Bagaimanakah reputasi pengguna saya dikira?

Pengiraan reputasi pengguna adalah satu proses yang agak kompleks kerana ia bergantung kepada pelbagai faktor. Asas kepada proses ini adalah dikodkeraskan kepada backend kami dan ia adalah satu bahagian daripada proses dalaman TradingView. Di sebabkan itu, kami tidak dapat memberitahu formula yang digunakan. Akan tetapi, kami boleh memberitahu anda faktor-faktor berikut, yang boleh mempengaruhi reputasi anda:

  • bilangan suka dan reputasi individu yang menyukai idea anda;
  • komen;
  • bilangan pengikut.

Sila ambil maklum bahawa faktor-faktor ini adalah penting, tetapi bukannya wajib. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang mendapatkan mata reputasi di catatan blog kami.