Bollinger Bands %B (%B)

Definisi

Bollinger Bands %B atau Percent Bandwidth (%B) adalah satu penunjuk yang dibuat daripada penunjuk Bollinger Bands (BB) standard. Bollinger Bands adalah satu penunjuk ketidakstabilan yang mencipta satu jalur tiga garisan yang diplot dengan kaitan dengan harga sekuriti. Garisan Tengah adalah 20 Hari Simple Moving Average. Jalur Atas dan Bawah adalah 2 penyimpangan standard atas dan bawah SMA (Garis Tengah). Apa yang penunjuk %B lakukan adalah mengukur atau memaparkan di mana harga berhubung dengan jalur-jalur. %B boleh menjadi berguna di dalam mengenalpasti arah aliran dan isyarat-isyarat dagangan.

Sejarah

Pencipta Bollinger Bands (BB), John Bollinger, memperkenalkan %B pada tahun 2010 selepas hampir 3 dekad selepas memperkenalkan penunjuk Bollinger Bands nya. 

Pengiraan

%B = (Current Price - Lower Band) / (Upper Band - Lower Band)

Asas

Ia adalah mengenai hubungan di antara harga dan Jalur Atas dan Bawah. Ada enam hubungan asas yang boleh dikira.

Di dalam susunan menurun dari Jalur Atas:

  1. %B Atas 1 = Harga adalah di Atas Jalur Atas
  2. %B Sama dengan 1 = Harga adalah pada Jalur Atas
  3. %B Atas .50 = Harga adalah di Atas Garisan Tengah
  4. %B Bawah .50 = Harga adalah di Bawah Garisan Tengah
  5. %B Sama dengan 0 = Harga adalah pada Jalur Bawah
  6. %B Bawah 0 = Harga adalah di Bawah Jalur Bawah

Secara umumnya, .80 dan .20 adalah aras-aras yang relevan.

  1. %B Atas .80 = Harga adalah Mendekati Jalur Atas
  2. %B Bawah .20 = Harga adalah Mendekati Jalur Bawah

%B adalah lebih daripada sekadar satu pemeriksaan visual berhubung kepada lokasinya di dalam Bollinger Bands (BB). Ia adalah satu cara menunjukkan dengan tepat lokasinya dan memberikan satu nilai sebenar kepada penganalisa teknikal.

Apa yang perlu dilihat

Terlebihbeli/Terlebihjual

Ia adalah lebih bagus untuk mencari isyarat dagangan yang dikeluarkan oleh %B semasa kenaikan atau penurunan yang kuat atau jelas ketara. "Walking the Bands" adalah satu situasi apabila pada satu kenaikan yang kuat samada ke atas atau ke bawah, harga selalunya akan memecah naik ke atas Jalur Atas (di dalam kenaikan) atau memecah ke bawah di bawah Jalur Bawah (dalam penurunan). Apabila harga adalah "Walking the Bands", penembusan ini adalah bukan isyarat sebenar pembalikan. Harga boleh membalik tetapi ia selalunya akan bermula semula dan menyambung arah aliran keseluruhan.

Mengenalpasti apabila satu Penembusan menunjukkan satu arah aliran pembalikan sebenar boleh menjadi satu perkara yang susah untuk diketahui. Ini selalunya dilakukan melalui analisa teknikal sejarah dan penyelidikan. Dengan itu, menggunakan %B untuk mengenalpasti isyarat-isyarat dagangan disebabkan keadaan Terlebihbeli/Terlebihjual semasa masih berada di dalam arah aliran keseluruhan adalah lebih telus.

Perhatikan pada carta berikut:

  • Arah aliran keseluruhan adalah bergerak ke atas.
  • %B bergerak di atas 1 beberapa kali. Ini menunjukkan bahawa harga telah memecah menembusi Jalur Atas.
  • Ada sedikit pembalikan dengan harga bergerak kembali ke SMA (Garisan Tengah) dan %B bergerak ke arah .50
  • Walaubagaimanapun, %B tidak pernah memecah menembusi 0. Harga kemudiannya naik dan kenaikan kembali bersambung.

Isyarat Dagangan juga boleh didapati menggunakan prinsip yang sama. Peluang-peluang untuk berdagang dengan arah aliran boleh terjadi apabila Penembusan terjadi pada arah bertentangan dengan arah aliran yang berlaku sekarang.

Perhatikan pada carta berikut:

  • Arah aliran keseluruhan adalah bergerak ke atas.
  • %B memecah menembusi bawah 0 beberapa kali.
  • Penembusan ini memberikan peluang-peluang belian.

Perhatikan pada carta berikut:

  • Arah aliran keseluruhan adalah bergerak ke bawah.
  • %B Memecah ke atas 1 beberapa kali.
  • Penembusan ini memberikan peluang-peluang jualan.

Kesimpulan

Apa yang membuat Bollinger Bands %B berguna, ialah ia mengambil satu penunjuk (Bollinger Bands (BB) yang sangat popular dan terkenal dan menumpukan fokus. Selain daripada bergantung kepada penampilan harga dalam hubungan kepada Jalur, penganalisa teknikal boleh menggunakan nilai sebenar untuk membantu membuat keputusan lebih termaklum. %B adalah sangat berguna pada satu arah aliran yang jelas kelihatan. Pada keadaan sebegini, tembusan atas 1 dan bawah 0 menjadi lebih ketara. Jadi %B hendaklah digunakan bersama-sama dengan penunjuk-penunjuk atau kaedah analisa teknikal lain untuk membantu mengesahkan arah arah aliran.

Input


Panjang

Tempoh masa yang boleh digunakan untuk mengira SMA yang mencipta tapak untuk Jalur Atas dan Bawah. 20 hari adalah nilai lalai.

Sumber

Menentukan apakah data dari setiap bar yang akan digunakan di dalam pengiraan. Tutup ada nilai lalai.

StdDev

No Penyimpangan Standard (Standard Deviations) jauh dari SMA yang Jalur Atas dan Bawah sepatutnya berada. 2 adalah nilai lalai.

Gaya


Bollinger Bands %B

Boleh togol kebolehlihatan Bollinger Bands%B dan juga kebolehlihatan satu garis harga menunjukkan nilai terkini sebenar the Bollinger Bands %B. Boleh juga memilih warna garisan Bollinger Bands %B, ketebalan garisan dan jenis visual (Garisan adalah nilai lalai).

Terlebihbeli (Overbought)

Boleh togol kebolehlihatan satu garisan menunjukkan aras terlebihbeli. Boleh juga memilih warna garisan, ketebalan garisan dan jenis visual (garisan putus-putus adalah nilai lalai).

Terlebihjual (Oversold)

Boleh togol kebolehlihatan satu garisan menunjukkan aras terlebihjual. Boleh juga memilih warna garisan, ketebalan garisan dan jenis visual (garisan putus-putus adalah nilai lalai).

Ketepatan

Tetapkan nombor dengan titik perpuluhan yang akan ditinggalkan pada nilai penunjuk sebelum dibundarkan. Makin tinggi nombor, makin banyak titik perpuluhan yang akan berada pada nilai penunjuk.