Saya ingin melihat kod sumber untuk satu skrip terbina dalam

Skrip terbina dalam adalah penunjuk atau strategi yang ditulis oleh TradingView; mereka tidak diterbitkan di dalam Skrip Komuniti. Anda boleh mengaktifkan skrip terbina dalam pada carta anda melalui kumpulan "Teknikal" pada panel kiri pilihan untuk kotak dialog "Penunjuk, Metrik & Strategi" yang tersedia dari butang pada bahagian atas carta anda.

Kebanyakan skrip terbina dalam menggunakan bahasa pengaturcaraa Pine Script™ kami, tetapi bukannya semua. Sebagai contoh, skrip Profil Volum dan Corak Carta kami tidak menggunakan Pine Script™; jadi sumber kod mereka adalah tidak tersedia.

Ada dua cara anda boleh mengakses kod sumber untuk penunjuk terbina dalam.

Kaedah 1

Di dalam Editor Pine, gunakan butang "Buka" pada bahagian atas kanan dan pilih "Skrip terbina dalam..." untuk melihat senarai skrip-skrip terbina dalam yang ditulis dalam Pine. Apabila anda memilih satu daripadanya, kod sumbernya akan dijalankan di dalam Editor. Dari situ, anda boleh menyimpan satu salinan kod sebagai satu skrip peribadi. Perubahan yang anda lakukan kepada skrip itu tidak akan memberikan kesan kepada skrip terbina dalam TradingView yang asal.

Kaedah 2

Apabila anda mempunyai satu skrip terbina dalam yang sudah dijalankan pada carta, keluarkan menu pop nya dengan menggerakkan tetikus di atas nama skrip dan klik pada ikon "Kod sumber" nya ("{ }") jika ada. Jika tiada, skrip terbina dalam tidak menggunakan Pine Script™, dan kod sumbernya adalah tidak tersedia.

Apabila kod sumber terbina dalam tersedia, ia akan muncul pada Editor dengan satu latarbelakang kelabu yang menunjukkan ia adalah baca sahaja (read-only). Dari situ, anda boleh membuat satu salinan dengan membuka menu Editor iaitu "Lebih" (tiga titik pada bahagian atas kanan) dan memilih "Simpan sebagai...". Anda kemudiannya akan dapat mengubahsuai salinan itu seperti yang anda sukai.