Apakah strategi-strategi, ujian ke belakang (backtesting) dan ujian ke depan (forward testing)?

Strategi adalah skrip yang spesifik yang ditulis di dalam bahasa Skrip Pine yang membolehkan anda menghantar, menukar, melancarkan dan membatalkan pesanan pembelian atau penjualan dan melakukan simulasi dagangan sebenar secara terus dari carta anda.

Ujian ke belakang (backtesting) adalah suatu proses mencipta semula strategi-strategi anda pada data sejarah, dan pada hampir kesemua strategi masa lalu anda. Ujian ke hadapan (front testing) membolehkan anda melakukan penciptaan semula strategi anda untuk berfungsi dalam masa nyata, semasa carta anda menyegarkan data semula.

Bagaimanakah saya boleh bermula?

Mana-mana pengguna boleh mencipta suatu strategi sekiranya mereka mengetahui bahasa pengaturcaraan Skrip Pine. Perbezaan utama di antara satu strategi dan satu skrip mudah adalah penggunaan fungsi strategi dan bukannya menggunakan kajian dan arahan khas yang bermula dengan perkataan ‘strategi’ seperti strategy.entry atau strategy.exit. Dokumentasi Skrip Pine mempunyai satu bahagian yang dikhaskan untuk menulis dan berkerja dengan strategi.

Anda boleh menggunakan strategi yang telah dibuat sebelum ini dari senarai petunjuk terbina dalam atau dari skrip komuniti kami, di mana pengguna-pengguna adalah dialu-alukan untuk menggunakan.

Bagaimanakah saya boleh menganalisa keputusan strategi?

Apabila anda menambahkan satu strategi kepada carta, maklumat tambahan ini akan terpapar di tab Penguji Strategi dan boleh menunjukkan laporan mengenai keputusan analisa strategi anda.

Ada tiga bahagian yang tersedia: Gambaran Keseluruhan, Ringkasan Prestasi dan Senarai Dagangan. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penunjuk-penunjuk yang ada di setiap bahagian melalui Pusat Bantuan kami.

Perintah yang dilaksanakan akan dipaparkan secara langsung pada carta anda dengan adanya anak panah dan warna yang berbeza-beza bergantung pada operasi.

As data is updated on the chart, the report will also be updated. This is forward testing.

Each strategy has parameters, which affect the calculation and result. You can change the parameters in your settings, causing backtesting and forward testing results to change as well. 

Apabila data dikemaskini pada carta, satu laporan juga akan dikemaskini. Ini dipanggil ujian ke hadapan (forward testing).

Setiap strategi mempunyai parameter di mana ia akan mempengaruhi pengiraan dan keputusan. Anda boleh menukar parameter-parameter di dalam penetapan anda yang boleh menyebabkan keputusan ujian ke belakang (backtesting) dan ujian ke hadapan (forward testing) turut berubah.

Strategi-strategi ini boleh diterbitkan seperti mana-mana skrip yang ditulis dalam Pine. Dalam kes ini, satu laporan dengan kesemua petunjuk-petunjuk akan dimasukkan dalam penerbitan.

Apa yang perlu saya buat sekiranya masih ada soalan?

Sekiranya anda tidak dapat mencari apa yang anda inginkan di dalam lingkungan bahan rujukan kami, anda boleh mengemukakan soalan dalam bilik sembang Tradingview di mana Skrip Pine dibincangkan secara khusus atau di laman web StackOverflow, di mana kami mempunyai senarai tanda tersendiri.