Konsep asas: Penunjuk profil volum

KANDUNGAN:

Apakah profil volum

Profil volum adalah satu penunjuk pencartaan termaju yang memaparkan aktiviti dagangan sepanjang satu tempoh masa tertentu pada tahap harga tertentu. Penunjuk mengambil kira parameter yang ditentukan pengguna seperti bilangan barisan dan tempoh masa dan memplotkan satu histogram pada carta yang bertujuan untuk menunjukkan tahap harga dominan dan/atau ketara berdasarkan kepada volum.

Secara asas, profil volum mengambil jumlah volum didagangkan pada satu kedudukan harga tertentu semasa tempoh masa tertentu dan membahagikan jumlah volum dalam sama ada volum naik (dagangan yang menggerakkan harga naik) atau volum turun (dagangan yang menggerakkan harga turun) dan kemudiannya menjadikan maklumat berkenaan mudah dilihat oleh pedagang.

Jenis profil volum

Ciri dagangan ini tersedia sebagai jenis carta, penunjuk dan alatan lukisan. Anda boleh memilih mana-mana antara mereka, yang akan membantu anda mencapai sasaran dagangan anda:

Konses asas profil volum

Metodologi pengiraan

Penunjuk profil volum dikira menggunakan data untuk simbol yang sama dari rangka masa lebih rendah.

Sebagai contoh, untuk mengira profil volum untuk satu sesi harian, sistem memuatkan semua bar 1m yang didagangkan dalam sesi harian itu, menganalisa tingkatan harga di mana mereka didagangkan dan arah harga bergerak. Jika bar menutup di atas atau di bawah bukaannya, ini dikira sebagai bar naik, dan sebaliknya bar turun. Sebaik dianalisa, data ini ditambahkan kepada histogram profil volum.

Logik ini digunakan untuk menentukan rangka masa lebih rendah yang mana patut digunakan untuk pengiraan berbeza pada satu keadaan penunjuk oleh penunjuk.

Jenis volum digunakan di dalam pengiraan

Profil volum menggunakan jenis-jenis volum berikut:

  • Volum dagangan untuk saham
  • Volum tick untuk indeks/forex dan CFD kripto. Ia menunjukkan bilangan kemas kini harga
  • Asas atau volum kuota untuk kripto

Kami menggunakan volum atas/bawah dan bukannya volum beli/jual dan mengira VP berdasarkan kepada satu arah harga dalam bar: jika penutup >= buka, kami mengambilnya sebagai satu volum naik, jika penutup < buka, ia adalah volum turun.

Tahap kepentingan biasa

Point of control (POC): Tingkatan harga untuk tempoh masa dengan volum dagangan tertinggi.

Profile high: Tingkatan harga tertinggi dicapai semasa tempoh masa tertentu.

Profile low: Tingkatan harga terendah dicapai semasa tempoh masa tertentu.

Value area (VA): Julat tingkatan harga di mana peratusan yang ditetapkan untuk semua volum didagangkan semasa tempoh masa. Biasanya, peratusan ini ditetapkan kepada 70%, akan tetapi, ini adalah tertakluk kepada pedagang.

Value area high (VAH): Tingkatan harga tertinggi dalam kawasan nilai.

Value area low (VAL): Tingkatan harga terendah dalam kawasan nilai.

Mengira kawasan nilai (VA)

Menentukan jumlah volum didagangkan dalam profil (jumlah beli dan jual).

Ambil bilangan beli dan jual dan gandakannya dengan .7 untuk menentukan apakah nombor untuk 70 peratus dari jumlah beli dan jual. (70% adalah lalai; akan tetapi, apa-apa peratusan boleh digunakan oleh pedagang).

Mula pada point of control (POC). Barisan dalam profil dengan jumlah volum terbesar, dan rekodkan bilangan jumlah volum. POC akan menjadi barisan profil pertama ditambahkan kepada kawasan nilai.

Sekarang lihat pada dua barisan di atas POC (kawasan nilai awal) dan tambahkan kedua-dua jumlah volum.

Kemudian lihat pada dua barisan di bawah POC (kawasan nilai awal) dan tambahkan kedua-dua jumlah volum.

Tentukan bilangan jumlah volum mana yang lebih besar dan tambahkannya kepada bilangan jumlah volum untuk POC yang dijumpai dalam langkah 3.

Ulangi langkah 4 dan 5 dengan menambahkan yang terbesar dari dua nombor seterusnya kepada kawasan nilai.

Sebaik sahaja jumlah volum dalam kawasan nilai anda menepati atau melepasi sedikit dari nombor yang didapati dalam langkah 2, kawasan nilai akan ditentukan.

Barisan tertinggi dalam kawasan nilai akan menjadi Value Area High (VAH) anda dan barisan terendah dalam kawasan nilai akan menjadi Value Area Low (VAL) anda.

Pengiraan pada jenis carta tidak standard 

Ini merangkumi jenis carta berikut:

Jika anda menggunakan penunjuk profil volum untuk carta sebegini, data pada carta tidak mewakili harga sebenar dan data volum akan terkesan.

Sebagai contoh, satu lilin harian yang menutup di atas harga buka boleh menjadi bata Renko N berasingan yang menaik dalam satu urutan, dan volum harian untuk lilin itu akan di bahagikan dengan N dan nilai yang terhasil akan diberikan kepada setiap bata dalam urutan. Kegagalan dalam melakukan ini boleh menyebabkan ramalan yang tidak tepat dan menghalang keberkesanan strategi dagangan anda.

Gaya

Profil Volum: Togol kebolehlihatan histogram volum.

Nilai: Togol sama ada nilai berangka patut dipaparkan pada histogram volum sendiri dan melaraskan warna teks. Maksud nilai-nilai ini bergantung kepada input volum pada tab "Input" penunjuk dengan "Jumlah" dipilih, ia menunjukkan jumlah volum untuk barisan ini, "Naik/Turun" menunjukkan volum kedua-dua naik dan turun dalam satu urutan, dan "Delta" menunjukkan hanya delta, bermaksud, perbezaan di antara volum naik dan turun untuk tingkatan.

Lebar (% kotak): Menukar lebar barisan dalam histogram. Barisan terpanjang adalah diskalakan menurut tetapan ini, dan barisan lain adalah berdasarkan kepada skalanya sendiri: cth., jika penunjuk memaparkan 3 barisan dengan volum 20K, 40K dan 100K dan Lebar ditetapkan kepada 40, barisan 100K akan memanjangkan 40% dari lebar histogram, 40K akan memanjangkan 40% dari 40% (16% dari jumlah), dan 20K akan memanjangkan 20% dari% (8% dari jumlah).

Penempatan: Menempatkan barisan sama ada kiri atau kanan.

Volum naik: Menentukan warna dan juga kelegapan untuk volum naik (Belian).

Volum turun: Menentukan warna dan juga kelegapan untuk volum turun (Jualan).

Kawasan nilai naik: Menentukan warna dan juga kelegapan untuk kawasan nilai naik.

Kawasan nilai turun: Menentukan warna dan juga kelegapan untuk kawasan nilai turun.

VAH: Togol kebolehlihatan kawasan nilai tinggi (Value Area High).

VAL: Togol kebolehlihatan kawasan nilai rendah (Value Area Low).

POC: Togol kebolehlihatan titik kawalan.

Developing POC: Togol kebolehlihatan developing point of control, menunjukkan kepada anda bagaimana POC berubah semasa pasaran sedang berlangsung.

Developing VA: Togol kebolehlihatan developing value area, menunjukkan kepada anda bagaimana VA berubah semasa pasaran sedang berlangsung.

Kotak histogram: Menentukan warna latarbelakang dan juga kelegapan untuk kawasan profil volum. Pilihan ini tidak tersedia untuk profil volum julat nampak (visible range volume profile).

Apa yang perlu dilihat

Tingkatan sokongan dan rintangan

Anda boleh menggunakan profil volum untuk mengenalpasti tingkatan sokongan dan rintangan.

Anda boleh menggunakan profil volum untuk mencari tingkatan sokongan dan rintangan. Pendekatan ini berbeza dari yang lain kerana profil volum adalah alat reaktif, bermaksud ia menunjukkan anda apa yang sudah terjadi dan bukannya meramalkan apa yang akan datang. Tidak seperti penunjuk proaktif seperti garisan arah aliran dan moving averages yang cuba meramalkan pergerakan akan datang, profil volum menunjukkan di mana aktiviti dagangan ketara terjadi sebelum ini.

Pendekatan kebelakang ini boleh menjadi berguna kerana ia membantu anda memahami mengapa tingkatan harga beberapa tempat adalah penting. Apabila anda melihat satu tingkatan harga di mana aktiviti belian ketara terjadi sebelumnya, kawasan itu selalunya menjadi zon sokongan — tempat di mana harga selalunya membuat balikan ke atas. Logik yang sama terjadi dalam keadaan berbeza — jika anda mengesan aktiviti jualan kuat pada satu tingkatan harga lebih tinggi, kawasan itu selalunya bereaksi sebagai rintangan, menolak harga ke bawah apabila ia cuba memecah keluar.

Nod volume

High Volume Nodes (HVN) adalah puncak dalam volum pada atau berdekatan satu kedudukan harga. Anda boleh menganggap ini adalah zon pengumpulan (consolidation zone) di mana aktiviti jual dan beli ketara terjadi, menyebabkan harga terperangkap pada satu kawasan untuk masa yang lama. Aktiviti yang kuat ini mencadangkan kawasan nilai saksama (fair value area) — harga di mana pasaran menjumpai keseimbangan antara penjual dan pembeli.

Apabila harga menghampiri satu HVN sebelum ini, jangkakan ia akan menjadi perlahan dan bergerak ke sisi (sideway). Pasaran selalunya jarang akan pecah menerusi tingkatan ini dengan cepat kerana mereka mewakili kawasan di mana pedagang selesa melakukan pekerjaan sebelum ini. 

Low Volume Nodes (LVN) adalah sebaliknya — mereka adalah jurang di mana volum jatuh mendadak. Ini selalunya terjadi semasa pemecahan keluar atau satu pemecahan ke bawah (breakout/breakdown) apabila harga bergerak pantas menerusi satu tingkatan. Anda boleh melihat ini sebagai "kawasan harga tak saksama" di mana pasaran tidak mahu kekal di situ.

Apabila harga menghampiri satu LVN sebelum ini, ia akan sama ada memecah keluar atau membalik dengan pantas. Kerana pedagang melihat ini sebagai tingkatan harga tidak saksama, ia selalunya tidak akan kekal lama di situ berbanding zon volum tinggi.

Contoh strategi

Sama seperti kebanyakan alat atau kajian lain, profil volum mempunyai beberapa kegunaan. Ada banyak strategi dagangan yang menggunakan profil volum sebagai satu komponen utama. Berikut adalah asas untuk satu daripada strategi berkenaan yang berdasarkan kepada membandingkan profil volum harga bukaan hari semasa dengan hari sebelumnya.

Jika hari semasa membuka di atas kawasan nilai hari sebelumnya (tapi masih di bawah profil tinggi), cari harga membalik semua ke point of control dan kemudiannya terus menaik (arah harga bukaan harian). Disebabkan itu, semasa balikan ke point of control, di situ ada satu peluang belian.

Jika harga buka hari semasa di bawah kawasan nilai hari sebelumnya (tapi masih di atas profil rendah), cari harga membalik semua ke point of control dan kemudiannya terus jatuh (arah harga bukaan harian). Disebabkan itu, semasa balikan ke point of control, di situ ada satu peluang jualan.

Jika harga bukaan hari semasa adalah sepenuhnya di luar profil hari sebelumnya (di atas profil tinggi atau di bawah profil rendah), ini boleh dilihat sebagai satu kemungkinan larian ke arah harga bukaan relatif kepada julat profil hari sebelumnya.

Kesimpulan profil volum

Profil volum adalah satu alat analisa teknikal yang sangat berguna yang digunakan pedagang di mana-mana. Kunci mengapa profil volum terus kekal relevan adalah sifatnya yang serba boleh. Ia merupakan satu alat pencartaan yang mempunyai banyak kegunaan. Tidak seperti kajian lain, hampir tiada siapa menidakkan kegunaan profil volum.

Data yang diberikan oleh Profil Volum adalah tidak dapat dipertikaikan, bergantung kepada pedagang untuk mencari jalan baru dan kreatif untuk menggunakannya. Walaupun dalam keadaan paling ringkas, ia merupakan satu kaedah reaktif yang bagus untuk mencari kawasan tradisi sokongan dan rintangan, pedagang masih dapat mencari jalan untuk pencartakan penunjuk dengan cara predikatif dan proaktif. Pertimbangkan contoh strategi dagangan yang diberikan sebelum ini dalam artikel. Kemampuan untuk membandingkan satu peristiwa masa nyata (buka pada hari ini) dengan peristiwa lalu (profil volum semalam) dan membuat satu keputusan dagangan berdasarkan kepada hubungan ini adalah satu contoh yang bagus.

Juga baca: