Saya rasa strategi memberikan keputusan yang salah

Sila ambil maklum bahawa terdapat banyak faktor-faktor yang boleh memberikan kesan kepada hasil pengiraan strategi dan dengan sedikit kesilapan boleh memberikan perbezaan yang besar dalam output. Lihat contoh-contoh di bawah:

Muat semua/buka semula carta. Data sejarah boleh berubah sedikit daripada data yang dikumpul dalam masa nyata. Walaupun mereka sepadan, dalam beberapa kes, data sejarah diubah oleh pembekal data. Data berbeza = hasil ujian belakang berbeza.

Pergerakan harga intrabar. Apabila satu strategi dikira dalam masa nyata, kita akan memahami dengan jelas bagaimana harga terkini bergerak di antara OHLC. Apabila satu strategi digunakan pada satu carta, kita tidak mempunyai maklumat ini, jadi kita menggunakan anggapan. Anggapan ini berkemungkinan salah dan mereka tidak semestinya 100% tepat walaupun harga sememangnya bergerak pada arah ini.

Fungsi tertentu dalam kod sumber. Beberapa fungsi berkelakuan berlainan dalam masa nyata vs. pengiraan sejarah disebabkan logik dalaman mereka. Satu contoh untuk fungsi itu adalah 'security'. Keadaan yang pelik ini dipanggil Repainting, anda boleh membaca lebih mengenai ini di dalam manual pengguna kami.

Frekuensi pengiraan strategi. Semasa ujian belakang sejarah, satu strategi sentiasa dikra hanya pada penutup setiap lilin, manakala data mengemaskini dalam masa nyata, strategi yang sama boleh ditetapkan untuk dikira pada setiap kemas kini harga.

Jika anda pasti isu-isu di atas tidak berkaitan dengan kes anda, sila hantarkan satu laporan dengan jenis isu Pine Script yang anda sedang hadapi, tampalkan satu kod strategi dan jelaskan masalah anda dengan terperinci.