Android: Saya tak menerima maklumat mengenai pemberitahuan yang telah tercetus

Sila lakukan langkah-langkah berikut jika anda tidak menerima pemberitahuan melalui aplikasi Android anda. 

  1. Pastikan anda mencipta satu pemberitahuan dengan betul (maklumat lanjut boleh didapati di sini).
  2. Pastikan anda telah log masuk ke dalam akaun anda.
  3. Pastikan pemberitahuan timbul diaktifkan untuk aplikasi TradingView.
  4. Pastikan aplikasi TradingView disenaraiputihkan di dalam pengurus Autorun (ia mestilah dipasang pada peranti anda).
  5. Cuba log masuk semula ke dalam aplikasi.

Jika masalah ini masih terjadi, sila cuba selesaikan isu dengan peranti anda. Anda boleh mendapatkan arahan mengenainya di sini.