Apakah Templat Penunjuk digunakan untuk?

Templat penunjuk adalah satu ciri sangat berguna untuk carta TradingView. Secara asasnya, mereka adalah satu cara untuk menggabungkan beberapa kajian atau penunjuk di dalam satu pakej tunggal. Pakej ini kemudiannya boleh di aplikasikan kepada mana-mana carta. TradingView datang dengan 6 templat pembelajaran yang dipra-dayakan. Enam templat pembelajaran itu adalah; Bill Williams' 3 Lines, Displaced EMA, MA Exp Ribbon, Oscillators, Swing Trading dan Volume Based. Pengguna-pengguna boleh juga mencipta templat mereka sendiri dan menyimpan mereka di dalam pangkalan data mereka.

Ini adalah satu contoh carta CORN yang menggunakan Templat Oscillator Indicator. Templat Oscillator Indicator menggunakan Volum Asas dengan tambahan tiga penunjuk ayunan; Stochastic RSI, RSI dan CCI.

Ini adalah carta CORN yang sama tetapi dengan menggunakan Templat Bill Williams' 3 Lines Indicator. Templat Penunjuk menggunakan Volum Asas dan juga 3 Moving Averages yang berbeza kepanjangan.

Bagaimana untuk menggunakannya di dalam TradingView

Untuk menggunakan satu Templat Penunjuk, hanya klik pada ikon Templat Penunjuk pada bar alat yang berada pada bahagian atas carta dan klik pada templat yang anda ingin gunakan.

Perlu diingati bahawa templat penunjuk dibuat khas boleh disimpan. Sebaik sahaja carta anda mempunyai pembelajaran/penunjuk yang diingini, cuma klik pada ikon Templat Penunjuk sekali lagi dan pilih Simpan Template Penunjuk. Di dalam contoh ini, templat khas adalah dinamakan sebagai New Template Example.

Pengguna-pengguna dengan langganan percuma boleh menyimpan satu templat penunjuk khas manakala pengguna-pengguna dengan langganan berbayar boleh mempunyai templat khas tanpa had.