Parabolic SAR (SAR)

Definisi

Parabolic SAR (SAR) adalah satu alat analisa teknikal masa dan harga yang digunakan terutamanya untuk mengenalpasti titik-titik hentian dan balikan berpotensi (stop/reverse). Sebenarnya, SAR dalam Parabolic SAR bermaksud "Stop and Reverse". Pengiraan penunjuk mencipta satu parabola yang terletak di bawah harga ketika satu Arah Aliran Bulis (Bullish Trend) dan di atas Harga ketika satu Arah Aliran Bearis.

Sejarah

J. Welles Wilder mencipta Parabolic SAR (SAR) dan ia diperkenalkan dalam bukunya bertajuk New Concepts in Technical Trading Systems. Buku ini diterbitkan pada tahun 1978 dan juga memperkenalkan beberapa penunjuk-penunjuk lain beliau yang klasik seperti; Relative Strength Index, Average True Range dan the Directional Movement Index. Seperti penunjuk-penunjuk yang disebutkan, penunjuk Parabolic SAR masih digunakan secara meluas dan mempunyai kepentingan yang besar dalam dunia analisa teknikal.

Pengiraan

Kami telah menggunakan algoritma asal untuk Parabolic SAR (yang bermaksud stop and reverse) yang dijelaskan di dalam buku book New Concepts in Technical Trading Systems ditulis oleh pencipta SAR, J. Welles Wilder Jr.

Untuk memahami Parabolic SAR, adalah penting untuk mengetahui bagaimana ia kelihatan di atas carta. SAR selalunya dipaparkan sebagai satu garisan titik yang dicartakan sepanjang satu harga aset. Secara amnya, apabila satu aset menaik, SAR dipaparkan di bawah harga dan apabila satu aset menurun, SAR dipaparkan di atas harga. Satu belian atau balikan akan diberitahu apabila harga merentasi ke atas atau ke bawah Parabolic SAR.

Langkah-langkahnya kelihatan seperti ini:

1. Pada hari pertama masukan atau balikan, SAR adalah EP (Extreme Point) sebelum ini - tinggi tertinggi untuk arah aliran menaik (uptrend) atau rendah terendah untuk arah aliran menurun (downtrend).

    A. Jika memasuki Long (uptrend), EP ialah harga terendah yang dicapai semasa dalam dagangan Short sebelum ini.

    B. Jika memasuki Short (downtrend), EP ialah harga tertinggi yang dicapai semasa dalam dagangan Long sebelum ini.

2. Untuk hari kedua dan seterusnya, SAR dikira dalam cara khusus bergantung kepada jika aset berada dalam arah aliran menaik atau menurun. Jika aset dalam arah aliran menaik, pengiraan akan kelihatan seperti ini:

    A. Cari perbezaan di antara harga tertinggi terjadi semasa dalam dagangan (EP) dan SAR untuk hari itu. Gandakan perbezaan dengan AF (Acceleration Factor - menentukan kadar sensitif SAR) dan tambahkan keputusan kepada SAR terkini untuk mendapatkan SAR untuk hari berikut.

    B. Guna Start Value (lihat imej di bawah, 0.02 secara lalai) untuk AF pertama dan naikkan kenaikannya (0.02 secara lalai) pada setiap hari satu tinggi baru untuk dagangan dilakukan. Jika satu tinggi baru tidak terjadi, teruskan mengguna AF seperti sebelum ini. Jangan naikkan AF lebih tinggi dari Max Value (0.2 secara lalai).

Jika aset itu berada dalam arah aliran menurun, pengiraan akan kelihatan seperti ini:

    A. Cari perbezaan di antara harga terendah yang dilakukan semasa dalam dagangan (EP) dan SAR pada hari semasa. Gandakan perbezaan dengan AF dan tambahkan keputusan kepada SAR terkini untuk mendapatkan SAR untuk hari berikut.

    B. Guna Start Value (0.02 secara lalai) untuk AF pertama dan naikkan kenaikannya (0.02 secara lalai) pada setiap hari satu rendah baru untuk dagangan dilakukan. Jika satu rendah baru tidak terjadi, teruskan mengguna AF seperti sebelum ini. Jangan naikkan AF lebih tinggi dari Max Value (0.2 secara lalai).

3. Sebagai langkah akhir, adalah penting untuk diingatkan bahawa jangan gerakkan SAR ke dalam julat hari sebelumnya atau apa-apa hari sebelum itu.

    A. Jika dalam satu arah aliran menaik, jangan gerakkan SAR ke atas rendah hari sebelumnya atau pada hari sebelum itu. Jika SAR dikira lebih tinggi dari nilai-nilai ini, gunakan rendah lebih rendah (lower low) di antara hari sebelumnya dan hari sebelum itu sebagai SAR baru. Jadikan pengiraan hari esok berasaskan perkara ini.

    B. Jika dalam satu arah aliran menurun, jangan gerakkan SAR ke bawah SAR terkini di bawah tinggi hari sebelumnya atau pada hari sebelum. Jika SAR dikira lebih rendah dari nilai-nilai ini, gunakan tinggi lebih tinggi (higher high) di antara hari sebelumnya dan hari sebelum itu sebagai SAR baru. Jadikan pengiraan hari esok berasaskan perkara ini.

Mari kita selesaikannya!

Pertama, untuk setiap bar baru, kami mengira SAR semasa berdasarkan kepada nilai-nilai sebelum (lihat langkah 2 dari peraturan di atas).

Previous SAR + Previous AF * (Previous EP - Previous SAR) = Current SAR

Kedua, kami memeriksa jika nilai dikira adalah ditembusi oleh harga satu bar semasa. Kami menggunakan operator ketidaksamaan < dan > untuk membandingkan nilai-nilai. Jika ya, satu balikan dilakukan dan EP sebelumnya sebagai satu nilai SAR baru (lihat perenggan 1 dalam peraturan di atas). 

Jika tiada balikan, kami memeriksa jika nilai SAR yang dikira adalah di atas dua nilai-nilai rendah sebelumnya dalam kes arah aliran menaik atau di bawah dua nilai-nilai tinggi sebelumnya dalam kes arah aliran menurun (lihat perenggan 3 dalam peraturan di atas). Jika ya, kami akan mengemaskini nilai SAR menurut peraturan.

Pada setiap bar baru, kami akan mengemaskini nilai AF jika nilai EP dikemaskini (lihat perenggan 2 dalam peraturan di atas).

Bagaimana SAR dikira semenjak permulaan sejarahnya

Dalam buku yang memperkenalkan SAR, tiada arahan jelas bagaimana untuk mengira SAR untuk permulaan satu barset. Disebabkan itu, kami mengandaikan bahawa nilai SAR pada bar pertama tidak boleh dikira kerana kami tidak mempunyai nilai. Pada bar kedua, kami menentukan jika satu arah aliran itu menaik atau menurun dengan membandingkan nilai-nilai tutup pada bar pertama dan kedua. Kemudian, kami menggunakan peraturan dari perenggan 1 dalam peraturan di atas: kami menggunakan tinggi pada bar pertama sebagai satu SAR pada bar kedua jika satu arah aliran menurun dan rendah pada nilai pertama jika arah aliran menaik.

Apa yang perlu diperhatikan

Hentian dan Balikan (Stops and Reversals)

Penunjuk Parabolic SAR (SAR) mempunyai kaedah yang mudah. Apabila harga dalam satu arah aliran menaik (uptrend) memecah di bawah parabola (yang akan berada di bawah arah aliran), ini memberikan isyarat tentang satu potensi balikan harga. Apabila harga memecah di atas parabola (di atas arah aliran) semasa satu arah aliran menurun (downtrend), ini juga boleh memberikan isyarat satu balikan harga (price reversal).
Dari segi praktikal, ramai pedagang menggunakan titik pecahan ini sebagai satu kawasan untuk meletakkan pesanan henti atau juga sebagai titik untuk memasuki pasaran pada permulaan satu arah aliran baru.

Kesimpulan

Parabolic SAR adalah satu penunjuk yang menarik dan padat yang boleh memberikan beberapa maklumat yang bagus. Ia tidak disarankan, untuk menggunakannya sebagai penunjuk tunggal untuk menjana isyarat dagangan. Disebabkan ia berasaskan kepada masa dan harga, ia tidak sesuai untuk mengukur kekuatan sebenar satu arah aliran, hanya dapat mengukur arah dan tempoh. Adalah bagus untuk menggunakannya bersama-sama penunjuk lain yang mensasarkan kepada pengukuran kekuatan arah aliran. Satu pilihan yang bagus adalah penunjuk Wilder sendiri, Directional Movement.

Input

Rangka Masa Penunjuk (Indicator Timeframe)

Mengkhususkan rangka masa di mana penunjuk dikra. Pilihan ini membenarkan pengiraan SAR berdasarkan kepada satu data dari rangka masa lain, cth. mengira SAR pada carta 1J untuk dipaparkan pada satu carta 5m.

Mula (Start)

Nilai permulaan untuk Acceleration Factor (.02 adalah Lalai).

Kenaikan (Increment)

Kenaikan yang menggerakkan Acceleration Factor (.02 adalah Lalai).

Nilai Maksimum (Max Value)

Nilai maksimum untuk Acceleration Factor (.20 ialah Lalai)

Gaya

Parabolic SAR

Boleh togol kebolehlihatan Parabolic SAR dan juga kebolehlihatan garisan harga menunjukkan nilai semasa sebenar untuk Parabolic SAR. Juga boleh memilih warna Parabolic SAR, ketebalan lintasan dan gaya visual (Lintasan adalah Lalai).