Elder's Force Index (EFI)

Definisi

Elder's Force Index (EFI) mengukur kuasa di belakang satu pergerakan harga menggunakan harga dan volum. Penunjuk ini boleh digunakan untuk mengenalpasti potensi pembalikan dan pembetulan harga. EFI adalah satu pengayun yang naik turun di antara nilai positif dan negatif, atas dan bawah satu garisan Kosong. Alexander Elder, pencipta penunjuk ini, percaya bahawa ada tiga komponen yang berkaitan dengan satu pergerakan harga sekuriti. Ketiga-tiga komponen ini adalah: arah, pengembangan dan volum. Kesemua komponen-komponen ini adalah digabungkan oleh oleh EFI untuk mengeluarkan pengayun.

Sejarah

Elder's Force Index (EFI) adalah dicipta oleh seorang pedagang professional dan pakar psikiatri Alexander Elder. Penunjuk ini diperkenalkan di dalam buku beliau bertajuk Trading For a Living: Psychology, Trading Tactics, Money Management yang telah diterbitkan pada tahun 1993.

Pengiraan

(CurrentPeriodClose - (PreviousPeriod Close) X Volume = EFI 13 Period Exponential Moving Average of EFI = EFI (13)

Asas

Elder Force Index (EFI) menggabungkan tiga komponen yang telah disebut di atas. Di bawah adalah penjelasan lanjut.

  1. Arah - Satu perubahan positif di dalam arah dari satu tempoh ke tempoh berikutnya menandakan adanya pembelian yang lebih kuat dari jualan. Satu perubahan negatif  di dalam arah menandakan penjual adalah lebih kuat dari pembeli.
  2. Pengembangan - Satu kenaikan besar dalam harga menunjukkan aras tinggi untuk tekanan belian. Satu penurunan besar di dalam harga menunjukkan aras tinggi untuk tekanan jualan.
  3. Volum - Aras tinggi volum menunjukkan satu komitmen kuat di dalam pergerakan harga.

Asasnya, pengiraan EFI mengambilkira tiga komponen-komponen ini dan mengeluarkan satu informasi yang senang dibaca dalam bentuk visual.

Apa yang perlu dilihat

Pengenalpastian Arah Aliran

EFI boleh digunakan untuk mengenalpasti arah aliran pasaran. Perbezaan tempoh EFI boleh digunakan untuk mengenalpasti arah aliran untuk jangka lebih pendek or lebih panjang. Biasanya, satu tempoh 13 EFI boleh digunakan untuk arah aliran jangka pendek. Sesuatu seperti Tempoh EFI 100 boleh digunakan untuk satu arah aliran pertengahan atau lebih panjang. Tempoh EFI lebih panjang mengeluarkan satu isyarat yang lebih baik daripada EFI jangka pendek.

Pencapahan

Pencapahan adalah satu isyarat popular yang dikeluarkan oleh banyak penunjuk-penunjuk berlainan. Perkara ini sama untuk penunjuk Elder's Force Index.

Pencapahan EFI Bulis terjadi apabila harga bergerak ke bawah manakala EFI bergerak ke atas.

Pencapahan EFI Bearis terjadi apabila harga bergerak makin tinggi manakala EFI bergerak makin menurun ke bawah. 

Pencapahan EFI akan lebih dikuatkan dengan lintasan Garisan Kosong. Sebagai contoh, apabila satu Pencapahan Bulis terbentuk, EFI akan melintas Garisan Kosong dan memasuk kawasan positif akan menguatkan lagi satu isyarat akan adanya kedatangan satu balikan.

Pembetulan Harga

Semasa satu kenaikan, EFI boleh mewakili peluang-peluang pembelian di dalam jenis pembetulan harga. EFI boleh jatuh untuk sementara waktu ke dalam kawasan negatif apabila harga menjunam sebelum meneruskan kembali pergerakan ke atas.

Semasa satu pergerakan ke bawah, EFI boleh mewakilipeluang-peluang pembelian di dalam jenis pembetulan harga. EFI boleh jatuh untuk sementara waktu ke dalam kawasan positif apabila harga mencanak sebelum meneruskan kembali pergerakan ke bawah. 

Kesimpulan

Penunjuk Elder's Force Index (EFI) menggabungkan tindakan harga dan juga volum untuk mengukur satu metrik yang berguna. Ia adalah agak serba boleh dan boleh digunakan untuk banyak perkara, yang paling terkenal adalah pengesahan arah aliran dan isyarat-isyarat dagangan disebabkan pencapahan dan pembetulan harga. Jadi, seperti kebanyakan penunjuk, ia adalah lebih baik tidak menggunakan hanya EFI sebagai pengeluar isyarat tetapi menggunakannya bersama-sama dengan penunjuk-penunjuk lain dan analisa teknikal.

Input

Panjang

Tempoh masa yang digunakan untuk mengira EFI, 13 adalah nilai lalai.

Gaya

Elder's Force Index

Boleh togol kebolehlihatan Garis EFI termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk Garisan EFI. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Garisan EFI, ketebalan garisan dan gaya visual (Garisan adalah nilai Lalai). 

Kosong

Boleh togol kebolehlihatan Garisan Kosong. Boleh juga digunakan untuk memilih nilai Garisan Kosong, ketebalan garisan dan gaya visual (Garis Putus-Putus adalah nilai Lalai). 

Ketepatan

Menetapkan bilangan titik perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum dibundarkan. Semakin tinggi nilai ini, semakin banyak titik perpuluhan yang akan berada pada nilai penunjuk.