Saya mahu mengetahui lebih lanjut mengenai keselamatan Skrip Pine saya

Adakah anda mempunyai polisi keselamatan yang berkaitan secara khusus kepada menggunakan Skrip Pine? 

Tiada. Semua maklumat mengenai keselamatan kami boleh didapati dalam Terma Penggunaan dan Polisi Peribadi kami. Kami menggunakan perlindungan teknikal dan organisasi untuk melindungi data peribadi anda termasuk skrip-skrip.

Apakah penyulitan (encryption), jika ada, yang digunakan untuk penyimpanan Skrip Pine? Adakah ia disimpan di dalam satu pangkalan data atau dalam satu sistem fail? Jika ia disimpan di dalam satu pangkalan data dan andaikan anda menggunakan penyulitan, adakah ia dilakukan pada had rekod atau pada had fail? 

Berdasarkan kepada Polisi Keselamatan Maklumat kami, kami tidak dapat memberitahu secara terperinci mengenai seni bina sistem maklumat kami dan teknologi keselamatan yang digunakan. Kami menggunakan tembok keselamatan (firewall), sistem pengesahan, mekanisma kawalan akses, penyulitan (encryption) dan lain-lain langkah dan kawalan keselamatan berdasarkan kepada standard keselamatan siber (cybersecurity) dan amalan yang baik. Kami senantiasa memperbaiki cara kami melindungi data yang kami kumpul, simpan dan proses.

Siapakah yang mempunyai akses kepada Skrip Pine peribadi? Adakah pemaju/kontraktor anda mempunyai akses? Apakah polisi dan prosedur yang ada untuk melindungi hasil kerja saya? 

Kami tidak memberikan kepada kontraktor kami akses kepada skrip peribadi atau jemputan sahaja. Polisi Keselamatan Maklumat TradingView menjelaskan prosedur dan amalan keselamatan maklumat yang terpakai kepada semua sistem maklumat kami dan pekerja. Pihak ketiga, yang mana kami bekerjasama, turut menggunakan peraturan yang sama. 

Kami menggunakan langkah-langkah keselamatan siber yang meluas untuk melindungi sistem maklumat kami, data kami dan data pengguna, seperti: 

  • Akses kepada sistem maklumat dan data, diregulasikan berdasarkan kepada keperluan perniagaan dan keselamatan. 
  • Akses kepada maklumat sensitif hanya dibenarkan kepada pekerja-pekerja yang memerlukan akses sedemikian untuk tujuan kerja. 
  • Maklumat semasa penghantaran adalah dilindungi menggunakan penyulitan (encryption), tanda tangan digital, cryptographic hash atau teknik-teknik keselamatan lain untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan data. 
  • Apabila maklumat kerahsian dihantar menggunakan rangkaian awam, ia adalah disulitkan dengan kadar yang tinggi.
  • Kami menggunakan perisian antivirus untuk melindungi sistem kami dari perisian hasad. 
  • Kami menggunakan proses dan alat yang sesuai untuk membuat sandaran (backup) maklumat dengan betul menggunakan metodologi yang terbukti berkesan pada masanya.
  • Proses pengurusan kerentanan (vulnerability) digunakan untuk mengenalpasti dan membaiki kerentanan. 
  • Kami mengekalkan Program Ganjaran Pepijat kami dan melakukan ujian-ujian penetrasi berkala untuk memperbaiki keselamatan perkhidmatan kami. 

Dengan menyimpan Skrip Pine pada pelayan anda, adakah saya dianggap melepaskan hak cipta saya? Apa, jika ada, terma dan keadaan anda membenarkan anda lakukan kepada kod saya? 

Tidak, anda akan megekalkan hak penulisan anda dan anda berikan kami satu lesen yang tidak boleh ditarik balik, kekal, tanpa royalti kepada skrip anda. Dengan ini, kami boleh: 

  • terbitkan skrip ini bersama nama penulis; 
  • menunjukkan kod sumber skrip untuk skrip terbuka; 
  • melakukan, memaparkan, menggunakan dan menjadikan tersedia skrip terbuka atau dilindungi anda untuk mana-mana pengguna atau satu skrip jemputan sahaja untuk pengguna-pengguna yang telah dijemput. 

Anda hanya boleh memadamkan skrip anda dalam masa 15 minit selepas diterbitkan. Sebaik sahaja masa itu tamat, tidak dibenarkan untuk memadamkannya walau apapun jenisnya. Once that time has passed, it is not possible to delete them, regardless of their type.