Bulatan Fib

Aplikasi

Bulatan Fibonacci adalah satu lagi penunjuk yang berasaskan Jujukan Fibonacci yang digunakan di dalam analisa teknikal. Ia dicipta dengan melukis satu garisan arah aliran di antara dua titik yang ekstrem. Untuk mendapatkan arah aliran condong pada sudut 45 darjah, dan bulatan adalah bulat sempurna, kekal menekan kekunci Shift semasa melukis.

Bulatan adalah dilukis pada 11 tingkatan berbeza berdasarkan kepada Nisbah Fibonacci utama iaitu 23.6%, 38.2%, 61.8% dan 100%.

Perlu dimaklumi, bahawa tingkatan "biasa" digunakan adalah lalai. Pengguna mempunyai pilihan untuk memformatkan alat untu menunjuk/sembunyi tingkatan tertentu termasuk juga menukar nilai-nilai tingkatan secara manual dan menyimpan perubahan berkenaan sebagai templat.

Beberapa bulatan mungkn tidak nampak kerana kekangan skala pada tetingkap carta.

Bulatan Fibonacci boleh menunjukkan tingkatan sokongan dan rintangan. Selalunya apabila harga kekal lebih tinggi daripada bulatan lebih tinggi, dan jika bulatan lebih tinggi ditembusi, harga selalunya akan jatuh ke bulatan lebih rendah, yang dalam banyak kes, menjadi tingkatan sokongan. Jika harga memecah di bawah bulatan lebih tinggi, jatuh ke bulatan lebih rendah, dan kemudian mula menaik, bulatan lebih rendah akan menjadi tingkatan sokongan. Ini juga terjadi sebaliknya untuk rintangan tetapi dalam arah bertentangan Also this works vice versa for resistance but in the opposite direction.

Gaya

Dalam dialog sifat Gaya, adalah dibolehkan untuk menukar bentuk dan konfigurasi Bulatan Fib dan menyimpan perubahan khusus ini sebagai templat jika diinginkan: 


ARAH ALIRAN

Kotak semak mentogolkan kebolehlihatan untuk garisan arah aliran dan bertukar selain daripada melaraskan ketebalan dan gaya.

tingkatan bulatan

Kotak semak pada sebelah kiri mentogolkan kebolehlihatan untuk bulatan-bulatan. Dengan menu lungsur disebelah, anda juga boleh menetapkan warna, kelegapan dan ketebalan untuk setiap bulatan. Juga, ia dibenarkan untuk memasukkan satu nilai khusus untuk penempatan bulatan.

GUNA SATU WARNA

Gunakan menu lungsur turun ini untuk memilih satu warna untuk semua bulatan dan latarbelakang di antara mereka.

tingkatan

Togol kebolehlihatan label dengan nilai-nilai bulatan.

Pekali sebagai peratus

Kotak semak ini membenarkan paparan nilai peratusan posisi bulatan dan bukannya yang berkadar.

LATARBELAKANG

Togol kebolehlihatan dan kelegapan untuk latarbelakang diisikan di antara bulatan-bulatan.

Koordinat

Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh tetapkan dengan tepat posisi garisan arah aliran Bulatan Fib dengan menetapkan posisi titik awalannya pada pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar) dan anda boleh menyimpannya sebagai satu templat jika diingini:

harga 1

Membenarkan penempatan tepat untuk titik pertama garisan arah aliran fib (Harga 1) menggunakan harga dan bilangan bar.

harga 2

Membenarkan penempatan tepat untuk titik kedua garisan arah aliran fib (Harga 2) menggunakan harga dan bilangan bar.

Kebolehlihatan

Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh togol paparan Bulatan Fib pada carta untuk rangka masa berbeza.
Membenarkan konfigurasi satu lukisan untuk dipaparkan pada rangka masa intra hari dan harian tertentu pada carta. Untuk mana-mana rangka masa, anda boleh pilih untuk sama ada menunjukkan atau menyembunyikannya dan menyimpan perubahan khusus ini sebagai satu templat jika diperlukan: