Accumulation Distribution (ADL)

Definisi

Accumulation Distribution Indicator or ADL (Accumulation Distribution Line) adalah penunjuk berdasarkan volume yang pada dasarnya dirancang untuk mengukur penawaran dan permintaan yang berlaku. Ini dapat dicapai dengan cuba menentukan sama ada peniaga benar-benar membuat pengumpulan (membeli) atau pengagihan (menjual). Ini dapat dicapai dengan menplot jumlah Volume Aliran Wang pada setiap tempoh. ADL dapat mendedahkan perbezaan antara aliran volume dan harga sebenar untuk mengesahkan trend semasa atau untuk menjangkakan pembalikan pada masa depan.

Sejarah

The Accumulation Distribution Line direka oleh penganalisis saham terkenal Marc Chaikin. GPP amat berkait rapat dengan dua penunjuk terkenal Chaikin yang lain; penunjuk Chaikin Oscillator dan Chaikin Money Flow.

Pengiraan

Accumulation/Distribution = ((Close – Low) – (High – Close)) / (High – Low) * Period Volume 

Untuk memahami sepenuhnya bagaimana indikator berfungsi, adalah mustahak untuk memecahkan formula ini kepada beberapa bahagian.

  1. Cari Pengganda Aliran Wang. 
    ((Close - Low) - (High - Close))/(High - Low) = Money Flow Multiplier
  2.  Setelah anda mengira Pengganda Aliran Wang, anda dapat mengira Volume Aliran Wang.
    Money Flow Multiplier * Period’s Volume = Money Flow Volume
  3. Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, ADL adalah jumlah berterusan dari volume aliran wang setiap tempoh. Oleh itu, setelah anda mempunyai Volume Aliran Wang Semasa, anda boleh merancang ADL.
    ADL = Previous ADL + Current Money Flow Volume

Asasnya

Semasa memecahkan formula, apa yang menyebabkan ADL naik atau turun adalah Pengganda Aliran Wang. Pengganda Aliran Wang ditentukan oleh hubungan antara tempoh harga penutupan  dan tempoh julat tinggi / rendah  tersebut. Pengganda Aliran Wang sentiasa berada dalam julat 1 dan -1. Apabila suatu tempoh ditutup pada separuh atas julat tinggi / rendah, Pengganda Aliran Wang akan meningkat mendekati 1. Sebaliknya, apabila suatu tempoh ditutup pada separuh bawah julat tinggi / rendah, Pengganda Aliran Wang akan jatuh ke arah -1. Semakin dekat pengganda dengan 1, semakin tinggi tekanan belian. Oleh itu, apabila anda menggabungkan pengganda yang sangat positif dengan volume yang kuat, ADL akan meningkat. Apabila anda menggabungkan pengganda yang sangat negatif dengan volume yang kuat, tekanan jualan akan meningkat dan ADL akan turun. Oleh itu ADL boleh dilihat sebagai satu cara mengukur kekuatan tekanan jual beli (pengumpulan dan pengagihan). Dengan ini, ADL menjadi alat yang berharga dalam mengesahkan trend dan juga menjangkakan pembalikan.

Apa yang perlu diperhatikan

Pengesahan Trend

Ini sebenarnya adalah faedah paling mudah dalam menggunakan ADL. Semasa aliran menaik atau aliran menurun yang kuat, ADL sebenarnya akan bergerak ke arah yang sama dengan harga yang mana mengesahkan arah aliran semasa.

 

Divergence Capahan

Capahan memainkan peranan besar dalam menganalisis ADL. Sudah sedia maklum oleh banyak orang bahawa volume mendahului harga, oleh itu setiap keadaan di mana volume dan harga menuju ke arah yang berlawanan ia harus diperhatikan. ADL  akan membantu peniaga mengenal pasti kejadian ini.

Bulis Capahan ADL adalah ketika ADL bergerak ke arah atas sementara harga semakin menurun. Tren kenaikan ADL menunjukkan peningkatan tekanan beli (Pengumpulan). Dengan andaian volume mendahului harga, pembalikan harga menunujukkan terdapat kemungkinan.

Bearis Capahan ADL  adalah ketika ADL  bergerak ke arah bawah sementara harga sedang meningkat. Dalam hal ini, ADL menandakan peningkatan tekanan jual (Pengagihan), dan harga mugkin akan berubah bergerak kebawah.

Ketakbolehharapan

Seperti mana-mana petunjuk, adalah penting bagi sesiapa yang menggunakan ADL  untuk memahami kekurangan atau kelemahannya. Kekurangan utama ADL  adalah Pengganda Aliran Wang, yang memainkan peranan utama dalam menentukan arah mana Garis  Pengumpulan/Pengagihan akan bergerak, tidak mengambil kira perubahan julat harga antara jangka masa. Ini bermaksud bahawa jika terdapat apa-apa jenis jurang harga berlaku , ia tidak akan dikesan oleh ADL  dan oleh itu garis dan harga akan menjadi tidak selaras.

Ringkasan

Secara keseluruhannyaa, penunjuk ADL adalah penunjuk yang boleh dipercayai untuk mengira faktor asas pada carta dagangan. Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan, jadi ADL sememangnya cukup berharga. Namun, mengetahui dasar tekanan jual beli  (pengumpulan dan pengagihan) biasanya tidak cukup dengan sendirinya. Itulah sebabnya mengapa ADL  paling baik digunakan sebagai petunjuk pelengkap yang merupakan satu aspek bagi setiap program atau strategi perdagangan. Sebab lain mengapa ADL tidak semestinya digunakan sebagai sendirian adalah Ketakbolehharapan yang disebutkan di bahagian sebelumnya. Kadang-kadang ADL  tidak selaras dengan harga. Ia biasanya adalah terbaik untuk mempunyai alat-alat lain di gunakan supaya mempunyai satu sistem semak dan imbang.

Gaya
 Pengumpulan/pengedaran

Boleh togol kebolehlihatan ADL dan garis harga yang menunjukkan nilai semasa sebenar ADL. Juga boleh memilih warna, ketebalan garisan dan jenis visual(Garis adalah jenis lalai)

Tetapan
Nilai terakhir pada skala harga

Togol antara kebolehlihatan antara Nilai Penunjuk pada paksi menegak

ARGUMENTS IN HEADER Argumen di kepala

Togol kebolehlihatan nama dan tetapan penunjuk di bahagian kiri atas pada carta.

Skala

Menetapkan skala penunjuk di sebelah Kanan atau Kiri.

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Tentang Kami Ciri-ciri Carta Harga Rujuk rakan Peraturan Dalaman Pusat Bantuan Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Blog & Berita Twitter