Penunjuk TradingView: Langkah mudah untuk bermula
Penunjuk adalah satu fungsi dibina pada asas statistik dagangan (seperti harga buka, tutup, minimum atau maksimum, volum dagangan dll). Menganalisa perubaha dalam nilai-nilai tersebut membenarkan peramalan pergerakan harga akan datang untuk pasaran. Nilai fungsi penunjuk dipaparkan pada carta sebagai garisan, lajur, titik, bentuk geometrik dan perwakilan visual lain.Dalam penyelesaian ini, anda akan membaca mengenai:
Dari sini, pilih satu penunjuk dan ia akan muncul pada carta. Nama, parameter dan nilainya akan dipaparkan pada lagenda carta.
Penunjuk kewangan membantu anda menganalisa kesihatan ekonomi dan kewangan syarikat. Mereka adalah berdasarkan data yang diperolehi daripada laporan korporat syarikat.
Bagaimana mengakses penunjuk TradingView
Apabila anda berada dalam Carta Super, klik pada butang Penunjuk pada panel atas carta.
Jenis penunjuk
Penunjuk membantu anda menilai kebarangkalian pergerakan harga akan datang dan membina strategi dagangan anda berdasarkan kepada data sejarah. Penunjuk berbeza menumpukan kepada sasaran berbeza.Analisis teknikal membenarkan gaya dagangan pelbagai, yang mana ia penting untuk menilai keadaan trend, harga dan volum price.- Arah trend
- Momentum
- Kenaikan dan penurunan volum
- Ketidakstabilan tinggi atau rendah
- Tingkatan sokongan dan rintangan
- < 30 — terlebihjual
- 70 > — terlebihbeli

- Penyata pendapatan
- Kunci kira-kira
- Aliran tunai

Penunjuk tersedia di TradingView
TradingView datang dengan ratusan penunjuk dan strategi terbina dalam dan lebih daripada 100,000+ penunjuk dicipta oleh komuniti kami. Anda boleh menemui mereka semua dalam menu Penunjuk, mari kita lihat apa lagi yang ada di sana.Kegemaran. Tab ini memaparkan penunjuk, metrik dan strategi yang anda pilih sebagai kegemaran anda. Jika anda masih belum memilih, tab ini akan menjadi kosong. Untuk menandakan satu penunjuk sebagai kegemaran, klik pada ikon bintang pada bahagian kirinya dalam senarai.Peribadi. Tab ini memaparkan penunjuk yang ditulis oleh anda menggunakan Pine Script® — satu bahasa pengaturcaraan yang dibangunkan oleh TradingView. Lawati halaman Skrip Pine untuk mempelajari lebih banyak tentang memaksimumkan dagangan anda dengan satu-satunya bahasa pengaturcaraan yang dibuat oleh pedagang untuk pedagang.Teknikal. Di sini anda boleh menemukan penunjuk dan strategi digunakan dalam analisis teknikal untuk meramalkan harga akan datang berdasarkan pergerakan mereka dan volum dagangan aset.- Penunjuk. Di sini anda boleh menemukan penunjuk yang paling biasa dan selalu digunakan dalam industri seperti MACD dan RSI.
- Strategi. Alat berkuasa berpotensi, mereka selalunya digunakan bersama-sama penunjuk lain. Untuk mempelajari lebih banyak mengenai strategi yang ada, sila lawati pusat pengetahuan kami.
- Profil. Penunjuk-penunjuk ini membantu menganalisa taburan harga dan dinamik pasaran merentasi satu rangka masa tertentu.
- Corak. Formasi berulang yang terjadi pada carta dikenali sebagai corak. Pelajari lebih lanjut mengenai corak carta untuk memaksimumkan analisis anda.
- Penyata pendapatan. Memberikan maklumat mengenai pendapatan syarikat, kos, keuntungan dan kerugian sepanjang satu tempoh masa.
- Kunci kira-kira. Membantu menerokai aset syarikat, liabiliti dan ekuiti pemegang saham. Digunakan untuk menilai struktur modal syarikat.
- Aliran tunai. Membenarkan untuk menganalisa tunai yang masuk dan keluar dari sesebuah syarikat pada satu tempoh masa tertentu.
- Statistik. Membenarkan anda membandingkan, membezakan dan menyelidik syarikat tertentu menggunakan nisbah kewangan seperti harga kepada perolehan, harga kepada jualan dan harga kepada buku (price-to-earnings, price-to-sales, price-to-book)