Lengkuk Rintangan Kelajuan Fib

Aplikasi

Lengkuk Rintangan Kelajuan Fib adalah digunakan dalam analisa teknikal untuk menentukan arah dan kelajuan balikan arah aliran dan juga menunjukkan tingkatan sokongan/rintangan. Langkah pertama ialah melukis satu garisan arah aliran di antara titik tinggi dan rendah untuk satu arah aliran. Kemudian lengkuk dicipta dan merentasi garisan arah aliran/kelajuan pada peratusan jarak yang dipilih di antara permulaan dan akhiran garisan arah aliran ini . Nisbah Fibonacci biasa adalah digunakan akan tetapi TradingView membenarkan pengguna memilih secara manual dalam apa-apa peratusan yang mereka mahukan (sehingga 11 nilai).

Beberapa lengkuk mungkin tidak kelihatan kerana batasan skala pada tetingkap carta. Lengkuk Rintangan Kelajuan Fib boleh menunjukkan tingkatan sokongan dan rintangan. Selalunya harga kekal di atas lengkuk lebih tinggi. Jika lengkuk lebih tinggi ditembusi, harga selalunya akan jatuh ke lengkuk lebih rendah, dalam banyak kes, menjadi tingkatan sokongan. Jika harga memecah ke bawah lengkuk lebih tinggi, jatuh ke lengkuk lebih rendah, dan kemudian mula menaik, lengkuk lebih rendah menjadi tingkatan sokongan.

Gaya

Dalam dialog sifat Gaya, adalah dibolehkan untuk menukar bentuk dan konfigurasi Lengkuk Rintangan Kelajuan Fib dan menyimpan perubahan khusus ini sebagai templat jika diinginkan. 


garisan arah aliran

Kotak semak pada bahagian kiri togolkan kebolehlihatan untuk garisan arah aliran. Menukar selain daripada menetapkan warna, kelegapan, ketebalan dan gaya.
Juga, ia dibenarkan untuk memasukkan satu nilai khusus untuk setiap penempatan setiap garisan dalam Kipas.

tingkatan tambahan

Kotak semak pada bahagian kiri togolkan kebolehlihatan untuk tingkatan lengkuk tambahan. Menukar selain daripada menetapkan warna, kelegapan dan ketebalan garisan.

TINGKATAN

Togol kebolehlihatan label kiri, kanan, atas dan bawah dengan nilai-nilai mereka. 

bulatan penuh

Kotak semak ini menambahkan lengkuk lain kepada yang sedia ada, jadi anda akan mendapat satu bulatan penuh dan bukannya lengkuk.

LATARBELAKANG

Togol kebolehlihatan dan kelegapan untuk latarbelakang diisikan di antara tingkatan lengkuk. 

Koordinat

Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh tetapkan dengan tepat posisi Lengkuk Rintangan Kelajuan Fib dengan menetapkan posisi titik awalannya pada pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar) dan anda boleh menyimpannya sebagai satu templat jika diingini: 

harga 1

Membenarkan penempatan tepat untuk titik pertama Lengkuk Rintangan Kelajuan Fib (Harga 1) menggunakan harga dan bilangan bar.

harga 2

Membenarkan penempatan tepat untuk titik kedua Lengkuk Rintangan Kelajuan Fib (Harga 2) menggunakan harga dan bilangan bar.

Kebolehlihatan

Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh togol paparan Lengkuk Rintangan Kelajuan Fib pada carta untuk rangka masa berbeza.
Membenarkan konfigurasi satu lukisan untuk dipaparkan pada rangka masa intra hari dan harian tertentu pada carta. Untuk mana-mana rangka masa, anda boleh pilih untuk sama ada menunjukkan atau menyembunyikannya dan menyimpan perubahan khusus ini sebagai satu templat jika diperlukan: