Ketebalan untuk garisan di atas carta telah berubah
Kami telah membaiki skala untuk lukisan di atas skrin dengan ketumpatan pixel tinggi. Ini telah membaiki beberapa pepijat berkaitan dengan skala dan memastikan lukisan sekarang adalah dapat dipaparkan dengan betul pada Retina dan paparan 4K (garisan sebelum ini adalah separa lutsinar dan mempunyai ketebalan separuh pixel, di mana ianya sukar menggunakan lukisan-lukisan ini terutama sekali pada beberapa peranti-peranti berlainan). Disebabkan penambahbaikan ini, ketebalan garisan pada carta boleh berubah secara visual dan garisan boleh kelihatan berlainan. Perlakuan ini adalah dijangka akan terjadi, anda boleh melaraskan ketebalan garisan pada tetapan carta atau objek. Jika lebar garisan adalah bersamaan dengan 1, anda boleh mengubah ketelusan garisan untuk menjadikannya kurang terang.
Kami memohon maaf untuk ketidakselesaan dan berterima kasih dengan anda kerana memahami.