Profil Volum adalah satu kajian carta yang menunjukkan aktiviti perdagangan untuk satu tempoh masa yang spesifik di aras harga yang spesifik. Kajian ini( mengambil kira parameter yang ditetapkan oleh pengguna seperti bilangan baris dan tempoh masa) memplot satu histogram pada carta untuk menunjukkan aras harga yang dominan dan penting berdasarkan volum. Secara utamanya, Profil Volum mengambil jumlah volum yang didagang pada aras harga yang spesifik ketika tempoh masa yang spesifik dan bahagikan jumlah volum kepada volum beli atau volum jual dan kemudian menjadikan informasi in senang dilihat oleh pedagang.
Bagaimana Mengira Kawasan Nilai/Value Area (VA)
Bergantung kepada resolusi masa untuk satu carta, data daripada pelbagai resolusi boleh digunakan dalam pengiraan Profil Volum. Semasa mengira Julat Tetap dan Julat Boleh Dilihat, kami mencuba bertukar-tukar resolusi daripada 1, 3, 5, 15, 30, 60, 240, 1D sehingga bilangan bar dalam selang masa , di mana VP dikira akan menjadi kurang daripada 5000. Untuk Volum Sesi, bilangan bar resolusi yang digunakan adalah seperti berikut:
Resolusi Carta | Resolusi bar-bar yang digunakan untuk pengiraan VP |
1S, 5S | 1S |
15S | 5S |
30S | 15S |
1 - 15 | 1 |
16 - 30 | 5 |
31 - 60 | 10 |
61 - 120 | 15 |
121 - 240 | 30 |
241 dan lebih | 60 |
Apa yang perlu dicari
Perkara pertama yang kebanyakan pedagang akan menggunakan profil volum adalah untuk mengenalpasti aras sokongan dan rintangan asas. Perlu mengambil perhatian bahawa menggunakan Profil Volum sebagai penentu aras sokongan dan rintangan adalah kaedah reaktif. Ini bermakna, ia tidak seperti kaedah proaktif( garisan arah aliran dan purata pergerakan) yang berdasarkan aksi harga semasa dan analisa untuk meramal pergerakan harga pada masa hadapan, kaedah reaktif bergantung kepada pergerakan harga sebelumnya dan tingkah laku volum. Kaedah reaktif berguna apabila mengambil kira maksud atau pentingnya suatu aras harga di mana sudahpun dilawat oleh pasaran. Analisis teknikal asas menunjukkan bahawa satu aras sokongan adalah aras harga yang menyokong suatu harga yang menuju ke bawah manakala aras rintangan adalah aras harga yang menentang harga yang menuju ke atas. Dengan ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa aras harga berdekatan dengan bahagian bawah profil yang lebih memihak kepada pembelian dari segi volum adalah isyarat yang baik bagi aras sokongan. Begitu juga sebaliknya. Suatu aras harga berdekatan dengan bahagian atas profil yang memihak volum penjualan adalah isyarat yang baik untuk aras rintangan.
Nod Volum Tinggi/High Volume Nodes(HVN) adalah puncak dalam volum pada atau berdekatan suatu aras harga. HVN boleh dirujuk sebagai penunjuk untuk suatu tempoh penggabungan. Biasanya, terdapat aktiviti yang banyak di kedua-dua bahagian beli dan jual dan pasaran berada di aras harga tersebut untuk tempoh masa yang lebih lama berbanding aras lain di profil. Ini bermaksud “kawasan nilai saksama” untuk aset itu. Apabila harga menghampiri HVN( atau kawasan nilai saksama) yang sebelumnya, dijangka pergerakan mendatar akan berlaku untuk tempoh yang agak lama. Pasaran kurang cenderung untuk memecah harga tersebut dengan segera.
Nod Volum Rendah/Low Volume Nodes(LVN) adalah berlawanan. Mereka adalah lembah( kejatuhan drastik) dalam volum pada atau dekat dengan suatu aras harga. Nod Volum Rendah biasanya adalah akibat pergerakan pecah keluar atau pecah ke bawah. Dalam pergerakan pecah keluar atau pecah ke bawah biasanya terdapat peningkatan volum yang mendadak dan kemudian kejatuhan yang drastik. Kejatuhan ini dirujuk sebagai “kawasan nilai tidak saksama” untuk aset itu. Apabila harga menghampiri LVN(atau kawasan nilai tidak saksama), pasaran akan lebih cenderung melepasi atau melantun balik daripada aras harga tersebut. Disebabkan ia dilihat sebagai kawasan nilai tidak saksama, pasaran tidak akan berada di aras ini untuk lama berbanding aras lain di profil.
Strategi Contoh
Seperti kebanyakan alat atau kajian, Profil Volum mempunyai pelbagai kegunaan. Terdapat banyak strategi perdagangan di luar yang menggunakan Profil Volum sebagai komponen utama. Di bawah adalah asas untuk salah satu strategi di mana ia membandingkan harga buka hari ini dengan Volum Profil hari sebelumnya.
Profil Volum adalah alat analisa teknikal yang amat bernilai yang digunakan oleh banyak pedagang di mana-mana. Kunci kepada Profil Volum yang masih relevan ialah ia merupakan alat yang serba guna. Ia merupakan alat carta yang mempunyai penggunaan yang meluas. Tidak seperti kajian lain, memang tidak dapat dinafikan kegunaannya. Data yang disediakan oleh Profil Volum juga tidak dapat dipertikaikan, ini membolehkan pedagang mencari cara yang baru dan kreatif untuk menggunakannya. Walaupun dalam bentuknya yang mudah, ia merupakan kaedah reaktif yang baik untuk mengenalpasti kawasan sokongan dan rintangan tradisional, pedagang masih mencipta cara baru untuk menggunakan penunjuk ini secara proaktif. Pertimbangkan strategi perdagangan yang dicadangkan di awal artikel ini. Dengan kebolehan untuk membandingkan peristiwa masa nyata (buka hari ini) dengan peristiwa lalu (profil volum hari sebelumnya) dan membuat keputusan berdasarkan hubungan tersebut adalah contoh yang terbaik untuk ini.
Menetapkan tempoh di mana penunjuk membina profil volum, satu profil untuk setiap satu tempoh baru. Pendarab tempoh adalah ditetapkan pada kawasan pertama, dan tempoh itu sendiri, yang mana boleh mengambil nilai-nilai "Bar", "Hari", "Minggu" atau "Bulan", adalah ditetapkan di dalam kawasan kedua.
Menentukan bagaimana penunjuk SVP akan dibina apabila paparan jam lanjutan didayakan. Jika ditetapkan kepada "Semua" (lalai), penunjuk akan mengambil kira pra pasaran, sesi dagangan utama dan pasca pasaran sebagai satu sesi. Satu profil akan dibina untuk setiap hari dagangan dan ia akan memasukkan volum untuk semua transaksi, bermula dari lilin pertama pra pasaran dan berakhir dengan lilin terakhir pasca pasaran. Ini adalah bagaimana penunjuk bekerja di dalam jam lanjutan sebelumnya. Pilihan "Setiap (pra pasaran, pasaran, pasca pasaran)" membenarkan anda untuk membina satu profil volum berasingan untuk setiap bahagian pada sesi hari dagangan, mengambil kira hanya tawaran yang dilakukan pada tempoh itu. Jika simbol telah melanjutkan jam dengan pra pasaran, sesi utama dan pasca pasaran, penunjuk akan membina tiga profil berasingan untuk setiap hari dagangan. Dengan pilihan khusus "Pra pasaran", "Pasaran" dan "Pasca pasaran", penunjuk akan hanya membina satu profil volum untuk setiap hari dagangan, berdasarkan dagangan-dagangan untuk tempoh sesi khusus. Tetapan-tetapan ini sepatutnya digunakan hanya pada carta-carta dengan jam lanjutan. Jika tiada data jam lanjutan pada carta atau jika paparan Jam Lanjutan adalah tidak didayakan, penunjuk tidak dapat membina satu profil volum untuk pra atau pasca pasaran. Pilihan "Tersuai" memberikan anda peluang untuk mengkonfigurasi permulaan dan pengakhiran tempoh untuk di mana profil akan dibina. Anda juga boleh memilih satu zon masa.
Jika satu pilihan Tersuai adalah dipilih pada bahagian Sesi, anda boleh mengkonfigurasi tempoh masa sesi. Gunakan senarai dua pertama menu lungsur turun untuk memilih masa mula dan akhir untuk tempoh, dan ketiga untuk memilih zon masa.
Togol di antara menunjukkan jumlah volum untuk setiap baris atau membahagikan setiap baris kepada belian dan jualan.
Menetapkan julat had harga di mana satu peratusan yang ditentukan untuk setiap volum adalah didagangkan semasa tempoh masa (lalai adalah 70%).
Bilangan Baris memberikan anda untuk menetapkan satu bilangan tertentu baris-baris yang penunjuk akan paparkan. Tetapan Tick Setiap Baris menentukan sebanyak mana minimum ticks yang harus ada di dalam setiap baris.
Bilangan barisan yang dikira dan dipaparkan.
Panjangkan garisan POC sehingga ia merentasi mana-mana bar.
Panjangkan garisan VAL sehingga ia merentasi mana-mana bar.
Panjangkan garisan VAH sehingga ia merentasi mana-mana bar .
Parameter Panjangkan Kanan membenarkan seseorang untuk meneruskan membina profil, termasuk semua lilin-lilin sejarah dan lilin-lilin baru terjadi ke bahagian kanan untuk koordinat kedua.
Togol kebolehlihatan penunjuk.
Togol paparan nilai-nilai numerikal pada penunjuk itu sendiri(beli/jual atau jumlah, bergantung pada tetapan 'Volum' pada Input).
Mengubah lebar baris.
Meletakkan baris samada kiri atau kanan.
Menentukan warna dan juga ketelapan untuk Volum Naik (Beli).
Menentukan warna dan juga ketelapan untuk Volum Turun (Jual).
Menentukan warna dan juga ketelapan untuk Kawasan Nilai Naik.
Menentukan warna dan juga ketelapan untuk Kawasan Nilai Turun.
Togol kebolehlihatan Kawasan Nilai Tinggi.
Togol kebolehlihatan Kawasan Nilai Rendah.
Togol kebolehlihatan Titik Kawalan.
Togol kebolehlihatan Titik Kawalan Membangun, menunjukkan bagaimana POC berubah apabila pasaran sedang berjalan.
Togol kebolehlihatan Kawasan Nilai Membangun, menunjukkan bagaimana VA berubah apabila pasaran sedang berjalan.
Menentukan warna latarbelakang dan juga ketelapan untuk kawasan Profil Volum.