Aroon

Definisi

Penunjuk Aroon  (juga dikenali sebagai Aroon Up Down) adalah indikator yang bergerak dalam julat yang sebenarnya merupakan satu set dua ukuran berasingan yang digunakan untuk mengukur berapa banyak tempoh yang telah berlalu sejak harga mencatatkan n-period tinggi atau rendah dengan nilai "n” menjadi sebilangan tempoh yang ditetapkan mengikut nilai yang ditetapkan peniaga.Contohnya Aroon-Up 14 hari akan mengambil jumlah tertinggi sejak 14 hari terakhir dan kemudian mengira nombor antara 0 hingga 100. Aroon-Down 14 hari pula akan melakukan perkara yang sama tetapi mengambil kira jumlah hari sejak 14 hari terendah. Nilai ini bertujuan untuk mengukur kekuatan arah aliran (jika ada). Semakin hampir bilangannya dengan nilai 100, semakin kuat trennya. Aroon bukan hanya bertujuan untuk mengenal pasti arah aliran (trend), ianya juga adalah alat yang berguna untuk mengenal pasti tempoh penggabungan dan penyatuan.

Sejarah

Petunjuk Aroon pada asalnya dicipta pada tahun 1995 oleh penganalisis teknikal dan pengarang Tushar Chande. Nama "Aroon" diambil bersempena  bahasa Sanskrit yang bermaksud "Dawn's Early Light" atau "Cahaya Awal di awal pagi". Ianya adalah simbolik kepada kepercayaannya terhadap kemampuan penemuan awal arah aliran (trend).

Pengiraan

Pengiraan penunjuk ini adalah bergantung kepada tempoh yang ditentukan pengguna. Sebagai contoh di bawah, kita akan menggunakan 14 hari Aroon.

Aroon-Up = ((14 - Days Since 14-day High)/14) x 100 Aroon-Down = ((14 - Days Since 14-day Low)/14) x 100

Asas-asas

Penunjuk Aroon adalah penunjuk yang bergerak dalam julat dan menghasilkan nombor antara 0 dan 100. Penganalisis teknikal harus memberi tumpuan kepada tiga kawasan pada skala tersebut.

  1. Ketika nilai mendekati atau pada 100 dimana ianya menunjukkan arah arah aliran (trend) yang lebih kuat.
  2. Ketika nilai mendekati atau pada 0 menunjukkan arah arah aliran (trend) yang lebih lemah.
  3. Ketika nilai berada di kawasan sekitar 50 dimana arah aliran (trend) boleh bergerak samada atas atau bawah.

Apabila nilai Aroon-Up berada di atas 50 serta berdekatan dengan nilai 100 dan Aroon-Down berada di bawah 50, ini adalah petunjuk yang baik untuk menaikkan arah aliran menguat. Begitu juga ketika Aroon-Down berada di atas 50 dan dekat dengan 100 dan Aroon-Up berada di bawah 50. Ini menandakan kemungkinan arah aliran menurun yang mungkin berlaku.

Justeru, apakah yang perlu dicari?

Mengesan arah aliran 

Fungsi utama Aroon adalah untuk mengenal pasti arah aliran baru yang sedang berlaku. Terdapat tiga langkah untuk mengenal pasti bila arah aliran baru dapat terbentuk.

  1. Ketika Aroon-Up dan Aroon-Down saling bersilangan antara satu sama lain.
  2. Garis Aroon akan terus berlawanan arah dimana satu akan melebihi 50 menuju 100 dan yang lain berada di bawah 50.
  3. Kemudian, salah satu garis Aroon akan mencecah 100.

Berdasarkan tiga langkah tersebut, kita akan gunakan arah aliran menaik sebagai contoh. Dalam arah aliran menaik, Aroon-Up dan Aroon-Down akan melintas. Kemudian, Aroon-Up melintasi di atas 50 sementara Aroon-Up melintasi di bawah 50. Akhirnya, Aroon-Up akan mencecah 100 menandakan kemunculan arah aliran menaik.

Tempoh Penyatuan

Fungsi baik yang lain mengenai penunjuk Aroon adalah kemampuannya dalam mengenal pasti tempoh penggabungan. Ini berlaku ketika kedua-dua Aroon-Up dan Aroon-Down telah jatuh di bawah 50. Ini juga menunjukkan tempoh perdagangan mendatar kerana arah aliran menaik dan arah aliran menurun tidak mempunyai kekuatan. Terutama sekali apabila kedua-dua Aroon-Up dan Aroon-Down bergerak bersama-sama. Apabila kedua-duanya turun secara selari, julat perdagangan mendatar mungkin akan terbentuk.

Ringkasan

Penunjuk Aroon (Aroon Up Down) pastinya merupakan penunjuk yang sangat sesuai untuk mengenal pasti kedua-dua arah dan juga tempoh penggabungan. Justeru, ianya adalah penunjuk yang baik untuk melengkapi strategi. Ini kerana, mengetahui arah aliran secara keseluruhan adalah perkara penting dalam apa-apa strategi perdagangan. Menggunakan Aroon sebagai bahan asas dengan penunjuk tambahan mampu menghasilkan isyarat yang berkesan.

Input

Kepanjangan

Tempoh masa untuk melihat semula Aroon.

Gaya

Aroon Atas

Boleh menukar keterlihatan Aroon Up serta keterlihatan garis harga yang menunjukkan nilai semasa sebenar Aroon Up. Boleh juga memilih warna, ketebalan garis dan jenis visual Aroon Atas (Garisan adalah secara am).

Aroon Bawah

Boleh menukar keterlihatan Aroon Down serta keterlihatan garis harga yang menunjukkan nilai semasa sebenar Aroon Down. Juga boleh memilih warna, ketebalan garis dan jenis visual Aroon Bawah (Garisan adalah secara am).