Money Flow (MFI)
Definisi
Penunjuk Money Flow Index (MFI) adalah satu alat yang digunakan dalam analisa teknikal untuk mengukur tekanan belian dan jualan. Ini dilakukan menerusi analisa kedua-dua harga dan volum. Pengiraan MFI menjana satu nilai yang kemudiannya diplotkan sebagai satu garisan yang bergerak dalam julat 0-100, menjadikannya satu pengayun (oscillator). Apabila MFI naik, ini menunjukkan satu kenaikan dalam tekanan belian. Bila ia jatuh, ini menunjukkan satu kenaikan dalam tekanan jualan. Money Flow Index boleh menjana beberapa isyarat, yang paling utama: terlebih beli (overbought) dan terlebih jual (oversold), divergence dan kegagalan ayunan (failure swing).
Sejarah
Penunjuk Money Flow Index (MFI) dicipta oleh Gene Quong dan Avrum Soudack.
Pengiraan
Ada empat langkah berbeza untuk mengira Money Flow Index. Contoh di bawah adalah untuk satu Tempoh 14 MFI:
1. Kira Harga Biasa (Typical Price)
(High + Low + Close) / 3 = Typical Price
2. Kira Raw Money Flow
Typical Price x Volume = Raw Money Flow
3. Kira Money Flow Ratio
(14 Period Positive Money Flow) / (14 Period Negative Money Flow)
Money Flow Positif dikira dengan menjumlahkan Money Flow untuk semua hari dalam tempoh di mana Typical Price adalah lebih tinggi daripada tempoh sebelum Typical Price.
Money Flow Negatif dikira dengan menjumlahkan Money Flow untuk semua hari dalam tempoh di mana Typical Price adalah lebih rendah daripada tempoh sebelum Typical Price.
4. Kira Money Flow Index.
100 - 100/(1 + Money Flow Ratio) = Money Flow Index)
Asas
Money Flow Index (MFI) adalah agak sama dengan Relative Strength Index (RSI). RSI adalah satu penunjuk mendahului (leading indicator) yang digunakan untuk mengukur momentum. MFI secara asasnya adalah RSI dengan tambahan aspek volum. Kerana persamaannya dengan RSI, MFI boleh digunakan dengan cara yang hampir sama.
Apa yang perlu diperhatikan
Terlebih beli/Terlebih jual (Overbought/Oversold)
Apabila momentum dan harga menaik dengan pantas, pada ketinggian yang cukup tinggi, akhirnya sekuriti itu akan dikira sebagai terlebih beli. Begitu juga sebaliknya. Apabila harga dan momentum jatuh jauh ke bawah, mereka boleh dikira sebagai terlebih jual. Kawasan tradisi terlebih beli bermula di atas 80 dan terlebih jual bermula di bawah 20. Nilai-nilai ini adalah subjektif, dan seorang penganalisa teknikal boleh menentukan nilai ambang mana yang mereka pilih.
Capahan (Divergence)
MFI Divergence terjadi apabila ada satu perbezaan di antara pergerakan harga dan apa yang MFI sedang tunjukkan. Perbezaan ini boleh diterjemahkan sebagai satu balikan yang akan terjadi (impending reversal). Secara khususnya ada dua jenis pencapahan, bearis dan bulis.
Bullish MFI Divergence – Apabila harga membuat satu rendah baru (new low) tapi MFI membuat satu rendah lebih tinggi (higher low).
Bearish MFI Divergence – Bila harga membuat satu tinggi baru (new high) tapi MFI membuat satu tinggi lebih rendah (lower high).
Kegagalan Ayunan (Failure Swings)
Kegagalan ayunan adalah satu lagi kejadian yang boleh membawa kepada balikan harga (price reversal). Perlu diingatkan bahawa kegagalan ayunan adalah tiada berkaitan dengan harga dan bergantung sepenuhnya kepada MFI. Kegagalan ayunan mengandungi empat langkah dan dikira sama ada Bulis (peluang belian) atau Bearis (peluang jualan).
Bullish MFI Failure Swing
- MFI jatuh di bawah 20 (dikira terlebih jual).
- MFI melantun ke atas lebih dari 20.
- MFI turun semula tetapi kekal di atas 20 (berada atas terlebih jual)
- MFI memecah atas tinggi sebelum.
Bearish MFI Failure Swing
- MFI naik melebihi 80 (dikira terlebih beli)
- MFI turun semula bawah dari 80
- MFI naik sedikit tetapi kekal di bawah 80 (berada di bawah terlebih beli)
- MFI turun lebih rendah dari rendah sebelum.
Kesimpulan
Satu harga instrumen kewangan dan korelasinya dengan momentum adalah satu metrik sangat penting untuk mana-mana penganalisa teknikal. Disebabkan ini, Money Flow Index (MFI) boleh menjadi satu alat analisa teknikal yang sangat berguna. Sudah tentu MFI tidak sepatutnya digunakan sendirian sebagai sumber tunggal untuk isyarat atau persediaan seorang pedagang. MFI boleh digabungkan dengan penunjuk lain atau corak carta untuk menaikkan keberkesanannya.
Input
Panjang (Length)
Tempoh masa yang digunakan untuk mengira MFI. 14 adalah nilai lalai.
Gaya (Style)
MFI
Boleh togol kebolehlihatan MFI dan juga garisan harga menunjukkan nilai terkini sebenar MFI. Boleh juga memilih warna Garisan MFI, ketebalan garisan dan gaya visual.
Ketepatan (Precision)
Menetapkan bilangan tempat perpuluhan untuk diletakkan pada nilai penunjuk sebelum dibundarkan. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan akan berada pada nilai penunjuk.