Moving Average

Definisi

Moving Average (MA) adalah satu penunjuk berasaskan harga dan susulan atau reaktif (lagging/reactive) yang memaparkan harga purata satu sekuriti sepanjang satu tempoh masa ditetapkan. Satu Moving Average adalah satu cara yang bagus untuk mengukur momentum dan juga mengesahkan arah aliran, dan menentukan kawasan sokongan dan rintangan. Secara asasnya, Moving Averages membuang “hingar” apabila cuba menakrifkan carta. Hingar diperbuat daripda pergerakan naik dan turun kedua-dua harga dan volum. Kerana Moving Average adalah satu penunjuk susulan (lagging indicator) dan bereaksi kepada peristiwa yang telah terjadi, ia tidak digunakan sebagai satu penunjuk untuk meramal tetapi untuk menjelaskan, digunakan untuk pengesahan dan analisis. Sebenarnya, Moving Averages membentuk asas untuk beberapa alat analisa teknikal terkenal yang lain seperti Bollinger Bands dan MACD. Ada beberapa jenis berbeza untuk Moving Averages yang mengambil pendekatan yang sama dan menambahkan variasi. Yang paling terkenal adalah Simple Moving Average (SMA), Exponential Moving Average (EMA) dan Weighted Moving Average (WMA).

Jenis

Moving Averages menggambarkan harga purata satu intrumen kewangan sepanjang satu tempoh masa tertentu. Akan tetapi, ada beberapa jenis moving averages yang berbeza. Mereka selalunya berbeza dalam cara yang titik-titik data berbeza adalah diberatkan atau diberikan keutamaan.

Simple Moving Average (SMA)

Simple Moving Average adalah satu Moving Average tidak diberatkan. Ini bermaksud setiap hari dalam set data mempunyai kepentingan yang sama dan diberatkan dengan sama. Selepas setiap hari berakhir, titik data terawal akan dibuang dan yang terbaru akan ditambahkan ke permulaan.

PENGIRAAN

Satu contoh tempoh 3 SMA
Sum of Period Values / Number of Periods

Closing Prices to be used: 5, 6, 7, 8, 9

First Day of 3 Period SMA: (5 + 6 + 7) / 3 = 6
Second Day of 3 Period SMA: (6 + 7 + 8) / 3 = 7
Third Day of 3 Period SMA: (7 + 8 + 9) /3 = 8
Weighted Moving Average (WMA)

Weighted Moving Average adalah sama dengan SMA, kecuali WMA menambahkan kepentingan kepada titik data terkini. Setiap titik dalam tempoh ditugaskan dengan satu pendarab (multiplier) (pendarab terbesar untuk titik data terbaru dan ia turun mengikut urutan) yang menukar berat atau keutamaan untuk titik data tersebut. Kemudian, sama seperti SMA, sebaik sahaja satu titik data baru ditambahkan ke permulaan, titik data terawal akan dibuang.

PENGIRAAN

Sama seperti SMA kecuali ia menambahkan satu berat (pendarab) kepada setiap tempoh. Tempoh paling terkini mempunyai berat paling besar). Satu contoh untuk tempoh 5 WMA

  Sum of Period Values / Number of Periods 

Closing Prices to be used: 5, 6, 7, 8, 9

Period Weight Price Weighted Average
1 1 X 5 5
2 2 X 6 12
3 3 X 7 21
4 4 X 8 32
5 5 X 9 45

TOTAL = 15 X 35 = 525

WMA = (Sum of Weighted Averages) / (Sum of Weight)

WMA 115 / 15 = 7.6667
Exponential Moving Average (EMA)

Exponential Moving Average adalah sangat serupa dengan (dan sejenis) WMA. Perbezaan utama dengan EMA adalah titik data lama tidak pernah meninggalkan purata. Untuk penjelasan, titik data lama mengekalkan satu pendarab (walaupun ia berkurang sehingga hampir tiada) walaupun jika mereka berada di luar panjang siri data terpilih.

PENGIRAAN

Ada tiga langkah mengira EMA. Di sini adalah formula untuk tempoh 5 EMA

1. Kira SMA

(Period Values / Number of Periods)

2. Kira Pendarab (Multiplier)

(2 / (Number of Periods + 1) therefore (2 / (5+1) = 33.333%

3. Kira EMA
Untuk EMA pertama, kami menggunakan SMA (hari sebelum) dan bukannya EMA (hari sebelum).

EMA = {Close - EMA(previous day)} x multiplier + EMA(previous day)
Double Exponential Moving Average
PENGIRAAN
Double EMA = 2*EMA – EMA (EMA)
Triple Exponential Moving Average
PENGIRAAN
Triple EMA = (3*EMA – 3*EMA(EMA)) + EMA(EMA(EMA))

Asas

Moving Average mengambil satu set data (harga tutup sepanjang satu tempoh masa tertentu) dan mengeluarkan harga purata mereka. Tidak seperti satu pengayun, Moving Average tidak dihadkan kepada satu bilangan dalam jalur atau satu julat nombor. MA boleh bergerak bersama-sama harga.
Rangka masa atau tempoh digunakan boleh berubah dengan agak ketara bergantung kepada jenis analisa teknikal yang dilakukan. Satu fakta yang perlu sentiasa diingati bahawa, Moving Averages mempunyai lag terbina di dalamnya. Maksudnya mudah. Semakin panjang rangka masa digunakan, semakin banyak lag akan terjadi. Sebaliknya, semakin pendek rangka masa, semakin kurang lag. Secara asas, Moving average dengan rangka masa lebih pendek akan berada dekat dengan harga dan akan bergerak selepas harga bergerak. Rangka masa lebih panjang mempunyai lebih banyak data dan pergerakannya akan lambat dari pergerakan pasaran dengan ketara. Untuk mengetahui rangka masa apa yang patut digunakan, adalah terpulang kepada kesukaan pedagang. Selalunya mana-mana tempoh kurang daripada 20 hari adalah dikira sebagai jangka pendek, antara 20 dan 60 akan menjadi jangka sederhana dan yang lebih panjang dari 60 hari akan dikira sebagai jangka panjang.

Pilihan lain yang merupakan pilihan pedagang adalah jenis Moving Average yang hendak digunakan. Walaupun ada banyak jenis Moving Averages yang agak sama, mereka mempunyao perbezaan yang perlu diketahui oleh pedagang. Sebagai contoh, EMA mempunyai kurang lag daripada SMA (kerana ia meletakkan lebih kepentingan kepada harga terkini) dan disebabkan itu, ia bergerak lebih laju daripada SMA. Akan tetapi, disebabkan SMA memberikan keutamaan yang sama kepada semua titik data, tanpa mengira paling terkini, SMA mempunyai satu hubungan yang lebih dekat dengan kawasan penting seperti Sokongan dan Rintangan biasa.

Apa yang perlu diperhatikan

Apabila memeriksa beberapa kegunaan biasa untuk Moving Averages, perlu diingatkan bahawa adalah bergantung kepada pedagang Moving Average yang mana mereka mahu gunakan. Dalam contoh ini, ada ditulis mengenai; Moving Averages (MA), Simple Moving Averages (SMA), Exponential Moving Averages (EMA) dan Weighted Moving Averages (WMA). Kecuali dijelaskan dengan khusus, penunjuk-penunjuk ini boleh dikira sebagai saling bertukar (interchangeable) dalam terma prinsip pentadbiran disebalik penggunaan amnya.

Pengenalpastian Asas Arah Aliran (Basic Trend Identification)

Menggunakan satu Moving Average untuk mengesahkan satu arah aliran dalam harga merupakan satu daripada cara paling mudah, tetapi berkesan dalam menggunakan penunjuk. Pertimbangkan, Moving Averages “melaporkan” apa yang sudah terjadi dan ia juga mengambil kira keseluruhan peristiwa yang sudah berlaku untuk mengira formulanya. Ini adalah perkara yang menjadikan satu Moving Average sebagai satu analisa teknikal yang bagus untuk pengesahan arah aliran (trend confirmation).
Petuanya seperti berikut:

  • Satu Moving Average Jangka Panjang yang secara jelas pada keadaan menaik adalah pengesahan untuk satu Arah Aliran Bulis.
  • Satu Moving Average Jangka Panjang yang secara jelas pada keadaan menurun adalah pengesahan untuk satu Arah Aliran Bearis.

Oleh kerana jumlah data yang besar diambilkira apabila mengira satu Moving Average Jangka Panjang, ia mengambil masa untuk pergerakan dalam pasaran untuk menyebabkan MA bertukar arah. Satu Moving Average Jangka Panjang adalah tidak sesuai untuk perubahan harga pantas dalam keseluruhan arah aliran.


Sokongan dan Rintangan (Support and Resistance)

Salah satu penggunaan biasa Moving Averages adalah mengenalpasti kawasan sokongan dan rintangan. Boleh dikatakan, Moving averages boleh memberikan sokongan kepada satu arah aliran menaik dan juga memberikan rintangan kepada satu arah aliran menurun. Walaupun perkara ini boleh digunakan untuk tempoh jangka pendek (20 hari atau kurang), sokongan dan rintangan yang diberikan oleh Moving Averages, boleh menjadi lebih jelas dalam situasi jangka panjang.


Pelintasan (Crossovers)

Pelintasan memerlukan penggunaa dua Moving Averages dalam panjang berbeza pada carta yang sama. Dua Moving averages hendaklah mempunyai dua panjang tempoh berbeza. Sebagai contoh, satu 50 Hari Simple Moving Average (jangka sederhana) dan satu 200 Hari Simple Moving Average (jangka panjang). Isyarat atau peluang dagangan berpotensi terjadi apabila SMA jangka pendek merentasi atas atau bawah SMA jangka panjang.
Pelintasan Bulis – Terjadi apabila SMA  jangka pendek merentasi ke atas SMA jangka panjang. Juga dikenali sebagai Golden Cross.

Pelintasan Bearis – Terjadi apabila SMA  jangka pendek merentasi ke bawah SMA jangka panjang. Juga dikenali sebagai Dead Cross;.

Adalah mustahak untuk pedagang memahami kekangan yang ada dalam isyarat ini. Ini adalah satu sistem yang dicipta dengan menggabungkan bukan satu tetapi dua penunjuk susulan. Kedua-dua penunjuk bereaksi hanya kepada apa yang sudah terjadi dan tidak direkabentuk untuk melakukan ramalan. Sebuah sistem seperti ini sememangnya berfungsi dengan baik dalam satu arah aliran yang kuat. Semasa dalam satu arah aliran yang kuat, sistem ini atau yang serupa serupa akan menjadi sangat berguna .

Pelintasan Harga (Price Crossovers)

Jika anda mengambil dua persediaan (setup) Moving Averages yang dibincangkan dalam bahagian sebelum ini dan menambah elemen ketiga iaitu harga, ada satu jenis persedian lain dipanggil Price Crossover. Dengan satu Price Crossover anda bermula dengan dua Moving Averages yang berbeza panjang jangka masa (sama sperti Pelintas/Crossover yang disebut sebelum ini). Anda sebenarnya menggunakan Moving Average jangka panjang untuk mengesahkan arah aliran jangka panjang. Isyarat kemudiannya terjadi apabila Harga melintas atas atau bawah Moving Average jangka lebih pendek bergerak dalam arah yang sama dengan arah aliran utama jangka panjang. Seperti contoh sebelum ini, katakan kita menggunakan 50 Hari Simple Moving Average dan 200 Day Simple Moving Average.

Pelintas Harga Bulis (Bullish Price Crossover) – Harga melintas atas SMA pada masa 50 SMA di atas 200 SMA. 200 SMA mengesahkan arah aliran. Harga dan SMA jangka pendek menjana isyarat pada arah yang sama dengan arah aliran.

Pelintas Harga Bearis (Bearish Price Crossover) - Harga melintasi bawah 50 SMA pada masa 50 SMA di bawah 200 SMA. 200 SMA mengesahkan arah aliran. Harga dan SMA jangka pendek menjana isyarat pada arah yang sama dengan arah aliran.

Kesimpulan

Seorang penganalisa teknikal berpengalaman mengetahui bahawa mereka hendaklah berhati-hati ketika menggunakan Moving Averages (sama seperti penunjuk lain). Tiada keraguan tentang fakta bahawa mereka adalah pengecam arah aliran (trend identifier). Itu boleh menjadi satu maklumat yang berharga. Akan tetapi, hendaklah selalu ingat bahawa mereka adalah penunjuk susulan atau reaktif (lagging/reactive). Moving Averages tidak akan menjadi paling canggih dalam meramalkan pergerakan pasaran. Apa yang mereka boleh lakukan, seperti penunjuk lain yang kekal berzaman-zaman adalah, memberikan satu tingkatan tambahan untuk keyakinan kepada satu strategi atau sistem dagangan. Apabila digunakan bersama-sama dengan penunjuk yang lebih aktif, anda dapat merasa yakin dalam arah aliran jangka panjang, anda sedang melihat pada arah yang betul.

Input

Panjang

Tempoh masa yang digunakan untuk mengira Moving Average. 9 hari adalah lalai.

Sumber (Source)

Menentukan data apakah dari setiap bar akan digunakan dalam pengiraan. Tutup adalah lalai.

Offset

Menukar nombor ini akan menggerakkan Moving Average sama ada Ke Hadapan atau Ke Belakang relatif kepada pasaran terkini. 0 adalah lalai.

Gaya

MA

Boleh togol kebolehlihatan MA dan kebolehlihatan untuk satu garisan harga menunjukkan nilai terkini sebenar MA. Juga boleh memilih warna MA, ketebalan garisan dan gaya garisan.