Awesome Oscillator (AO)

Definisi

 Awesome Oscillator(AO)  adalah petunjuk yang digunakan untuk mengukur tahap momentum pasaran. AO akan mengira perbezaan di antara Purata Pergerakan Mudah (Simple Moving Averages) untuk 34 Tempoh dan juga 5 Tempoh. Purata Pergerakan Mudah yang digunakan tidak akan dikira menggunakan harga tutup. Tetapi, akan menggunakan titik tengah untuk setiap bar. AO biasanya digunakan untuk mengesahkan arah aliran atau untuk menjangkakan kemungkinan perubahan.

Sejarah

Indikator Pengayun Hebat dicipta oleh Bill Williams.

 

Pengiraan

lengthAO1=input(5, minval=1) //5 periods lengthAO2=input(34, minval=1) //34 periods AO = sma((high+low)/2, lengthAO1) - sma((high+low)/2, lengthAO2)

Asasnya

Oleh sebab sifatnya sebagai indikator pengayun, Awesome Oscillator  dicipta untuk mempunyai nilai yang berubah-ubah di atas dan di bawah Garis Sifar. Nilai yang dihasilkan akan diplot sebagai histogram bar merah dan hijau. Bar berwarna hijau berlaku apabila nilainya lebih tinggi daripada bar sebelum. Bar merah pula menandakan bahawa bar tersebut lebih rendah daripada bar yang sebelumnya. Apabila nilai AO berada di atas garisan sifar, ini menandakan bahawa jangka masa pendek mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi daripada jangka masa panjang. Apabila nilai AO berada di bawah garis sifar pula, ini bermakna bahawa tempoh jangka pendek mempunyai kecenderungan yang lebih rendah daripada jangka panjang. Maklumat ini boleh digunakan untuk pelbagai isyarat.

 

Apa yang mesti dicari

Zero Line Cross Silangan pada Garis Sifar

 

Isyarat asas yang paling mudah yang dihasilkan oleh Petunjuk Pengayun Hebat ialah silangan pada Garis Sifar. Ini bermaksud bahawa apabila nilai PH melintasi di atas atau di bawah Garis Sifar. Ini menunjukkan perubahan momentum.

Apabila PH melintasi di atas garisan sifar, momentum jangka pendek kini meningkat lebih cepat daripada momentum jangka panjang. Ini dapat memberikan peluang perniagaan untuk posisi beli.

Apabila PH melintasi bawah garisan sifar, momentum jangka pendek kini jatuh lebih cepat daripada momentum jangka panjang. Ini dapat memberikan peluang perniagaan untuk posisi jual.

Puncak Berkembar

Twin Peaks Puncak Berkembar

Puncak Berkembar adalah kaedah untuk mempertimbangkan perbezaan antara dua puncak di sisi yang sama dari Garis Sifar.

Setup untuk puncak kenaikan harga berkembar berlaku apabila terdapat dua puncak di bawah garisan sifar. Puncak kedua lebih tinggi daripada puncak pertama dan diikuti dengan bar hijau. Adalah sangat penting untuk palung di antara dua puncak berada di bawah garisan sifar sepanjang masa.

Setup penurunan harga berkembar pula berlaku apabila terdapat dua paruh di atas garisan sifar. Puncak kedua lebih rendah daripada puncak pertama dan diikuti dengan bar merah. Palung di antara kedua puncak, mesti berada di atas garis sifar.

Saucer

Saucer AO Setup digunakan untuk mencari perubahan momentum dengan lebih pantas. Kaedah Saucer adalah mencari perubahan dalam tiga bar berturut-turut, semuanya di sisi yang sama dengan garisan sifar.

Setup bulis Saucer berlaku apabila AO berada di atas garisan sifar. Ia memerlukan dua bar merah berturut-turut (dengan bar kedua lebih rendah daripada bar pertama) diikuti oleh bar hijau.

Setup bearis Saucer berlaku apabila AO berada di bawah garisan sifar. Ia memerlukan dua bar hijau berturut-turut (dengan bar kedua lebih tinggi daripada bar pertama) diikuti oleh bar merah.

Ringkasan

Secara keseluruhannya, Awesome Oscillator boleh menjadi alat yang cukup berharga. momentum adalah salah satu aspek pasaran yang sangat penting untuk memahami pergerakan harga, walaubagaimanapun, ianya sukar untuk mendapatkan hasil yang tetap. AO (momentum) boleh digunakan dalam beberapa keadaan untuk menghasilkan isyarat yang berkualiti. Namun, seperti mana-mana penunjuk menghasil isyarat yang lain, ianya harus digunakan dengan berhati-hati. Dengan memahami setup dengan betul-betul dan mengelakkan isyarat yang palsu adalah sesuatu yang dipelajari oleh peniaga melalui pengalaman dari masa ke masa. Justeru, AO menghasilkan maklumat yang berkualiti dan mungkin merupakan alat analisis teknikal yang berharga bagi banyak penganalisis atau peniaga.

Gaya

Berkembang

Boleh mengubah warna dan ketebalan Growing (Up) Bar serta jenis visual penunjuk (Histogram adalah am). Anda juga boleh menukar keterlihatan garis harga yang menunjukkan nilai semasa A.

Falling Jatuh

Boleh menukar warna dan ketebalan Falling (Down) Bar.

Ketepatan

Tetapkan bilangan tempat perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum membundarkannya. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan akan berada pada nilai penunjuk.