MACD (Moving Average Convergence/Divergence)

Definisi

MACD adalah satu penunjuk yang sangat popular yang digunakan dalam analisa teknikal. MACD boleh digunakan untuk mengenalpasti aspek keseluruhan arah aliran untuk satu sekuriti. Kebanyakan aspek itu yang paling utama adalah momentum, dan juga arah arah aliran (trend direction) dan tempoh masa. Apa yang menjadikan MACD sangat bermaklumat adalah adanya kombinasi dua jenis penunjuk berbeza. Pertama, MACD menggunakan dua Moving Averages berlainan panjang (iaitu penunjuk susulan - lagging indicator) untuk mengenalpasti arah arah aliran dan tempoh masa. Kemudian, MACD mengambil perbezaan dalam nilai di antara dua Moving Averages (Garisan MACD) tersebut dan satu EMA untuk Moving Averages (Garisan Isyarat) tersebut dan memplotkan perbezaan di antara dua garisan sebagai satu histogram yang berayun di atas dan di bawah satu Garisan Sifar tengah. Histogram digunakan sebagai satu petanda yang baik untuk momentum sesebuah sekuriti.

Sejarah

Penciptaan MACD seperti yang kita ketahui boleh dibahagikan kepada dua peristiwa berbeza.

  1. Dalam tahun 1970an, Gerald Appel mencipta garisan MACD.
  2. Dalam tahun 1986, Thomas Aspray menambahkan ciri histogram kepada MACD ciptaan Appel.

Sumbangan Aspray menjadi satu cara untuk menjangkakan (dan mengurangkan lagi lag) lintasan MACD yang mungkin (crossover) yang merupakan satu bahagian utama dalam penunjuk.

Pengiraan

MACD Line: (12-day EMA - 26-day EMA) 
Signal Line: 9-day EMA of MACD Line
MACD Histogram: MACD Line - Signal Line

Asas

Untuk memahami sepenuhnya penunjuk MACD, adalah perlu dipecahkan setiap komponen-komponen penunjuk.

Tiga komponen utama
  1. Garisan MACD.
    Garisan MACD adalah satu hasil dari mengambil satu EMA jangka panjang dan menolaknya dari satu EMA jangka pendek. Nilai-nilai yang selalu digunakan adalah 26 hari untuk EMA jangka panjang dan 12 hari untuk EMA jangka pendek, tetapi pedagang boleh memilih nilai yang diingini. 
  2. Garisan Isyarat.
    Garisan Isyarat ialah satu EMA untuk Garisan MACD seperti yang dijelaskan dalam Komponen 1. Pedagang boleh memilih panjang tempoh EMA untuk digunakan untuk Garisan Isyarat, akan tetapi nilai yang selalu digunakan ialah 9.
  3. Histogram MACD.
    Semakin masa bergerak, perbezaan di antara Garisan MACD dan Garisan Isyarat akan terus berbeza. Histogram MACD mengambil perbezaan itu dan memplotkannya sebagai satu histogram yang mudah dibaca. Perbezaan di antara dua garisan berayun di sepanjang satu satu Garisan Sifar.

Satu penjelasan umum untuk MACD adalah apabila MACD positif dan nilai histogram menaik, momentum ke atas sedang meningkat. Apabila MACD negatif dan nilai histogram menurun, momentum ke bawah pula sedang meningkat.

Apa yang perlu diperhatikan

Penunjuk MACD adalah bagus untuk mengenalpasti tiga jenis isyarat berbeza; Pelintasan Garisan Isyarat (Signal Line Crossovers), Pelintasan Garisan Sifar (Zero Line Crossovers), dan Pencapahan (Divergence).

PELINTASAN GARISAN ISYARAT (SIGNAL LINE CROSSOVERS)

Satu Pelintasan Garisan Isyarat adalah isyarat yang paling biasa dihasilkan oleh MACD. Pertamanya, anda hendaklah menganggap bahawa Garisan Isyarat adalah satu penunjuk kepada penunjuk. Garisan Isyarat adalah mengira Moving Average untuk garisan MACD. Oleh sebab itu, Garisan Isyarat akan mengalami lag di belakang garisan MACD. Ini bermaksud, pada keadaan di mana garisan MACD melintas ke atas atau ke bawah Garisan Isyarat, ini boleh menandakan potensi satu pergerakan yang kuat.

Kekuatan pergerakan adalah apa yang menentukan tempoh masa Pelintasan Garisan Isyarat. Memahami dan mampu menganalisa kekuatan pergerakan, dan juga mengenal isyarat palsu, merupakan satu kemahiran yang memerlukan pengalaman.

Jenis pertama Pelintasan Garisan Isyarat untuk memeriksa adalah Pelintasan Garisan Isyarat Bulis. Pelintasan Garisan Isyarat Bulis terjadi apabila Garisan MACD merentasi ke atas Garisan Isyarat.

Jenis kedua Pelintasan Garisan Isyarat untuk memeriksa adalah Pelintasan Garisan Isyarat Bearis. untuk memeriksa adalah Pelintasan Garisan Isyarat Bearis. Pelintasan Garisan Isyarat Bearis terjadi apabila Garisan MACD merentasi ke bawah Garisan Isyarat.

Pelintasan Garisan Sifar (Zero line crossovers)

Pelintasan Garisan Sifar mempunyai kaedah yang sama dengan Pelintasan Garisan Isyarat. Daripada melintasi Garisan Isyarat, Pelintasan Garisan Sifar terjadi apabila Garisan MACD melintasi Garisan Sifar dan menjadi sama ada positif (atas 0) atau negatif (bawah 0).

Jenis pertama Pelintasan Garisan Sifar adalah untuk memeriksa Pelintasan Garisan Sifar Bulis. Pelintasan Garisan Sifar Bulis terjadi apabila Garisan MACD melintasi Garisan Sifar dan pergi dari negatif ke positif. 

Jenis kedua Pelintasan Garisan Sifar untuk diperiksa ialah Pelintasan Garisan Sifar Bearis. Pelintasan Garisan Sifar Bearis terjadi apabila Garisan MACD melintasi Garisan Sifar dan pergi dari positif ke negatif.

Pencapahan (Divergence)

Pencapahan adalah satu isyarat lain yang dicipta oleh MACD. Secara mudah, pencapahan adalah apabila MACD dan harga sebenar adalah tidak seragam.

Sebagai contoh, Pencapahan Bulis terjadi apabila harga merekodkan satu rendah lebih rendah (lower low), tetapi MACD merekodkan satu rendah lebih tinggi (higher low). Pergerakan harga boleh memberikan butiran mengenai arah aliran semasa, akan tetapi perubahan dalam momentum seperti yang ditunjukkan oleh MACD kadang-kala boleh mendahulu satu balikan yang ketara.

Pencapahan Bearis adalah sebaliknya. Pencapahan Bearis terjadi apabila harga merekodkan satu tinggi lebih tinggi (higher high) manakala MACD merekodkan satu tinggi lebih rendah (lower high).

Kesimpulan

Apa yang menjadikan MACD satu alat yang sangat berguna untuk analisa teknikal ialah ia seperti dua penunjuk dalam satu. Ia boleh membantu mengenalpasti bukan sahaja arah aliran tetapi boleh mengukur momentum pada masa yang sama. Ia mengambil dua penunjuk susulan berbeza dan menambahkan aspek momentum yang lebih aktif atau boleh diramal. Disebabkan sifatnya yang serba boleh, ia telah digunakan oleh pedagang dan pelabur dalam sepanjang spektrum kewangan. 

Walaupun MACD mempunyai banyak kelebihan, sama seperti penunjuk lain, pedagang dan pelabur masih perlu berhati-hati semasa menggunakannya. Ada beberapa perkara yang MACD tidak dapat lakukan dengan baik yang masih boleh mempengaruhi pedagang. Yang paling utama, pedagang mungkin akan terpengaruh untuk menggunakan MACD sebagai cara untuk mencari keadaan terlebih beli (overbought) atau terlebih jual (oversold). Ini bukan satu idea yang bagus. Ingat, MACD tidak terikat kepada julat, jadi apa yang dikra sebagai sangat positif atau negatif untuk satu instrumen mungkin tidak sama dengan satu instrumen lain.

Dengan masa dan pengalaman yang mencukupi, hampir semua orang yang mahu menganalisa data carta boleh mendapatkan manfaat dengan menggunakan MACD.

Input

Panjang Pantas (Fast Length)

Tempoh masa untuk EMA jangka lebih pendek. 12 hari adalah lalai.

Panjang Perlahan (Slow Length)

Tempoh masa untuk EMA jangka lebih panjang. 26 hari adalah lalai.

Sumber (Source)

Menentukan data yang mana dari setiap bar akan digunakan dalam pengiraan. Tutup adalah lalai.

Pelancaran Isyarat (Signal Smoothing)

Tempoh masa untuk EMA untuk Garisan MACD yang juga dikenali sebagai Garisan Isyarat. 9 hari adalah lalai.  Line otherwise known as the Signal Line. 9 Days is the default.

Simple Ma (Pengayun - Oscillator)
Simple Ma (Garisan Isyarat - Signal Line)

Gaya

Histogram

Boleh togol kebolehlihatan Histogram dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai semasa sebenar untuk Histogram. Juga boleh memilih warna Histogram, ketebalan garisan dan jenis visual (Histogram adalah lalai).

MACD

Boleh togol kebolehlihatan garisan MACD dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai semasa sebenar garisan MACD. Juga boleh memilih warna garisan MACD, ketebalan garisan dan jenis visual (Garisan adalah lalai).

Signal

Boleh togol kebolehlihatan Garisan Isyarat dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai semasa sebenar Garisan Isyarat.  Juga boleh memilih warna Garisan Isyarat, ketebalan garisan dan jenis visual (Garisan adalah lalai). 

Precision

Menetapkan bilangan titik perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum pembundaran. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan akan ada pada nilai penunjuk.