Ultimate Oscillator (UO)

Definisi

Penunjuk Ultimate Oscillator (UO) adalah satu alat teknikal analisis yang digunakan untuk mengukur momentum sepanjang tiga rangka masa berbeza-beza. Masalah dengan banyak pengayun momentum ialah selepas satu kenaikan atau penurunan pantas pada harga, mereka boleh membentuk isyarat-isyarat dagangan pencapahan yang palsu. Contohnya, selepas satu satu kenaikan pantas pada harga, satu isyarat pencapahan bearis akan keluar, akan tetapi harga terus menaik. Ultimate Oscillator akan cuba untuk membetulkan perkara ini dengan menggunakan pelbagai rangka masa di dalam pengiraannya dan bukan hanya menggunakan satu rangka masa yang selalunya digunakan oleh pengayun-pengayun momentum yang lain.

Sejarah

Larry Williams membangunkan Ultimate Oscillator (UO) pada tahun 1976. Penunjuk ini kemudiannya diperkenalkan di dalam Stocks & Commodities Magazine pada tahun 1985.

Pengiraan

Ada tiga langkah-langkah untuk mengira Ultimate Oscillator. Contoh ini menggunakan parameter 7, 14, 28:
1. Sebelum mengira Ultimate Oscillator, dua pembolehubah perlu ditakrifkan; Tekanan Belian dan True Range.

Buying Pressure (BP) = Close - Minimum (Lowest between Current Low or Previous Close) True Range (TR) = Maximum (Highest between Current High or Previous Close) - Minimum (Lowest between Current Low or Previous Close)

2. Ultimate Oscillator menggunakan angka-angka ini di dalam tiga tempoh masa:

Average7 = (7 Period BP Sum) / (7 Period TR Sum) Average14 = (14 Period BP Sum) / (14 Period TR Sum) Average28 = (28 Period BP Sum) / (28 Period TR Sum)

3. Pengiraan akhir Ultimate Oscillator sekarang boleh dilakukan:

UO = 100 x [(4 x Average7)+(2 x Average14)+Average28]/(4+2+1)

Asas

Satu ringkasan yang lurus untuk penunjuk Ultimate Oscillator (UO) ialah ia adalah satu cara untuk mengira tekanan belian. Apabila tekanan belian adalah kuat, UO menaik dan apabila belian adalah lemah, UO menurun. Pengiraan untuk UO mengambilkira tiga rangka masa berbeza-beza. Rangka masa itu kemudiannya ditimbang dengan sewajarnya. Ini adalah ciri paling penting dalam UO kerana ia memberikan berat tertinggi dalam rangka masa terpendek tetapi ia masih memfaktorkan di dalam rangka masa terpanjang. Tujuan penggunaan ini adalah untuk mengelakkan pencapahan palsu.

Seorang penganalisa teknikal akan mendapati bahawa mereka perlu untuk melaraskan parameter penunjuk. Bacaan terlebihbeli dan terlebihjual adalah penting untuk isyarat dagangan yang dikeluarkan oleh Ultimate Oscillator. Kadang-kadang, instrumen kewangan tidak mempunyai pergerakan harga atau turun naik yang mencukupi untuk mengeluarkan isyarat-isyarat terlebihbeli dan terlebihjual. Pada masa yang lain pula, instrumen yang mempunyai banyak turun naik mengeluarkan bacaan terlebihbeli dan terlebihjual terlalu kerap. Analisis sejarah dan penyelidikan boleh membantu mencari parameter-parameter penunjuk yang sesuai.

Apa yang perlu dilihat

Isyarat dagangan utama yang dikeluarkan oleh Ultimate Oscillator adalah pencapahan bulis dan bearis. Ada tiga keadaan untuk menetapkan mereka.

Pencapahan UO Bulis
  1. Pembentukan Pencapahan Bulis bermaksud harga membentuk satu harga lebih rendah dari yang rendah manakala UO membentuk nilai rendah yang lebih tinggi.
  2. Kerendahan Pencapahan hendaklah di bawah 30.
  3. UO memecah ke atas tinggi Pencapahan.

Pencapahan UO Bearis
  1. Pembentukan Pencapahan Bearis bermaksud harga membentuk satu harga lebih tinggi dari yang tinggi manakala UO membentuk nilai tinggi yang lebih rendah.
  2. Ketinggian Pencapahan hendaklah di atas 70.
  3. UO jatuh bawah dari kerendahan Pencapahan.

Kesimpulan

Penunjuk Ultimate Oscillator (UO) adalah berguna untuk penganalisa teknikal kerana ia mengambil pengayun momentum yang lebih standard dan melaraskan pengiraan untuk mengukuhkan satu kelemahan biasa yang mereka kongsikan. Hampir semua pengayun momentum mengeluarkan isyarat berdasarkan pencapahan bulis dan bearis. Jadi, isyarat palsu yang selalu terjadi disebabkan oleh pencapahan-pencapahan ini sudah pastinya menjadi satu masalah. Dengan memasukkan beberapa rangka masa dan menimbang mereka dengan wajar, UO adalah untuk mengurangkan isyarat-isyarat palsu ini. Dan sama seperti kebanyakan penunjuk, Ultimate Oscillator tidak seharusnya digunakan sebagai satu sistem pengeluaran isyarat berdiri sendiri.

Input

Panjang1

Panjang untuk tempoh pertama. 7 adalah nilai Lalai.

Panjang2

Panjang untuk tempoh kedua. 14 adalah nilai Lalai.

Length3

Panjang untuk tempoh ketiga. 28 adalah nilai Lalai.

Gaya

Pengayun

Boleh togol kebolehlihatan UO termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk UO. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Garisan UO, ketebalan garisan dan gaya visual.

Ketepatan

Menetapkan bilangan titik perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum dibundarkan. Semakin tinggi nilai ini, semakin banyak titik perpuluhan yang akan berada pada nilai penunjuk.