Depth Of Market (DOM)

Apakah Depth of Market?

Depth of Market, atau Buku Pesanan, adalah satu tetingkap yang menunjukkan sebanyak mana pesanan-pesanan buka belian dan jualan yang ada pada harga-harga yang berbeza untuk satu sekuriti. Katakan harga terkini adalah $1, DOM akan menunjukkan bilangan pesanan yang ada pada $0.90, $1.10, dll. Ia adalah satu alat yang bagus untuk melihat dimana tingkatan penawaran dan permintaan.

Bagaimana untuk membuka DOM?

  • Sambungkan ke akaun broker yang menyokong data Tingkat 2 (TradeStation, CQG, AMP, Tradovate, iBroker, HitBTC atau Alor).
  • Klik butang DOM pada bar alat kanan pada carta.
  • DOM untuk sekuriti terkini akan dibuka.
    • Jika ianya kosong, ini menunjukka simbol yang anda mahukan tidak didagangkan menerusi broker itu.

Bahagian utama pada tetingkap DOM adalah seperti berikut

Sel [2] untuk meletakkan satu pesanan

Bida [4] / Tawaran [11] Volum

Untung/Rugi [12] untuk semua posisi-posisi buka. Dengan mengklik padanya, anda boleh menukar paparan - wang/pip/%

Saiz posisi [13]

Apakah data yang digunakan untuk DOM?

Data adalah distrim dari broker. Data di dalam DOM dan carta mungkin akan kelihatan sedikit berbeza kerana beberapa sumber-sumber data akan digunakan.

Secara asasnya, data adalah ditunjukkan di dalam format separa-statik. Ini bermakna barisan harga adalah tetap manakala harga bergerak di dalam julat yang ditunjukkan. Jika harga bergerak di atas atau di bawah julat yang kelihatan, dia akan diletakkan ke tengah selepas 5 saat. Pemasa 5-saat adalah ikon tengah [7].

Meletak dan menukar pesanan-pesanan

Untuk meletakkan satu pesanan pasaran, hanya klik pada Beli Pasaran atau Jual Pasaran. Nombor menunjukkan sebanyak mana sekuriti akan dibeli atau dijual, anda jelaskan itu pada bahagian atas tetingkap DOM [1]. Ia juga disegerakkan dengan panel dagangan terapung.

Anda boleh meletakkan pesanan-pesanan pada satu harga-harga tertentu untuk dibeli – klik sel pada satu harga yang anda mahukan di lajur kiri, untuk jual – di dalam bahagian kanan.

Jika anda mahu meletakkan satu pesanan had, hanya klik pada sel disebelah untuk harga yang diingini, jika anda mahu meletakkan satu pesanan henti, tekan butang CTRL pada papan kekunci anda dan klik sel yang anda mahukan.

Anda boleh menggunakan menu tekan-kanan untuk meletakkan satu pesanan:


Secara asas, ada satu dialog Pengesahan yang akan muncul. Jika anda mahu menutup dialog ini, anda boleh lakukannya di tetapan.

Bagaimana untuk menukar satu pesanan

1. Klik label dengan nombor disebelah DOM – ini adalah label pesanan anda. Anda kemudiannya boleh menukar mana-mana tetapan yang anda suka dan klik UBAH.


2. Klik dan tarik label pesanan kepada tingkatan harga lain. Dialog yang sama akan keluar.

Warna penanda dan maksudnya

Pesanan aktif “Beli Had” dan “Jual Had” adalah hijau.


Pesanan aktif “Beli Henti” dan “Jual Henti” adalah merah.


Pesanan aktif “Beli Had Henti” dan “Jual Had Henti” adalah kuning. Had tingkatan untuk pesanan-pesanan sebegini adalah dalam warna yang lebih suram, dan tingkatan Henti adalah lebih meriah.

Membatalkan pesanan-pesanan

  • Untuk membatalkan hanya satu pesanan, klik X di sebelah label pesanan.
  • Untuk membatalkan semua belian pesanan, klik X di bawah lajur beli biru pada belah kiri [5].
  • Untuk membatalkan semua jualan pesanan, klik X di bawah lajur jual merah kanan [9].
  • Untuk membatalkan semua pesanan, klik BATAL SEMUA pada bahagian bawah tetingkap DOM [6].

Posisi dan apa yang anda boleh lakukan

Jika anda berada di dalam satu posisi pada simbol ini (anda samada membeli atau menjual sedikit), saiz posisi anda [13] akan ditunjukkan sebagai satu nombor pada bahagian atas DOM. Jika anda telah membeli (di dalam satu posisi panjang) kotak akan menjadi biru dan jika anda telah menjual (di dalam satu posisi singkat) ia akan menjadi merah.

Posisi panjang (anda harapkan harga akan naik!)


Posisi singkat (anda berharap harga akan turun!)


Untuk menutup posisi atau mengundur semula, gunakan butang Ratakan [8] atau Undur pada bahagian bawah DOM.