Kepala dan Bahu

Corak Kepala dan Bahu merupakan hasil gabungan tiga seksyen atau bentuk; bahu kiri, kepala dan bahu kanan. Terdapat satu garisan mendatar yang menjadi asas untuk ketiga – tiga bentuk tadi. Garisan mendatar ini dikenali sebagai garisan tengkuk. Corak ini boleh wujud di dalam kedua – dua senario bullish dan bearish. Corak kepala dan bahu ialah corak pembalikan. Apabila harga melepasi di atas atau di bawah garisan tengkuk, ia menandakan permulaan trend yang baharu.

Aspek utama corak kepala dan bahu:

  1. Trend: Corak kepala dan bahu ialah corak pembalikan. Oleh itu, pembentukan corak perlu didahului oleh pola yang telah dikenalpasti. Apabila pembentukan corak selesai, satu pola baru akan bermula bertentangan dengan pola asal.
  2. Left Shoulder: Bahu kiri terbentuk di bahagian akhir kenaikan harga yang berpanjangan. Pergerakan ini lazimnya berlaku seiring dengan jumlah jual beli yang banyak. Selepas kenaikan harga tiba di puncak, harga akan merosot sehingga membentuk lembah.
  3. Kepala: Kepala terbentuk selepas lembah pada bahu kiri. Harga akan meningkat daripada lembah sejurus selepas bahu kiri dan terus meningkat melepasi harga puncak bahu kiri. Pergerakan harga ini boleh terjadi sama ada dengan jumlah jual beli yang banyak atau jumlah jual beli yang normal. Selepas kenaikan harga tiba di puncak, harga akan merosot dan membentuk lembah seperti bahu kiri apabila jumlah jual beli merosot (menjadi rendah). Lembah yang terbentuk harus sejajar dengan lembah yang terbentuk pada pengakhiran bahu kiri.
  4. Bahu Kanan: Bahu kanan terbentuk selepas lembah pada corak kepala. Bahu kanan biasanya terbentuk pada jumlah jual beli yang lebih rendah daripada bahu kiri dan kepala. Kunci utama pada corak bahu kanan ialah harga puncak pada bahu kanan haruslah lebih rendah dari harga puncak pada corak kepala.
  5. Pecah: Apabila corak Kepala dan Bahu selesai dibentuk, hanya pengesahan harga yang tinggal untuk dikenalpasti. Sekiranya harga jatuh melepasi garisan tengkuk, senario bearis boleh disahkan dan sekiranya harga naik melepasi garisan tengkuk, senario bulis boleh disahkan.
Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Rujuk rakan Peraturan Dalaman Pusat Bantuan Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Blog & Berita Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Kawan-kawan yang dirujuk Coin Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikuti Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar