Saya mahu berlatih berdagang tanpa merisikokan duit sebenar. Apakah yang saya patut lakukan?

Anda mempunyai 2 pilhan.

1. Dagangan Kertas. Ia dicipta untuk melakukan dagangan simulasi pada TradingView, tanpa merisikokan wang sebenar. Untuk berlatih berdagang menggunakan Dagangan Kertas, mula-mula buka satu carta. Kemudian, buka Panel Dagangan dan pilih Dagangan Kertas di antara broker-broker.

2. Demo akaun broker. Kebanyakan broker yang disokong di dalam TradingView memberikan akaun demo, yang boleh digunakan untuk berdagang. Untuk melakukan ini, anda hendaklah mencipta akaun demo dahulu di laman web broker. Kemudian, pilih broker di dalam Panel Dagangan di bahagian bawah carta anda dan log masuk menggunakan nama demo akaun broker anda.