Choppiness Index (CHOP)

Definisi

Choppiness Index (CHOP) adalah satu penunjuk yang direka untuk menentukan samada pasaran adalah berombak (dagangan ke sisi) atau tidak berombak (dagangan di dalam satu arah aliran di mana-mana arah). Choppiness Index adalah satu contoh penunjuk yang langsung tidak berarah. CHOP adalah bukan untuk meramalkan arah pasaran masa hadapan, ia adalah satu metrik yang digunakan untuk menentukan kearah aliran sahaja. Satu pemahaman asas untuk penunjuk ini yang boleh digunakan; makin tinggi nilai bermaksud makin berombak, manakala makin rendah nilai bermaksud kearah aliran yang mempunyai arah.

Sejarah

Choppiness Index adalah dicipta oleh seorang pedagang komoditi dari Australia E.W. Dreiss.

Pengiraan

100 * LOG10( SUM(ATR(1), n) / ( MaxHi(n) - MinLo(n) ) ) / LOG10(n)

n = User defined period length.
LOG10(n) = base-10 LOG of n
ATR(1) = Average True Range (Period of 1)
SUM(ATR(1), n) = Sum of the Average True Range over past n bars MaxHi(n) = The highest high over past n bars

Asas

  • Sebagai satu pengayun berjulat, Choppiness Index mempunyai nilai-nilai yang sentiasa akan jatuh dalam satu-satu julat tertentu. CHOP mengeluarkan nilai-nilai yang beroperasi di antara 0 dan 100.
  • Makin dekat nilai kepada 100, makin tinggi aras keombakan (pergerakan ke sisi).
  • Makin dekat nilai kepada 0, makin kuat pasaran berarah aliran (pergerakan berarah)
  • Selalunya, penganalisa teknikal akan menggunakan satu nilai ambang pada ketinggian tertinggi untuk menentukan pasaran bergerak ke arah wilayah berombak. Sama juga akan ada nilai ambang untuk zon bawah untuk menentukan wilayah kearah aliran. Nilai ambang biasa yang popular adalah Anjakan Fibonacci 61.8 untuk nilai ambang tinggi dan 38.2 untuk nilai ambang bawah.

Apa yang perlu dilihat

Pengesahan Keadaan Pasaran
  • Cara pertama yang penganalisa teknikal boleh gunakan CHOP adalah menentukan keadaan pasaran terkini. Dengan bacaan di atas nilai ambang atas, boleh dijangkakan pergerakan ke sisi akan berterusan.

  • Bacaan di bawah nilai ambang bawah mungkin menandakan satu arah aliran akan berterusan.

Perubahan Arah Aliran Akan Datang
  • Kegunaan praktikal kedua untuk CHOP adalah menjangkakan perubahan di dalam arah aliran pasaran. Ia adalah dipercayai bahawa tempoh lanjutan untuk penyatuan (dagangan ke sisi) adalah diikuti dengan satu tempoh lanjutan untuk arah aliran (pergerakan kuat dan berarah) dan sebaliknya.

Kesimpulan

Choppiness Index adalah satu metrik menarik di mana ia boleh menjadi berguna di dalam proses untuk mengenalpasti julat atau arah aliran. Apa yang penganalisis perlu berhati-hati adalah mengenalpasti bila satu julat atau arah aliran itu akan berterusan dan bila ia dijangka akan bertukar arah. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan menggabungkan CHOP dengan alat carta dan analisis tambahan. Contohnya menggunakan CHOP bersama-sama garisan arah aliran dan pengenalan corak tradisi.

Input
Panjang

Julat masa yang boleh dilakukan untuk mengira CHOP (14 adalah nilai Lalai).

Ofset

Mengubah nombor ini akan menggerakkan CHOP samada Ke Depan atau Ke Belakang relatif kepada pasaran terkini. 0 adalah nilai Lalai.

Gaya

CHOP

Boleh togol kebolehlihatan CHOP termasuklah kebolehlihatan garisan harga yang menunjukkan harga terkini sebenar untuk CHOP. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Garisan CHOP, ketebalan garisan dan gaya visual (Garisan adalah nilai Lalai).

Jalur Atas

Boleh togol kebolehlihatan Jalur Atas termasuklah memilih nilai, warna, ketebalan garisan dan gaya garisan.

Jalur Bawah

Boleh togol kebolehlihatan Jalur Bawah termasuklah memilih nilai, warna, ketebalan garisan dan gaya garisan.

Latarbelakang

Togol kebolehlihatan satu warna Latarbelakang di dalam Jalur-jalur. Boleh juga mengubah Warna itu sendiri termasuklah ketelapan.

Ketepatan

Menetapkan bilangan titik perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum dibundarkan. Semakin tinggi nilai ini, semakin banyak titik perpuluhan yang akan berada pada nilai penunjuk.