Stochastic RSI (STOCH RSI)

Definisi

Penunjuk Stochastic RSI (Stoch RSI) adalah secara asasnya satu penunjuk kepada penunjuk. Ia digunakan dalam analisa teknikal untuk memberikan satu pengiraan stochastic kepada penunjuk RSI. Ini bermaksud bahawa ia adalah satu ukuran untuk RSI relatif kepada julat tinggi/rendahnya sepanjang satu tempoh masa yang ditentukan pengguna. Stochastic RSI adalah satu pengayun (oscillator) yang mengira satu nilai antara 0 dan 1 yang kemudiannya diplotkan sebagai satu garisan. Penunjuk ini selalunya digunakan untuk mengenalpasti keadaan terlebih beli dan terlebih jual (overbought/oversold).

Sejarah

Penunjuk Stochastic RSI (Stoch RSI) dibangunkan oleh Tushard Chande dan Stanley Kroll. Mereka memperkenalkan penunjuk ini di dalam buku mereka The New Technical Trader pada tahun 1994.

Pengiraan

Dalam contoh ini, satu Tempoh 14 Stoch RSI digunakan. 
Stoch RSI = (RSI - Lowest Low RSI) / (Highest High RSI - Lowest Low RSI)
Di bawah merupakan beberapa anggaran tahap penanda aras (benchmark level): 
14 Day Stoch RSI = 1 when RSI is at its highest level in 14 Days.
14 Day Stoch RSI = .8 when RSI is near the high of its 14 Day high/low range.
14 Day Stoch RSI = .5 when RSI is in the middle of its 14 Day high/low range.
14 Day Stoch RSI = .2 when RSI is near the low of its 14 Day high/low range.
14 Day Stoch RSI = 0 when RSI is at its lowest level in 14 Days.

Asas

Adalah penting untuk diingatkan bahawa Stoch RSI adalah satu penunjuk kepada penunjuk menjadikannya dua langkah dari harga. RSI adalah satu langkah dari harga dan dsebabkan itu satu pengiraan stochastic untuk RSI adalah dua langkah jauh. Perkara ini penting kerana seperti mana-mana penunjuk yang mempunyai beberapa langkah jauh dari harga, Stoch RSI boleh terputus sementara dari pergerakan harga sebenar. Jadi, sebagai satu penunjuk sempadan julat (range bound indicator), fungsi utama Stoch RSI adalah mengenalpasti pelintas (crossover) termasuklah keadaan terlebih beli dan terlebih jual.

Apa yang perlu diperhatikan

Terlebih beli/Terlebih jual (Overbought/Oversold)

Keadaan terlebih beli dan terlebih jual adalah secara tradisinya berbeza dari RSI. Apabila keadaan RSI terlebih beli dan terlebih jual secara biasanya ditetapkan pada 70 untuk terlebih beli dan 30 untuk terlebih jual, Stoch RSI selalunya berada di .80 dan .20. Apabila menggunakan Stoch RSI, terlebih beli dan terlebih jual berfungsi dengan baik apabila didagangkan bersama-sama dengan arah aliran yang berlangsung
Semasa satu arah aliran menaik (uptrend), cari keadaan terlebih jual untuk titik masukan (points of entry).

Semasa satu arah aliran menurun (downtrend), cari keadaan terlebih beli untuk titik masukan (points of entry).

Kesimpulan

Apabila menggunakan Stoch RSI dalam analisa teknikal, seorang pedagang hendaklah berhati-hati. Dengan menambahkan pengiraan Stochastic kepada RSI, laju menaik dengan cepat. Ini boleh menjana lebih banyak isyarat dan disebabkan itu lebih banyak isyarat buruk daripada yang bagus. Stoch RSI perlu digabungkan dengan alat atau penunjuk tambahan untuk menjadi paling efektif. Menggunakan garisan arah aliran atau analisa corak carta asas boleh membantu mengenalpasti arah aliran major yang sedang terjadi dan menaikkan ketepatan Stoch RSI. Menggunakan Stoch RSI untuk melakukan dagangan melawan arah aliran yang berlangsung adalah satu tindakan yang bahaya.

Input

K

Tempoh masa yang digunakan dalam mengira %K. 3 adalah lalai.

D

% D = Peratusan Sisihan (Percent of Deviation) di antara harga dan purata harga sebelumnya (Momentum). Tempoh masa digunakan untuk mengira %D. 3 adalah lalai.

Panjang RSI

Tempoh masa yang digunakan dalam mengira RSI

Panjang Stochastic

Tempoh masa yang digunakan dalam mengira Stochastic

Sumber RSI

Menentukan data yang mana dari setiap bar akan digunakan dalam pengiraan. Tutup adalah lalai. 

Gaya

K

Boleh togol kebolehlihatan %K dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini %K. Juga boleh memilih warna Garisan %K, ketebalan garisan dan gaya visual (Garisan adalah Lalai).

D

Boleh togol kebolehlihatan %D dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini %D. Juga boleh memilih warna Garisan %D, ketebalan garisan dan gaya visual (Garisan adalah Lalai).

Jalur Atas (Upper Band)

Boleh togol kebolehlihatan satu garisan menunjukkan kedudukan terlebih beli. Juga boleh memilih nilai garisan, ketebalan garisan dan gaya visual (Sengkang adalah Lalai).

Jalur Bawah (Lower Band)

Boleh togol kebolehlihatan satu garisan menunjukkan kedudukan terlebih jual. Juga boleh memilih nilai garisan, ketebalan garisan dan gaya visual (Sengkang adalah Lalai).

Latar Belakang (Background)

Togol kebolehlihatan satu warna Latar Belakang dalam Jalur. Juga boleh menukar Warna dan juga kelegapan.

Ketepatan (Precision)

Menetapkan bilangan titik perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum pembundaran. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan akan ada pada nilai penunjuk.