Zon Waktu Fib

Aplikasi

Zon Waktu Fib ialah satu alat analisa teknikal yang mengandungi satu siri garisan-garisan menegak yang dipanjangkan sepanjang paksi masa (menegak). 

Zon waktu Fibonacci hanya menunjukkan kawasan-kawasan potensi penting yang berkaitan dengan masa. Tiada perhatian diberikan kepada harga. 

Selang asas ditetapkan oleh melukis satu garisan arah aliran di antara harga-harga tinggi dan rendah. Alat Zon Masa kemudiannya memplotkan satu siri garisan-garisan menegak pada selang masa meningkat.

Parameter Zon Masa Fibonacci adalah didefinasikan sebagai Jujukan Fibonacci. Bermula dengan 0 dan 1, setiap nombor adalah jumlah untuk dua nombor sebelumnya (1+2=3, 2+3=5, 5+8=13 8+13=21 dll…).

Fungsi utama untuk alat Zon Masa Fibonacci ialah untuk meramalkan atau menganggar suatu balikan berpotensi berdasarkan kepada masa yang telah berlalu. 

Beberapa nombor Fibonacci awal mencipta Zon Waktu Fibonacci yang agak ketat pada permulaan carta. Disebabkan ini, ia mungkin perlu untuk mengabaikan beberapa zon yang awal. Selepas beberapa zon awal, zon-zon akan mengembang dengan cepat dan membenarkan adanya ruang lebihan sepanjang perjalanan berlaku. Teori asas di belakang Zon Waktu Fib ialah titik-titik balikan berpotensi dapat dijumpai dengan melihat ke hadapan ke titik permulaan untuk zon-zon baru.

Gaya

Dalam dialog sifat Gaya, adalah dibolehkan untuk menukar bentuk dan konfigurasi Zon Waktu Fib dan menyimpan perubahan khusus ini sebagai templat jika diinginkan:

garisan awalan

Kotak semak mentogolkan kebolehlihatan untuk garisan lukisan. Dengan suis disebelah, anda boleh juga menetapkan warna, ketebalan dan gaya untuk setiap garisan.

Juga, ia dibenarkan untuk memasukkan satu nilai khusus untuk penempatan garisan dan menetapkan warna dan kelegapan untuk setiap garisan.

guna satu warna

Gunakan menu lungsur turun ini untuk memilih satu warna untuk semua garisan dan latarbelakang di antara mereka.

tunjuk Label

Togol kebolehlihatan label dengan nilai-nilai garisan.

LATARBELAKANG

Togol kebolehlihatan dan kelegapan untuk latarbelakang diisikan di antara tingkatan-tingkatan Zon Masa Fib.  

 

Koordinat

Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh tetapkan dengan tepat posisi Zon Masa Fib dengan menetapkan posisi titik awalannya pada pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar) dan anda boleh menyimpannya sebagai satu templat jika diingini: 


harga 1

Membenarkan penempatan tepat untuk titik pertama zon masa fib (Harga 1) menggunakan harga dan bilangan bar.

harga 2

Membenarkan penempatan tepat untuk titik kedua zon masa fib (Harga 2) menggunakan harga dan bilangan bar.

kebolehlihatan

Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh togol paparan Anjakan Fib pada carta untuk rangka masa berbeza.
Membenarkan konfigurasi satu lukisan untuk dipaparkan pada rangka masa intra hari dan harian tertentu pada carta. Untuk mana-mana rangka masa, anda boleh pilih untuk sama ada menunjukkan atau menyembunyikannya dan menyimpan perubahan khusus ini sebagai satu templat jika diperlukan: