Data Kewangan adalah dikumpul berdasarkan undang-undang dan standard GAAP, SEC dan FASB. Disebabkan ini, ia adalah boleh untuk membandingkan data secara visual untuk beberapa instrumen kewangan syarikat yang berasal dari negara-negara dan industri-industri berbeza untuk jangka masa yang berbeza.
Pembekal data kami mengambil kira ciri-ciri unik melaporkan untuk negara-negara dan industri-industri yang berbeza. Berdasarkan data yang diambil dari sumber-sumber utama (laporan syarikat tahunan dan interim) yang secara terus di dapati dari pegawai-pegawai syarikat, pembekal data kami mengambil kira beberapa perjanjian perakaunan, termasuk standard IASC yang semakin digunapakai secara meluas.
Dengan pembekal utama kami untuk Data Kewangan melaraskan data dengan mengikut kaedah-kaedah diseragamkan kami, Data Kewangan mungkin tidak selalu bersamaan dengan data yang didapati di dalam laporan tahunan atau interim. Jadi, jika nombor-nombor diseragamkan yang dipaparkan pada laman web kami adalah berbeza daripada yang dilaporkan, ia tidak bermakna mereka adalah salah. Nilai-nilai yang diberikan telah dilaraskan berdasarkan prosedur perakaunan standard.
Kenapa data diseragamkan?