Apakah itu penunjuk?

Penunjuk adalah salah satu fungsi yang menggunakan data dan statistik dagangan (merangkumi harga pembukaan dan harga penutup, harga minimum dan maksimum, volum dagangan dan sebagainya) dan menganalisa perubahan data dan statistik tersebut yang membolehkan pengguna meramal pergerakan pasaran untuk masa hadapan. Nilai penunjuk yang dipilih boleh dipaparkan di atas carta dalam bentuk garisan, ruangan, titik, bentuk geometri dan lain - lain.

Apakah jenis Penunjuk yang terdapat di dalam platform TradingView?

Untuk melihat senarai penuh Penunjuk, tekan pada butang Penunjuk yang berada di ruangan atas carta. Satu tetingkap baharu akan terbuka:

Anda boleh memilih daripada beberapa kategori Penunjuk yang terdapat di ruang kiri dalam tetingkap Penunjuk:
Penunjuk Terbina Dalam, Perpustakaan Awam, Skrip Saya, Profil Volum.
  • Penunjuk Terbina Dalam mengandungi lebih dari seratus Penunjuk popular yang dicipta oleh platform TradingView sendiri - merangkumi pilihan Penunjuk seperti pergerakan purata, saluran harga dan pengayun.
  • Penunjuk awam mengandungi penunjuk yang dibangunkan menggunakan Editor Pine dan diterbitkan oleh pengguna TradingView yang aktif.
  • Skrip Saya - bahagian penunjuk Skrip Pine yang anda simpan. Skrip Saya mengandungi senarai Penunjuk yang telah disimpan oleh anda
  • Profil Volum mengandungi pilihan Penunjuk berkaitan profil kuantiti yang boleh dipaparkan di atas carta mengikut masa tampak, secara sesi atau secara manual menggunakan garis masa yang dipilih. Profil Volum hanya boleh diakses oleh pengguna berbayar sahaja (bermula dari pelan Pro dan ke atas)
Bagaimana untuk meletakkan Penunjuk di atas carta?Anda hanya perlu memilih dan klik pada Penunjuk yang diingini di ruang kanan tetingkap pilihan Penunjuk. Penunjuk akan terpapar di atas carta selepas pilihan dibuat dan nama, parameter dan nilai Penunjuk akan dipaparkan di dalam deskripsi carta