Saya mahu menetapkan Renti Rugi dan Ambil Untung saya dalam terma dollar dan sebagai satu peratusan untuk baki akaun saya

Ada dua bidang istimewa untuk ini di dalam seksyen Ambil Untung / Renti Rugi. Anda boleh menetapkan had untung yang diingini di dalam akaun matawang atau sebagai satu peratusan untuk baki akaun. Anda juga boleh melakukan yang sama dengan risiko.  

Sebagai contoh, jika anda mahu menetapkan satu pesanan Ambil Untung oada satu had di mana untung anda adalah $15, anda hanya perlu memasukkan $15 di dalam kotak untung supaya harga pesanan adalah dikira secara automatik.

Bahagian Risiko $, % Risk adalah disalin di dalam Kuantiti dan Renti Rugi. Menggunakan bahagian-bahagian ini, anda boleh menyatakan risiko untuk pengiraan automatik untuk jumlah, atau untuk pengiraan automatik untuk had pesanan Renti Rugi. Anda tidak boleh mengira secara automatik kedua-dua had Kuantiti dan Renti Rugi pada masa yang sama.