Bagaimana untuk mengemaskini skrip yang telah saya terbitkan?

Setiap pengguna boleh mengemaskini satu versi yang ada untuk skrip yang telah diterbitkan. Sila buka editor Pine anda dan tekan butang terbitkan skrip untuk melakukannya. Pastikan kemaskini anda di dalam tab editor Pine & dilaksanakan kepada carta. Apabila anda telah menerbitkan skrip, ia akan muncuk di dalam menu lungsur turun. Pilih yang mana anda mahu kemaskini. Anda boleh menukar ruangan penjelasan dan gaya kemaskini (disebelah atau linear) dan tekan Terbitkan versi baru untuk menyiapkannya.

Secara lalai, carta digunakan apabila anda mengemaskini akan menggantikan carta sebelum ini di dalam halaman skrip anda. Anda boleh memilih untuk tidak mengemaskini carta halaman skrip anda, akan tetapi, jika anda tidak mahu mengemaskini penerbitan carta, pilih kotak semak "Jangan kemaskini carta":