleh menggunakan alat ini untuk proses penyepaduan.

Anda boleh menghubungi pertukaran atau broker kripto yang anda mahu untuk disambung ke TradingView dan cadangkan mereka menyambungkan kepada antaramuka kami menggunakan API yang disebut di atas. Ia adalah cara paling efektif untuk memulakan proses ini.